Thursday 31 December 2009

134 setinggan dapat lebih 5 juta ringgit.-Agihan Satu Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Kerajaan memutuskan untuk memberi bayaran saguhati berjumlah lebih RM5 juta kepada 134 penduduk setinggan yang terjejas secara langsung dengan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (PLBE) di Pulau Pinang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Beliau berkata bayaran wang saguhati itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Bagi pemilik rumah di tanah berhakmilik, bayaran saguhati mereka sedang diproses dan akan dibayar dalam sedikit masa lagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurutnya bagi yang berkenaan, bayaran itu akan dibuat bersama dengan pampasan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Ong berkata sebahagian besar penghuni yang terlibat di Kedah dan Perak telah dibayar saguhati manakala bakinya sedang diuruskan.

"Kerajaan mengambil kira kepentingan semua penghuni yang terjejas secara langsung dengan projek ini. Pandangan, rayuan dan maklum balas daripada pemimpin masyarakat dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Pulau Pinang telah diambil kira," katanya.

PLBE, yang menelan belanja RM12.485 bilion, dijangka siap pada penghujung 2012.

Ia sebahagian daripada pelan induk untuk memajukan sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Kerja-kerja pembinaan PLBE, yang dijalankan MMC-Gamuda JV, berjalan lancar di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

-- BERNAMA

BN Barang Naik-Kena belanja lebih untuk anak pegi sekolah!

Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Katanya kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram.

"Subsidi bagi gula masih dikekalkan dan jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding tanggungan subsidi pada 2009 iaitu sebanyak RM720 juta setahun.

"Tetapi memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos hingga hari ini, sebelum ini 14-16 sen US bagi satu satu paun, telah naik hingga 27 sen US, kerajaan perlu menaikkan harga gula, " katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Mohd Zain berkata jika tidak, tanggungan subsidi gula yang perlu ditampung oleh kerajaan akan meningkat kepada RM1.26 bilion bagi tahun 2010.

Beliau berkata jumlah itu adalah berdasarkan anggaran penggunaan gula dalam negara pada tahun depan sebanyak 1.26 juta tan metrik.

Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).

Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

"Bagi minuman dalam tin, jika beratnya 325ml dengan anggaran kandungan gula 39 gram dan secawan teh tarik dengan anggaran kandungan gula 40 gram, kesan kepada kos kepada kedua-kedua barangan itu ialah 0.8 sen.

"Tertinggi ialah krimer pekat manis, jika beratnya 505 gram dengan anggaran kandungan gula sebanyak 228 gram, kesannya ialah 4.6 sen iaitu kurang daripada 5 sen," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, selepas cuti tahun baru, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan persatuan tertentu bagi memberi nasihat agar tidak menaikkan harga barangan berasaskan gula kerana kesannya sangat minimum.

"Pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga juga akan turun padang untuk melihat keadaan harga barangan yang berasaskan gula, dan jika ada kenaikan harga yang begitu tinggi, pihak kementerian akan menasihatkan agar tidak berbuat demikian," katanya.

Bagi roti putih pula, katanya peniaga tidak boleh menaikkan harga pada hari ini dan ia boleh dilakukan mulai esok berasaskan pertimbangan mereka.

-- BERNAMA

Wednesday 30 December 2009

Semuanya UMNO di mana-mana pun sama -kena ketuk baru nak buat kerja!

LABUAN, 30 Dis-- Lebih 4,000 pelajar dari dua buah institusi pengajian tinggi di sini iaitu Kolej Matrikulasi dan Universiti Malaysia Sabah dikatakan sedang menghadapi masalah bekalan air yang serius.

Jurucakap Dewan Perniagaan Bersama Labuan, Yussof Mohammad berkata masalah tersebut yang dialami sejak awal tahun ini turut dialami oleh kira-kira 85,000 penduduk Labuan.

Yussof membangkitkan perkara tersebut dalam majlis perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan turut disertai wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Dewan Perniagaan India, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan Labuan, di sini Rabu.

Raja Nong Chik memberi jaminan akan mengadakan rancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi DPMML, Rokiah Ibrahim berkata pelajar institusi berkenaan terpaksa mandi di tempat terbuka di dalam kawasan kolej mereka.

Para pelajar terpaksa bergantung kepada bekalan yang disediakan oleh Jabatan Air, begitu juga dengan para penduduk, katanya

Masalah bekalan air di Labuan dijangka selesai menjelang akhir 2010 apabila projek saluran paip bawah laut yang baru bernilai RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort dari tanah besar siap disambung.

Masalah kekurangan air berlaku ekoran dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering.



-- BERNAMA

Tuesday 29 December 2009

Perak Darul KARTUN-mahkamah sudah buktikan tak perlu beri keputusan.


Tuan Speaker YB Sivakumar menandatangan komik Perak darul kartun.Beliau tahu Perak memang kartun1


YB Sivakumar mengetahui Perak memang darul kartun.Lantas apabila rakyat pelbagai kaum meminta tandatangan beliau di komik kepunyaan Kartunis Zunar "Perak Darul Kartun" beliau terus bersetuju.

YB Sivakumar,sebagai Tuan Speaker yang sah menyatakan mahkamah sudah tidak lagi mengikut bidang kuasa mereka.

Begitu juga kes DS Nizar masih tidak tahu keputusannya. Jelas bagi kita sudah menjadi sejarah mahkamah boleh tidak memberi keputusan walaupun perbicaraan telah selesai.Contohnya kes Memali ,zaman Mahathir bertimbalan Musa Hitam.

