Wednesday 12 March 2014

Keistimewaan MH370 boleh terbang rendah.

Keistimewaan pesawat  Boeing 777-200 boleh terbang rendah.Ada minyak petrol kapal terbang ini masih boleh terbang.(klik info )di bawah radar.

Tuesday 11 March 2014

Sonar kapal selam ATM hanya kesan objek bergerak dan berbunyi.

Barulah kita tahu,rupanya sonar di kapal selam kita hanya boleh kesan objek bergerak dan berbunyi.
PETALING JAYA 11 Mac - Tiada kapal selam digunakan dalam operasi mencari dan mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Katanya, ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut.

"Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-apa objek yang berada di paras laut, ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak atau yang mengeluarkan bunyi," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang di sini hari ini.-BERNAMA.




Pesawat MH370:InsyaAllah ada doa yang mustajab.


Teruskan berdoa.InsyaAllah ada doa yang mustajab. Sementara itu Ahli Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan meminta rakyat Malaysia terutamanya keluarga pesawat MH370 terus bertenang dan tetap positif menanti pencarian pesawat itu.

Pengarah Filem Syamsul Yusof berserban dan berjubah sewaktu nikah.

      Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof  telah bernikah. Beliau bernikah memakai serban dan jubah. 

Syamsul telah sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.31 pagi Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 8 Mac lalu..

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 29, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa.

Majlis bersejarah pasangan ini turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua mempelai iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh.

Monday 10 March 2014

Dato'Seri Najib, kami pun hendak ayam RM1.

YAB Perdana Menteri,Dato'Seri Najib,dekat tempat kami ayam tak dapat RM 1 seekor.  

VIP mana panggil Raja Bomoh kesan pesawat MH370?

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara(VIP) bagi menggunakan kaedah rawatan tradisional untuk mengesan Pesawat  MAS MH 370."Raja Bomoh itu mendakwa menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh meminta hajat  agar mangsa dtemui secepat mungkin.(klik info lanjut)

Sunday 9 March 2014

Hilang pesawat MH370 , FBI pun masih kabur.

FBI ,ejen penyiasat terbaik dunia pun hairan,bagaimana pesawat MH370 hilang.FBI jangan bongkak sangat,polis dunia pun masih kabur.
Keluarga mangsa pun masih kabur.Ejen FBI pun kabur.Pihak berkuasa Malaysia pun masih kabur .Kehilangan pesawat   MH370 ,diselubungi misteri Nusantara.Apa nak dihairan petugas media pun masih kabur.?

CA MAU, VIETNAM - Selepas tiga hari berita kehilangan pesawat dalam penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan, banyak perkara yang masih kabur.

Akhbar di Vietnam mula membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan pengganas, berpaksikan kepada laporan mengenai dua pasport palsu yang digunakan oleh dua penumpang penerbangan itu.

Sebuah akhbar Vietnam hari ini menyiarkan gambar dari udara satu objek menyerupai tingkap kapal terbang di tengah laut, namun berkata disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik, serpihan itu tidak dapat dinaikkan.

Kerajaan Vietnam pula masih membisu tanpa sebarang kenyataan rasmi, dan hanya berkata mereka akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Petugas media sama ada dari Vietnam atau negara luar juga belum menerima maklumat tepat mengenai lokasi pusat operasi mencari dan menyelamat di Vietnam.

Maklumat diberikan media Vietnam dan kenyataan rasmi daripada pegawai kerajaan di sini bercanggah dan berubah-ubah setiap masa, menggambarkan tiada kata putus dibuat atau pun maklumat tidak didedahkan secara penuh.

Maklumat terakhir yang kami perolehi adalah pusat operasi mencari dan menyelamat akan ditubuhkan di Pulau Phu Quoc, kira-kira 400 kilometer dari Ho Chi Minh.

Tiada apa yang pasti atau muktamad setakat ini, dan kekecohan ini telah dijangka memandangkan insiden seperti ini amat jarang berlaku di perairan rantau ini.

Asap tebal 10 kenderaan terbabit kemalangan.

Penglihatan kurang jelas boleh berlakunya kemalangan.