Mereka tamat tempoh kontrak,ini jawatan politik-Tok Guru

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikan atas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya.



-- BERNAMA

Saturday 26 December 2009

ISA KESATUAN WARTAWAN TIDAK DIPANGGIL!

KUALA LUMPUR, 26 Dis -- Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia menggesa kerajaan melantik sebuah jawatankuasa pilihan parlimen bagi mendapatkan maklum balas awam sebelum pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibahaskan di parlimen.

Perbincangan mengenai pindaan kepada akta itu tidak harus tertumpu kepada satu kumpulan kecil, kata setiausaha agung NUJ V.Anbalagan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Sebagai kumpulan berkepentingan, NUJ tidak dipelawa ke sebarang perbincangan oleh Kementerian Dalam Negeri ataupun pendapatnya diminta," kata beliau, menyebut sebagai contoh penahanan seorang wartawan selama 18 jam tahun lepas berhubung sebuah artikel.

Beliau berkata oleh kerana NUJ tidak mengetahui tentang kandungannya, ia tidak berada pada kedudukan untuk dapat menyokong atau menolak pindaan itu.

Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pindaan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 akan dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Hishammuddin berkata berikutan pertemuan dan perbincangan awam dengan kumpulan-kumpulan sasaran, Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-undang kini berada di peringkat akhir kajian semua pandangan dan cadangan yang dikemukakan semasa sesi berkenaan sebelum pindaan dibentangkan di Parlimen.

-- BERNAMA

Friday 25 December 2009

Timbalan Menteri Haram Dalam Kabinet Najib


KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Alahai luar bandar kita juga yang rugi,

Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini Khamis, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

"Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas," katanya.

Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun.

"Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Alimuddin berkata untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.

Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Dua lagi pelajar istimewa lain yang juga mengalami masalah rabun, Debbie Lim Huey Chin dari SMK Sultan Ismail dan Muhammad Azfar Firdaus Azlah dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru, memperoleh 8A.

Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

Di Perak, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu seramai 85 dari 107 calon berjaya memperoleh 9A manakala satu-satunya sekolah harian yang mencatatkan kelulusan 100 peratus adalah SMK Taman Tasek Taiping.

Di Kuala Lumpur, keputusan secara keseluruhannya meningkat daripada segi kuantiti dan kualiti.

Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur Sulaiman Wak berkata daripada 21,921 calon yang menduduki peperiksaan itu, 15,533 atau 70.86 peratus telah mencapai keputusan A, B, C atau D iaitu lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14,986 atau 70.20 peratus tahun lepas.

"Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri, seramai 1,939 atau 8.85 peratus calon telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,789 atau 8.38 peratus pada tahun 2008, iaitu peningkatan sebanyak 0.47 peratus," katanya.

Di Sabah, bilangan calon yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 734 orang berbanding 659 orang tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Dr Muhiddin Yusin berkata 14 mata pelajaran yang ditawarkan kepada 38,741 calon di Sabah tahun ini menunjukkan peningkatan kelulusan memberangsangkan berbanding tahun lepas dengan kelulusan hampir 100 peratus.

Turut mencatatkan kelulusan hampir 100 peratus ialah mata pelajaran Bahasa Kadazan yang pertama kali ditawarkan dalam peperiksaan berkenaan, katanya.

Di Kedah, seramai 1,736 orang daripada 35,155 orang calon mendapat semua A sama ada dalam tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diduduki dengan peratusan sebanyak 4.94 peratus.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata pencapaian gred purata bagi tahun ini ialah 2.878 berbanding 2.926 tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 0.048.

"Peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.37 peratus pada tahun ini, iaitu 58.22 peratus berbanding 57.85 peratus tahun lepas," katanya.

Shahidan berkata sebanyak 10 mata pelajaran dari 15 mata pelajaran yang ditawarkan telah meningkat peratusan pencapaian pada tahun ini iaitu Sejarah, Geografi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Teknikal, Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Di Negeri Sembilan, bilangan pelajar yang mendapat 9A, 8A dan 7A bertambah daripada 1,317 tahun lepas kepada 1,418 manakala di Johor, seramai 3,308 pelajar atau 6.12 peratus daripada 54,016 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Di Sarawak, pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan 2.2 peratus dengan 24,787 calon atau 62.29 peratus menguasai tahap minumum D bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Daripada 1,860 calon yang mendapat A, seramai 46 calon mendapat 9A, 1,134 mendapat 8A dan 680 calon mendapat 7A.

Terengganu mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang, dengan Gred Purata Negeri (GPN) 2.60 mengatasi Gred Purata Nasional 2.78.

"Saya rasya keputusan ini adalah yang terbaik pernah dicatatkan pelajar Terengganu berbanding tahun sebelumnya," kata Pengarah Pelajaran Terengganu Ariffin Embong.

Mohd Fariz Hafizi Mohd Sepai, pelajar bermasalah penglihatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu adalah antara tiga murid Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri itu yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu 7A.

Dua lagi pelajar OKU ialah Hani Ndhirah Muhamad Taufik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara di sini yang memperolehi 6A dan 2B dan Muhammad Syukri Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Dor, Besut (5A 3B).

Di Perlis, seramai 282 pelajar atau 6.10 peratus daripada 2,636 calon memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran manakala tiga sekolah mencatat kelulusan 100 peratus iaitu SMK Derma, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dan SMK Dato Sheikh Ahmad.

Di Pahang, daripada 26,272 calon yang menduduki peperiksaan itu, seramai 256 pelajar mendapat 9A, 1,006 (8A) dan 105 (7A).

Pelajar terbaik Mohamad Nazmi Nordin, dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Tanjung Lumpur, yang mendapat 9A, berkata rahsia kejayaannya adalah barakah menghafaz al-Quran dan sentiasa melakukan solat hajat.

"Melalui menghafaz al-Quran, ia membantu saya menghafal fakta-fakta penting subjek lain," katanya.

Kashfi Ibrahim turut berkongsi rahsia sama seperti Mohamad Nazmi iaitu kecemerlangan memperolehi 9A adalah berpunca daripada amalan menghafaz al-Quran dan melakukan solat hajat.

Di Selangor, seramai 6,592 pelajar atau 8.81 peratus daripada 74,855 calon ) memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran iaitu peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lepas iaitu seramai 6,005 orang (8.2 peratus).

Di Pulau Pinang, 1,976 atau 8.81 peratus daripada 22,172 pelajar mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diambil.

Lima buah sekolah yang mencatat keputusan 100 peratus lulus semua mata pelajaran ialah SMK (P) St George, SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, SMK Tinggi Bukit Mertajam, SMK Bukit Jambul dan SMK Seri Nibong.

Di Melaka, seramai 1,074 pelajar mencatat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 879 pelajar pada tahun lepas manakala di Kelantan, 1,510 pelajar memperoleh semua A, meningkat 0.06 peratus.

-- BERNAMA

Thursday 24 December 2009

Tahniah Datuk Arshad Manzoor Hussain-Duta Malaysia yang berani menongkah arus!

KUALA LUMPUR, 24 Dis -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman meminta media agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai duta besar Malaysia ke Vienna yang dipanggil pulang berhubung pengundian di mesyuarat Lembaga Pengelola Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna pada 27 Nov.

Beliau berkata komentar dalam sebuah harian tempatan berbahaga Inggeris Khamis "berniat jahat dan tidak membantu terhadap kepentingan Malaysia".

"Sebagaimana Kementerian telah jelaskan dalam satu kenyataan 5 Dis, undian itu tidak selaras dengan prosedur kerajaan, oleh itu Menteri Luar telah mengarahkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu yang berada di Vienna pulang ke Malaysia untuk perbincangan," kata Anifah.

Anifah berkata memanggil pulang duta besar adalah amalan biasa diplomatik dan dalam hal ini, Datuk Arshad Manzoor Hussain diarah pulang untuk memberi penjelasan mengenai hasil mesyuarat IAEA itu.

"Kementerian berpendapat isu ini tidak harus dibesar-besarkan," katanya.

Anifah menegaskan bahawa Kementerian Luar dan kerajaan amat menyedari tentang tanggungjawab mereka dan mengambil pendirian dalam isu-isu antarabangsa dengan memikirkan kepentingan negara sebagai perkara paling utama.

Di mesyuarat lembaga pengelola itu, di mana Arshad adalah pengerusinya, Malaysia adalah antara tiga negara yang mengundi menentang satu usul yang diterima terhadap program nuklear Iran.

-- BERNAMA

Wednesday 23 December 2009

Ketuanan Melayu - Pemuda Pas Perak cabar Pemuda UMNO debat



IPOH – Dewan Pemuda Pas Perak mencabar Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri berdebat mengenai isu Ketuanan Melayu yang diuar-uarkan mereka.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, cadangan itu bagi membuktikan siapa yang menggadai bangsa Melayu selama ini.

Menurutnya, debat itu perlu diadakan jika UMNO ikhlas dan berani hendak menyelamatkan bangsa Melayu.

“Dewan Pemuda Pas yang memperjuangkan syariat Islam sudah pasti meletakkan Islam sebagai asas penyatuan dan memastikan orang Islam untuk patuh menjadi hamba kepada Allah.

“Kami tidak hendak lagi mendengar retorik daripada UMNO yang mengatakan mahu membela dan menjaga bangsa Melayu, tetapi dalam masa sama UMNO yang menggadaikan bangsa Melayu sehingga menyebabkan bangsa sendiri mundur serta menjadikan mereka alat politik bagi menyokong kepentingan parti,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dr Raja Ahmad berkata, mengapa perlu menyalahkan bangsa lain atas kemusnahan dilakukan UMNO dan jika benar parti itu membela bangsa Melayu, kenapa kerajaan Kelantan majoritinya Melayu tidak diberikan hak royalti minyak yang sepatutnya.

“Apakah yang UMNO hendak buktikan hak rakyat Kelantan dengan wang ehsan. Kami akan menunggu persetujuan dan menyerahkan penetapan tarikh, masa dan tempat bila-bila masa daripada Pemuda UMNO.

“Jika benar mereka ini memperjuangkan Ketuanan Melayu, kita mengundang secara terhormat untuk menerima pelawaan ini,” katanya.

Tuesday 22 December 2009

KASIHAN MEREKA YANG TAK KENAL MENTERI ANAK TAK DAPAT MASUK ASRAMA

Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu akan dibuat esok.

"Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula esok hingga 12 Jan, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran dibuat pada 11 Jan.

Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.BERNAMA

Kelam kabut di Parlimen 14 Disember - Dato Seri Nizar

20 Disember, Mambang di Awan - Bertempat di Dewan Tokong Kuan Yin di Mambang di Awan berlangsung satu ceramah isu semasa yang membicarakan isu Jambatan Gantung yang runtuh di SK Kuala Dipang yang mengorbankan 3 nyawa. Ketika itu sedang berlangsung perkhemahan 1Malaysia. Ceramah yang dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Perak, YB V. Sivakumar dan juga ADUN Teja, YB Chan Lee Kang dan YB Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Jamaluddin juga menyaksikan kehadiran ketiga-tiga bapa kepada mangsa yang terkorban.

Dalam ceramah tersebut, Dao’ Seri Nizar juga mengambil kesempatan menceritakan tentang apa yang berlaku di Parlimen pada 14 Disember yang lepas ketika berlangsung undi untuk meluluskan Belanjawan Negara untuk tahun 2010. Hingga ke saat dan ketika itu pun Umno Barisan National masih mahu melakukan pembohongan dengan sengaja melengah-lengahkan masa untuk mengundi.

“Najib dan Ong Tee Keat bergegas datang dari Hotel Legend ketika undi Pakatan Rakyat sudah melebihi undi kerajaan” kata Dato’ Seri Nizar dalam ucapan beliau tersebut.

Tindakan Speaker Dewan yang melantik orang lain untuk menjadi speaker sementara untuk proses undi juga adalah serupa dengan hujah peguam beliau ketika hari pembahasan hujah di Mahkamah Rayuan lebih sebulan yang lepas. Ini sekali gus membuktikan bahawa hujah yang dibuat adalah betul dan Mahkamah sengaja melewatkan keputusan kerana mengikut arahan PM 1Malaysia. Ini sekali gus membuktikan yang mahkamah telah dipergunakan oleh Pimpinan 1Malaysia untuk kepentingan mereka sendiri. anaz-perakexpress

Sekolah dua sesi ketinggalan zaman-Tan Sri Rahman Arshad

IPOH - Kerajaan disaran agar mewujudkan sekolah satu sesi bagi membolehkan negara mencapai taraf pendidikan yang setanding dengan Negara maju.

Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, sistem sekolah dua sesi yang masih dilaksanakan di sesetengah sekolah di negara ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diamalkan di negara-negara maju.

"Kita negara yang akan menjadi negara maju tidak lama lagi. Dalam dunia ini setahu saya tidak ada negara maju yang mempunyai dua sesi. Dalam erti kata dua sesi ini... kita sudah 50 tahun merdeka, masihkah kita katakan dua sesi lagi. Bab ini lahir oleh kerana sejarah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 di Ipoh.

Tan Sri Abdul Rahman, yang merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata sekolah dua sesi diwujudkan lebih 50 tahun lepas untuk memudahkan pengajian peringkat menengah dalam aliran Melayu diperkenalkan di negara ini.

“Banyak manfaat akan diperoleh daripada pelaksanaan sekolah satu sesi, termasuk menyenangkan ibu bapa yang bekerja untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta mengurangkan risiko kanak-kanak sekolah bersendirian tanpa pengawasan daripada ibu bapa.

"Untuk menjayakan pelaksanaan sistem ini, Kementerian Pelajaran perlu adaperancangan seperti pembinaan sekolah berasaskan tempat tinggal murid terbabit dan kemudahan untuk membolehkan murid berada lebih lama dalam sekolah," katanya.-Bernama

Monday 21 December 2009

Enjin Jet F-5E hilang satu saja.-Apa nak takut!

Skuadron 12 Scorpion di Butterworth yang menempatkan pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih beroperasi seperti biasa meskipun dikaitkan dengan kehilangan satu daripada enjin pesawat jenis itu, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

"Kehilangan enjin pesawat itu tidak menjejaskan operasi yang dikendalikan TUDM kerana kita mempunyai lebih 16 pesawat F-5E dan hanya tujuh buah yang digunakan untuk melakukan kerja taktikal," kepada pemberita selepas upacara perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah Maktab Tentera Diraja di sini Isnin.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia dan TUDM memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu polis menyiasat perkara itu.

"Siasatan masih dijalankan oleh polis dan keputusan mengenainya akan diumumkan mereka kelak. Kita serah kepada polis untuk meneruskan siasatan, kita tidak akan ganggu mereka bagi memudahkan dan mempercepatkan proses siasatan dijalankan," katanya.

Azizan berkata meskipun kehilangan enjin itu disedari pada 2007, kes itu tidak boleh didedahkan kepada umum memandangkan beberapa tindakan serta siasatan yang turut membabitkan polis dilakukan secara dalaman terlebih dulu.

"Kita telah melaporkan kehilangan pesawat itu pada tahun lepas, siasatan biasalah, memang mengambil masa yang lama," katanya.

Enjin berharga RM50 juta itu dilaporkan telah dijual di luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Nooryah Md Anvar ketika dihubungi Bernama berkata polis sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

Tok Guru Haji Hadi- Sampaikan maklumat yang betul!

Penulis blog jangan sebar fitnah

KUALA LUMPUR - Penulis blog dinasihatkan agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,

Ahli Parlimen Marang itu berkata, terdapat sesetengah penulis blog yang ghairah mendapat sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan terlebih dahulu kesan yang bakal dihadapi masyarakat ekoran perbuatannya itu.

“Bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum kerana adakalanya boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat walaupun ianya benar. Kita perlu me:letakkan yang benar pada tempat yang betul dan bukannya blogger yang mahukan upah semata-mata untuk berbohong,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Blogger di Taman Melewar di sini, semalam.