KUANTAN - Lebih 10 kenderaan terbabit kemalangan berikutan asap tebal disebabkan kebakaran hutan di Jalan Kuantan-Pekan dekat sini hari ini.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohd Najlis Wan Ismail berkata kemalangan pukul 3 petang itu menyebabkan lalu lintas di situ terpaksa ditutup beberapa jam.

Katanya api di dalam hutan di kawasan Penor tiba-tiba marak dan merebak sehingga ke tepi jalan raya pada 12 tengah hari.

"Selain itu, faktor cuaca kering dan panas serta angin kencang menyebabkan asap tebal menyelubungi jalan raya sekali gus menyukarkan pandangan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada Bernama di sini.

"Mak,jom!Saya pergi dulu,ya"ajak Muzi penumpang MAS .

Marilah kita ucap apabila ditimpa musibah.
BANTING  - "Mak, jom! Saya pergi dulu, ya," demikian kata-kata terakhir dilontarkan Muzi Yusop, 50, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang kelmarin kepada ibunya sebelum dia bertolak ke KLIA.

Muzi bertemu kedua ibu bapanya di Kampung Jenjarom, dekat sini, sebelum berlepas ke KLIA bagi mengikuti rombongan kerja bersama rakan-rakan setugasnya ke Beijing.
Ibu Muzi, Semah Sidik, 70, berkata, dia tidak menyangka itulah kata-kata terakhir yang diungkapkan Muzi kerana sudah menjadi kebiasaan anaknya itu akan bergurau mengajak dia ke mana-mana.

"Rumah anak saya hanya lima meter dari rumah kami. Memang dah jadi kebiasaan Muzi kalau nak ke mana-mana dia akan singgah ke rumah kami dulu dan cakap pada saya, 'mak, jom'.


"Tapi saya memang tak sangka itu kata-kata terakhir selepas dapat tahu kapal terbang dia naiki hilang," katanya.(sumber)

Kapal selam Malaysia untuk perang .

Kapal selam milik Malaysia adalah untuk perang bukan untuk menyelamat.(klik untuk berita lanjut).Berbanding kapal selam Singapura boleh dua dalam satu.

Pesawat 35 tahun hilang di black hole,tiba-tiba kembali mendarat.

Pada 4 September 1945 sebuah pesawat hilang di atas langit Atlantik dan heboh diperkatakan di seluruh dunia.
Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Lapangan Terbang.
Saat membuka pintu pesawat, sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu telah kurus kering.
Menurut penyelidikan, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Menurut dugaan, pesawat ini telah berkelanan melewati ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat.(sumber fb)

Saturday 8 March 2014

Radar TUDM kesan pesawat MAS patah balik.

Banyak betul spekulasi berita pesawat MAS MH370 hilang.Sehingga TUDM pun beri gambaran.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menolak kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 berpatah balik ke Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas dikesan dengan radar tentera.
Jeneral Tan Sri Datuk Sri Rodzali Daud pada sidang media di Hotel Sama-Sama mendedahkan wujud isyarat MH370 cuba berpatah balik berdasarkan maklumat daripada radar TUDM.
"Kami memiliki rakaman. Kami mendapati terdapat kemungkinan pesawat cuba berpatah balik," kata Rodzali hari ini(klik info lain)

Nenek doakan cucunya,Fariq Ab Hamid, pembantu juruterbang,selamat.

Pembantu Juruterbang Fariq Ab Hamid,27 , hadiahkan satu set meja makan kepada neneknya,Puan Halimah Abdul Rahman,84.Keluarga Fariq akan mengadakan solat hajat di Masjid Pondok Lubok,Tapah,Pasir Mas.

Pelajar selamat,terlepas naik kapalterbang MAS.

Pelajar silap masa,terlepas naik pesawat.Jessie  Yee Wai Ching masih panjang umur.Kelibatnya masih boleh dilihat.Semuanya gara-gara silap jadual untuk balik Ke China untuk sambung pengajian peringkat sarjana.

Pesawat Boeing 777-200 antara terbaik di dunia.

Pesawat Boeing 777-200 antara terbaik di dunia.

Skyhawk TUDM pun pernah hilang,7 tahun kemudian pilot diisytihar meninggal dunia.