:Turut hadir Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Pengerusi Lajnah IT Pas Pusat, Abdul Ghani Shamsudin.

:Abdul Hadi berkata, blogger perlu memahami bagaimana Islam mengajar umatnya agar lebih teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita supaya tidak bercanggah dengan fakta yang sebenarnya.

:”Sebagai contoh Islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengesahkan sesuatu fitnah, sekiranya tiada empat orang saksi, maka sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar berlaku,” katanya.

:Menurutnya, penyebaran maklumat yang baik akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat akan menghasilkan dosa berterusan.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog adalah cukup penting di kurun ke-21 ini dan telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Sehubungan itu, saya menggalakkan kita melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang kerana ianya satu kemestian yang perlu dipelajari.

“Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela Islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran Konvensyen Blogger Pas oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah Pas ini juga merupakan satu langkah terbaik untuk memastikan blogger mempunyai matlamat jelas dan berperanan secara strategik.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.

Katanya, tumpuan utama sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.

Wednesday 16 December 2009

Ringkas:DS Nizar Bukan Orangnya!

Bukit Gantang hampir cemas kerana khuatir Ahli Parlimen mereka tersenarai sebagai wakil rakyat yang tidak hadir pada malam penentuan bajet Najib .

Syukur DS Nizar bukan wakil rakyat itu.DS Nizar menjadi ikon masyarakat.Kesilapan DS Nizar menyebabkan imej PR terjejas teruk.Lantas DS Nizar perlu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.Bagi kita DS Nizar menjadi perkara wajib untuk mengelakkan fitnah.

DS Nizar harus sedar sidang parlimen penting.Sayugia itu jikalau keuzuran kena maklum kepada Dato' Presiden.Tetapi setakat ini rakyat Bukit Gantang tidak melihat DS Nizar dalam kawasan Bukit Gantang sewaktu sidang parlimen.

Cuma DS Nizar tidak berpeluang untuk berhujah.Kedudukan DS Nizar terlalu jauh melalui pandangan Tuan Speaker.Peristiwa sukar mendapat peluang berucap ini telah dinyatakan dahulu oleh Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Ingat DS Nizar mengelakkan kesilapan penting untuk tidak kita membderi peluru kepada musuh!

Cuepacs bersuara lagi "adil"

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memastikan ketua-ketua jabatan bersikap adil serta menjaga hubungan baik dengan kakitangan bawahan.

Presidennya, Omar Osman mendakwa kongres itu banyak menerima laporan daripada kakitangan bawahan mengenai ketua jabatan yang "menghina dan menggugut" mereka.

Contohnya, seorang kakitangan Jabatan Imigresen mendakwa ketuanya memanggil beliau gemuk dan mendakwa beliau tidak layak menjawat jawatan itu dan diarah berhenti awal, katanya kepada pemberita selepas menutup Bengkel Pemantapan dan Integriti Kesatuan Dalam Perkhidmatan Awam di sini pada hari Rabu.

Beliau berkata apabila kesatuan pekerja Imigresen membangkitkan isu itu dengan pihak pentadbiran, kakitangan tersebut telah dipindahkan ke tempat lain, yang sepatutnya tidak berlaku.

"Kita nasihatkan supaya jangan ada yang membuat penghinaan kepada pekerja, jangan memberi ucapan kepada para pekerja dengan ayat-ayat yang kurang disenangi, pekerja juga merupakan manusia, kita sama-sama bekerja untuk memajukan organisasi.

"Walaupun mereka merupakan ketua jabatan tetapi tidak bermakna mereka memiliki organisasi tersebut," katanya.

Omar juga menasihatkan kakitangan awam yang diugut, dihina dan diminta untuk berhenti oleh sesiapa sahaja di jabatan mereka supaya melaporkan perkara tersebut kepada Cuepacs.

"Laporkan kepada kita jika perkara ini berlaku supaya kita boleh membawanya kepada peringkat atasan, tidak ada siapa yang boleh memberhentikan pekerja sektor awam ini (tanpa mengikut peraturan)," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Cuepacs masih berharap agar kerajaan dapat memberikan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta penjawat awam di negara ini.

"Kami masih berharap agar imuhan itu dapat diberikan dalam masa terdekat ini untuk meringankan beban terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah, tambahan pula kini cuti sekolah sudah hampir tamat," katanya.

-- BERNAMA

Apa salah kahwin banyak?

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin Rabu menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau," kata wakil rakyat Barisan Nasional itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di Bangunan Parlimen di sini.

Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang Anggota Parlimen dari Sabah baru-baru ini.

Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.

Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliau sibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.

"Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha," katanya dalam satu lagi SMS kepada media.

Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya.

Selain media, ramai Anggota Parlimen turut tercari-cari Bung Moktar untuk mengesahkan perkara itu.

Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.



Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak.

Tuesday 15 December 2009

500,000 penduduk Perak tidak daftar sebagai pengundi.

Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata angka tersebut berdasarkan rekod sehingga April tahun ini.

Beliau berkata mereka yang layak mengundi sewajarnya mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendaftar sebagai pemilih bagi memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat.

"Orang ramai masih kurang kesedaran mengenai kepentingan mengundi sedangkan satu undi membawa erti yang besar dalam setiap pilihan raya," katanya pada majlis menyerahkan kain rentang SPR bagi tujuan promosi daftar pemilih kepada Pos Malaysia cawangan Perak di Ipoh hari ini.

Pengurus Besar Pos Malaysia cawangan Perak Mohd Azizi Mohd Sanusi berkata Pos Malaysia ingin turut membantu kerajaan dalam menjalankan tanggungjawab sosial pada negara dengan menyediakan kemudahan bagi orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

"Seperti hari ini, Pos cawangan Perak akan membantu SPR untuk mencapai objektif yang disasarkan pada tahap minimum melalui 84 pejabat pos di seluruh negeri yang beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan ini (pendaftaran pemilih)," katanya. BERNAMA

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Gerhana Bulan Separa 1 Jan Ini

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Jan ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Gerhana itu akan bermula dengan fasa penumbra pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 5.28 pagi tetapi fenomena itu tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," kata kenyataan itu.

Sempena gerhana bulan separa itu, ANGKASA dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan luar Masjid Negara mulai 1 hingga 6 pagi pada 1 Jan.

Siaran langsung fenomena itu juga boleh disaksikan di laman web Angkasa iaitu www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Jan.

-- BERNAMA

Santai- Kenduri Kahwin Nizar Nombor Satu.


DS Nizar mengemudi bot.Bilakah agaknya DS Nizar kembali kemudi Perak!


1.Baru-baru ini pergi kenduri kahwin di satu tempat dekat Kg Air Kuning,makan semeja bersama YB Senator dari Pulau Pinang.Beliau beritahu terdapat 3 orang kuasai Malaysia.

Pertama Najib ,Kedua Rosmah Gondol,Ketiga Mahathir Umur Panjang.Masing-masing mengaku berkuasa sehingga masalah rakyat terabai .Bangga 52 tahun merdeka tetapi cipta pula 1 Malaysia.

2.Mana DS Nizar,di sini ada kematian.Kenapa tak datang kenduri kahwin kami.Semuanya nak DS Nizar.DS Nizar ramai peminat di Bukit Gantang.Kalau siapa ikut DS Nizar,mesti tau kehebatan DS Nizar.

3.Jumaat lalu difahamkan YB Trong jadi imam Jumaat di Masjid Kg Cheh,pakat makmum cabut balik.Yang cabut balik solat zohor dekat rumah.

4.Tolak jawatan naik pangkat,rugi tak sama DS Nizar.Bonda tersayang kata,bukan kerana jauh tetapi kerana PAS dan DS Nizar.Betullah tu!

Kenapa pemerintahan BN ini buruk pada kacamata Nizar?

KULIM, 15 Dis: "Cuba saudara bayangkan, setelah saya diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat untuk diserahkan kepada Dr. Zambry buat seketika.

"Namun begitu dalam rayuan terhadap keputusan yang telah diberikan kepada Dr Zambry itu, sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan terhadap rayuan tersebut."

Perkara ini diungkit oleh anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ceramahnya di Stadium Keladi, Kulim.

Ia membayangkan kekecewaan beliau terhadap sistem yang ada. Ia sentiasa memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Ekoran itu, beliau menyifatkan Umno dan BN adalah seburuk-buruk pemerintahan yang ada dalam negara ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kepada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi, Kulim bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Nizar lagi pemerintahan yang buruk dipamerkan oleh Umno dan BN itu telah menjadikan mereka sebagai salah sebuah kerajaan yang sentiasa penuh dengan korupsi dan ketidakadilan yang berpanjangan.

Bagi beliau, apa yang berlaku kepadanya adalah contoh ketidakcekapan dan ketidakadilan yang ada pada pemerintahan Umno dan BN dalam menangani masalah yang besar pada pandangan rakyat tetapi tidak kepada mereka.

"Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

"Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak," katanya.

Menurut beliau lagi adalah menjadi satu perkara yang menghairankan apabila pembubaran Dun Perak amat ditakuti oleh Umno dan BN.

"Sudah berkali-kali kita mendesak mereka supaya segera membubarkan Dun tetapi mereka cuba mengelak.Mereka takut untuk menerima kenyataan.

"Mereka juga takut untuk menghadapi realiti daripada rakyat. Mereka juga takut sekiranya ditolak oleh rakyat daripada terus menerajui negeri Perak secara haram.

"Kita bagi Pakatan Rakyat sudah bersedia bila-bila masa saja dan mencabar mereka membubarkan Dun sekiranya benar-benar ingin melihat negeri ini dapat ditadbir secara sah selepas mendapat mandat daripada majoriti rakyat negeri Perak,"katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tian Chua, N.Gobalakrishnan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Mohd Akin, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Monday 14 December 2009

Dua Anggota Polis Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Denda Kerana Rasuah

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- "Kamu sepatutnya memikirkan kesan daripada perbuatan kamu ini kerana ia melibatkan bidang polis, selain anggota keluarga kamu sendiri; dan sekarang baru nak ingat insaf," kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini sebelum menjatuhkan hukuman terhadap dua anggota polis kerana menerima rasuah.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memerintahkan Konstabel Hisham Mohamad, 25 dan Lans Koperal Sunata Selamat, 36, yang dituduh mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, masing-masing dipenjara sebulan mulai Isnin dan didenda RM10,000 selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan rasuah.

Beliau juga mengarahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Rosbiahanin membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa peguambela Shakir Hussin yang mewakili Hisham serta peguambela Jamal Abbal yang mewakili Sunata; gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guam mereka.

Bagaimanapun beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadap mereka dan membenarkan Sunata membayar denda itu secara ansuran RM5,000 dan bakinya sebelum atau pada 29 Januari tahun depan.