Rupanya TUDM juga ada hilang jet pejuang.Kajian kes ,pejuang Hawk 108 hilang,kemudian A-4 Skyhawk TUDM hilang.Malaysia boleh menggunakan kes itu untuk mencari  kapalterbang MAS hilang itu.

KUANTAN 31 Mei - Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang di selatan kawasan perairan Mersing, hari ini ketika dalam misi latihan penerbangan biasa.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Kapten Zulkiflee Abdul Latiff berkata, pesawat satu tempat duduk itu yang berpangkalan di TUDM Kuantan hilang dari radar dan terputus perhubungan dengan menara kawalan pada pukul 4.37 petang di ruang udara berhampiran Rompin.

Setakat ini, nasib juruterbang masih belum diketahui.

``TUDM telah menubuhkan satu pasukan mencari dan menyelamat dari 21 Skuadron dan 16 Skuadron, tetapi setakat ini pesawat itu masih belum dijumpai,'' katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, satu sumber memberitahu, pesawat berkenaan yang sepatutnya pulang ke pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 5 petang dipercayai hilang di kawasan Nenasi, Rompin.

``Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sebaik sahaja pesawat tersebut disahkan hilang, ia disertai oleh dua buah helikopter Nuri dan sebuah beachcraft.
``Bagaimanapun helikopter Nuri itu menghentikan gerakannya kira-kira pukul 7 malam,'' kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu, gerakan mencari dan menyelamat juga melibatkan polis Johor dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Kuantan.

Difahamkan, pesawat tersebut hilang di kawasan yang pernah menyaksikan seorang juruterbang pesawat A-4 Skyhawk TUDM, Leftenan Wahi Annuar Mat Amin hilang sewaktu menjalani latihan penerbangan dari Pangkalan Udara Kuantan ke Labuan pada 23 Jun 1988.

Selepas tujuh tahun, iaitu pada 8 April 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat pengisytiharan bahawa beliau dianggap telah meninggal dunia.

Kali terakhir pesawat Hawk terhempas ialah pada 23 Jun 2005 di Pangkalan Udara TUDM Labuan yang mengorbankan juruterbangnya, Kapten Mohd. Yusari Kliwon dari Skuadron 15, Butterworth.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm#ixzz2vNr9eKkC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terlelap punca kemalangan.

  • Pemandu tersepit diseret 1.5km
  • Arshad tercampak keluar dari lori dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.



Terlelap sewaktu memandu boleh menyebabkan kemalangan
.Mengantuk baik berehat.GUNUNG SEMANGGOL - Gara-gara terlelap, dua lelaki maut dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori muatan ayam dan sebuah treler yang berlaku di Kilometer 185.9 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, awal pagi semalam.(klik)

Senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing.   
Ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur.   
Berikut ialah senarai penumpang penerbangan:

No    Nama                        Warganegara     Umur
1. An/Wenlan                    China            65
2. Bao/Yuanhua                China            63
3. Bai/Xiaomo                    Canada            37
4. Bian/Maoqin                  China            67
5. Bian/Liangjing                China            27
6. Bibynazli/MohdHassim   Malaysia        62
7. Brodskii/Nikolai               Russia            43
8. Burrows/RodneyMr         Australia        59
9. Burrows/MaryMrs           Australia        54
10.Cao/Rui                        China            32
11.Chan/HuanpeenMr       Malaysia        46
12.Che/Junzhang              China            68
13.Chen/Jian                     China            58
14.Chen/ChangjunMr        China            35
15.Chen/Wei                     Malaysia        43
16.Chen/YunMs                 China            57
17.Chew/KarmooiMs         Malaysia        31
18.Chuang/HsiulingMs      Taiwan            45
19.Chng/Mei                     Malaysia        33
20.Chustrak/Oleg             Ukraine            45
21.Dai/Shuling                  China            58
22.Daisy/Anne                  Malaysia        56
23.Deineka/Sergii             Ukraine            45
24.Di/Jiabin                     China            36
25.Dina/MohamedYunus Ramli    Malaysia        30
26.Ding/Ying                     China            28
27.Ding/Lijun                     China            43
28.Ding/YinggMs                China            62
29.Dong/Guowei                 China            48
30.Dou/YunshanMr              China            61
31.    Du/Wen                     China        50
32.    Feng/Dong                 China        21
33.    Feng/Jixin                China        70
34.    Fu/Baofeng                 China        28
35.    Gan/Tao                     China        44
36.    Gan/Fuxiang                China        49
37.    Gao/Ge                     China        27
38.    Gu/Naijun                 Australia    31
39.    Guan/HuajinMs             Malaysia    34
40.    Guan/WenjieMr             China        35
41.    Han/Jing                 China        53
42.    Hashim/Noorida         Malaysia    57
43.    Hou/AiqinMs                 China        45
44.    Hou/Bo                     China        35
45.    Hu/SiwanChd                 China         3
46.    Hu/XiaoningMr             China        34
47.    Huang/YiMs                 China        30
48.    Huang/Tianhui             China        43
49.    Hue/PuihengMr             Malaysia    66
50.    Jia/Ping                 China        32
51.    Jiang/Cuiyun             China        62
52.    Jiang/Xueren             China        62
53.    Jiang/YingMs             China        27
54.    Jiao/Weiwei                 China        32
55.    Jiao/Wenxue                China        58
56.    Jinghang/Jee             Malaysia    41
57.    Ju/Kun                     China        32
58.    Kang/Xu                    China        34
59.    Koh/Tiongmeng             Malaysia    40
60.    Kolekar/Chetana         India        55
61.    Kolekar/Swanand         India        23
62.    Kolekar/Vinod             India        59
63.    Kozel/Christian         Austria        30
64.    Lawton/CatherineMrs     Australia    54
65.    Lawton/RobertMr         Australia    58
66.    Lee/KahkinMr             Malaysia    32
67.    Lee/SewchuMDM             Malaysia    55
68.    Li/Yanlin                 China        29
69.    Li/Zhi                     China        41
70.    Li/Guohui                 China        56
71.    Li/Hongjing            China        20
72.    Li/Jie                 China        27
73.    Li/Mingzhong         China        69
74.    Li/Wenbo             China        29
75.    Li/Yan                 China        31
76.    Li/Yuan               Australia    33
77.    Li/Yuchen             China        27
78.    Li/Zhijin             China        30
79.    Li/Zhixin             China        35
80.    Li/Le                China        36
81.    Liang/LuyangMr     China        60
82.    Liang/Xuyang         China        30
83.    Lim/PowchuaMs         Malaysia    43
84.    Lin/AnnanMr            China        27
85.    Lin/Mingfeng         China        34
86.    Liu/Fengying         China        65
87.    Liu/JinpengMr         China        33
88.    Liu/Qiang             China        40
89.    Liu/Rusheng             China        76
90.    Liu/Shunchao         China        46
91.    Liu/Zhongfu            China        72
92.    Lou/Baotang            China        79
93.    Lu/Jianhua             China        57
94.    Lu/Xianchu             China        33
95.    Lui/Ching             China        45
96.    Luo/Wei                China        29
97.    Ma/Wenzhi             China        57
98.    Ma/JunMr             China        33
99.    Maimaitijiang/A     China        35
100.Mao/Tugui            China        72

#PrayForMH370:2.30 petang menteri muncul buat pertama kali.

#PrayForMH370

Imej laluan MH 370 dikesan pesawat Flight Radar 24

Mencari MH370: Temubual bersama Flight Radar 24
Mencari MH370.Bersabarlah untuk menerima ujian ini.Marilah kita doakan semuanya selamat.KUALA LUMPUR: Pengesan pesawat Flight Radar 24 adalah agensi pertama yang memaparkan imej laluan pesawat MH370 yang hilang pagi tadi. AstroAWANI mendapatkan penjelasan lanjut mengenainya.Mikael Robertson bersama wartawan Astro AWANI, Rizal Zulkapli.(klik)



Tragedi Mas bukan lawak-Dr Maza.

"Jika pun kita tiada semangat patriotik, kita wajar ada nilai kemanusiaan. Tragedi MAS yang terhempas bukan bahan lawak ataupun senda gurau. Hanya yang dangkal perasaan yang boleh menjadi ia satu mainan. Islam mengajar kita semua berdoa untuk keselamatan dan takziah bagi yang kemalangan."Dr Maza.