Rosbiahanin membenarkan penangguhan itu sehingga rayuan mereka selesai di Mahkamah Tinggi, dengan menetapkan ikat jamin baru RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Terdahulu pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Nur Eylia Yunos yang memohon agar mahkamah memandang serius kes ini kerana ia melibatkan kepentingan awam dan badan polis.

Hisham dan Sunata yang bertugas di Balai Polis Wangsa Maju didakwa menerima RM1,500 dari Adnan Tayip, sebagai dorongan supaya melepaskan tiga lelaki Indonesia, Mahrus Usman, Bambang Budiyanto dan Mohamad Ghazali, daripada ditangkap kerana tiada permit kerja yang sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pondok Polis Taman Melati antara pukul 6 hingga 6.30 petang pada 17 Julai 2006.


Friday 4 December 2009

Yuran Tambahan Tahun Depan-Kasihan kita!

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.
Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula.
"Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka.[/b]
"Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas [b]hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.
"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan.
"Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya

Wednesday 2 December 2009

Hebat :Mangsa Banjir Jeddah terima 1 juta riyal (RM900 000)

JEDDAH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz mengarahkan bayaran pampasan berjumlah SR1 juta (RM900,000) kepada setiap keluarga mangsa yang maut akibat banjir besar yang melanda Jeddah minggu lalu.

Raja Abdullah mengarahkan penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal dan turut dianggotai Gabenor Jeddah, Putera Mishaal Majed dan wakil pelbagai kementerian.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab mengkaji tahap kerosakan akibat bencana tersebut selain meneliti kesan krisis dan mencadangkan langkah-langkah untuk mengelak situasi sama berulang lagi.

"Ini amat menyedihkan kerana di sesetengah negara yang mengalami masalah sama dengan Arab Saudi, yang kurang berisiko menghadapi bencana hujan, kemusnahan disebabkan bencana tersebut tidak seteruk di Jeddah," titah Raja Abdullah.

Baginda juga berjanji akan menghukum individu yang bertanggungjawab atas tragedi tersebut.

"Kami tidak mengabaikan fakta bahawa memang berlaku kesilapan dan kegagalan di sesetengah bahagian dalam jabatan kerajaan. Ini adalah tugas kita untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan terhadap mereka," titahnya lagi.

Bayaran wang juga akan diberikan kepada penduduk yang menyediakan penginapan kepada mangsa banjir.

Selain Putera Mishaal, pemimpin lain yang hadir dalam mesyuarat jawatankuasa di kediaman Putera Khaled itu adalah Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Mejar Jeneral Saad Al Tuwaijri, Datuk Bandar Jeddah, Adel Fakieh, Ketua Polis Jeddah, Mejar Jeneral Ali Al-Saadi Al-Ghamdi dan pengarah jalan raya dan jambatan Makkah, Mufrih Al-Zahrani-Sinar Harian

Ketua Pengarang Harakah jalani rawatan jantung

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjalani rawatan jantung pagi ini iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Prosedur tersebut dijalankan di HSC Medical Centre di Jalan Ampang dekat sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Lutfi sampai ke pusat perubatan swasta itu kira-kira jam 8.30 pagi dengan ditemani isterinya, Puan Siti Hawa Samsam. Menunggu beliau di pusat perubatan itu adalah rakan-rakannya dari Harakah serta keluarga beliau yang lain termasuk abangnya, Che Samsudin Othman atau Dinsman.

Lutfi membuat pemeriksaan jantungnya di situ semalam selepas disyorkan oleh AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang pernah mendapatkan pemeriksaan jantung di situ. Cadangan itu dibuat Husam ketika menziarahi Lutfi di rumahnya dua hari lepas.

Selepas dibuat pemeriksaan, doktor memutuskan agar Lutfi membuat pembukaan segera kepada saluran jantungnya yang terlalu banyak tersumbat itu.

Semalam, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar mengunjungi beliau di pusat perubatan swasta itu.

Prosedur angioplasty itu dijangka akan berjalan selama 4 jam. Ia dibuat tanpa melalui pembedahan tetapi hanya memasukkan alat melalui saluran darah beliau. Di sana, saluran darah ke jantungnya yang tersumbat akan dibuka semula dengan belon dan tongkat (stanting) akan diletakkan.

Lutfi yang menghantar sistem pesanan ringkas kepada Harakahdaily malam semalam, menjelaskan bahawa beliau menghadapi masalah jantung yang serius.

"Doktor pakar kata keadaan jantung saya serius.

"Saluran tersumbat dan doktor mahu jalani pembukaan saloran itu esok. Harap doakan saya," katanya kepada Harakahdaily.

Harakahdaily berharap semua pihak khususnya kepada pembaca Harakah dan Harakahdaily mendoakan kesejahteraan Lutfi dan semoga Allah mempermudahkan pembedahan beliau pagi ini.

Program Motivasi Anjuran Ahli Parlimen Bukit Gantang

Dewan Ulama PAS Kelantan menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Ketuanya Datuk Mohamad Daud Iraqi berkata Dewan Ulama menyambut baik saranan Mursyidul Am PAS itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat yang dibaca di rumahnya di Kubang Kerian, dekat sini, anggota Dewan Undangan Negeri Demit itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibukakan hati pihak yang terlibat sehinggalah hak rakyat bagi royalti minyak itu ditunaikan.

Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ehsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun, katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar itu, Mohamad berkata Dewan Ulama berpendirian untuk terus menyokong beliau mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbiranya. Ketokohan dan budaya pemerintahannya seperti yang ditunjukkan beliau masih menjadi contoh yang terbaik dan tetap disegani kawan dan lawan," katanya.

-- BERNAMA

Friday 20 November 2009

Tiga Hingga Empat Peratus Kanak-kanak Malaysia Tidak Ke Sekolah - UNICEF "merdekakah kita" jika ada rakyat tak sekolah

KUALA LUMPUR -- Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kajian rambang mengenalpasti tiga hingga empat peratus kanak-kanak Malaysia tidak pergi ke sekolah meskipun mereka sudah mencapai umur persekolahan.

Wakil Unicef di sini, Youssouf Omar berkata Unicef setakat ini tidak mengenalpasti punca-punca kanak-kanak ini tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang bersekolah.

"Kami tidak tahu dari mana kanak-kanak ini datang serta apa yang mereka lakukan dan UNICEF sedang berusaha keras untuk mengenalpasti di mana mereka," katanya pada sidang berita pada pelancaran Forum Pendidikan Bagi Setiap Kanak-kanak di sini Jumaat.

Menurut Youssouf, kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan kebanyakannya adalah anak masyarakat Orang Asli atau mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Mungkin kanak-kanak ini berasal dari kawasan luar bandar, yang tinggal di bawah paras garis kemiskinan dan mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak memohon kad pengenalan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk bersekolah," katanya. BERNAMA

Wednesday 18 November 2009

Karpal dakwa Linggam,

Penasihat DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini Rabu.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri sedang mencari sukarelawan bagi mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

"Dalam perkataan lain, perkara ini termasuk di bawah Seksyen 3(1c) Akta Hasutan, yang mentakrifkan kecenderungan untuk menghasut sebagai kecenderungan untuk menghina atau mewujudkan kebencian terhadap bidang kehakiman di negara ini, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata di England, adalah perkara biasa bagi Peguam Diraja atau pengamal undang-undang bebas untuk bertindak sebagai pendakwa, sekiranya kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Karpal berkata mengikut Seksyen 5 akta yang sama, "tiada seorang pun boleh didakwa bagi kesalahan mengikut Seksyen 4, tanpa mendapat kebenaran Pendakwa Raya.

"Jika AG bersetuju...saya tak nampak ada sebab kenapa Nazri tidak bersetuju untuk memberi kebenarannya secara bertulis, jika diambil kira kenyataan menteri itu di lobi parlimen semalam," katanya.

-- BERNAMA

Karpal dakwa Lingga,

Penasihat DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini Rabu.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri sedang mencari sukarelawan bagi mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

"Dalam perkataan lain, perkara ini termasuk di bawah Seksyen 3(1c) Akta Hasutan, yang mentakrifkan kecenderungan untuk menghasut sebagai kecenderungan untuk menghina atau mewujudkan kebencian terhadap bidang kehakiman di negara ini, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata di England, adalah perkara biasa bagi Peguam Diraja atau pengamal undang-undang bebas untuk bertindak sebagai pendakwa, sekiranya kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Karpal berkata mengikut Seksyen 5 akta yang sama, "tiada seorang pun boleh didakwa bagi kesalahan mengikut Seksyen 4, tanpa mendapat kebenaran Pendakwa Raya.

"Jika AG bersetuju...saya tak nampak ada sebab kenapa Nazri tidak bersetuju untuk memberi kebenarannya secara bertulis, jika diambil kira kenyataan menteri itu di lobi parlimen semalam," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday 17 November 2009

Jemaah Haji- Kena DAM RM300.00

MEKAH, 17 Nov -- Sebahagian besar jemaah haji Malaysia yang menunaikan ibadah Haji Tamattuk dikehendaki membayar dam atau denda sebanyak 330 Saudi Riyal (RM300) seorang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abd Mubin berkata Tabung Haji menawarkan perkhidmatan bayaran dam itu bagi memudahkan jemaah haji.

Jemaah haji yang mengerjakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam dengan bayaran yang ditetapkan, dengan menyembelih sesekor kambing bagi seorang, yang diuruskan oleh Tabung Haji.

"Justeru bagi membantu jemaah haji yang menghadapi masalah untuk mencari kambing dan menyembelihnya atau sukar mencari orang yang dipercayai bagi melaksanakan dam, maka pihak Tabung Haji sedia membantu dengan syarat jemaah mendepositkan sebanyak SR330 iaitu harga pasaran bagi seekor kambing di kaunter kewangan yang disediakan di setiap Maktab Tabung Haji di Mekah," katanya kepada pasukan Media Tabung Haji di sini Selasa.

Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama sementara Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka juga dikenakan dam manakala haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah dan mereka tidak perlu membayar dam.

Mohd Salleh berkata pembayaran dam boleh dilakukan secara tunai di semua kaunter kewangan Tabung Haji atau dengan memberi arahan memotong baki wang dari akaun simpanan Tabung Haji.

Bagaimanapun, katanya jemaah haji tidak wajibkan membayar dam itu kepada Tabung Haji sekiranya mereka hendak melaksanakannya sendiri.

Ditanya mengenai cara Tabung Haji melaksanakan dam, beliau berkata lazimnya pelaksanaan dam akan dijalankan setelah tamatnya musim haji.

"Setelah semua jemaah haji selamat kembali ke tanah air, kita akan arahkan pejabat Konsul Haji di Jeddah untuk memanggil sebut harga di kalangan syarikat pembekal haiwan ternakan di Arab Saudi bagi mendapatkan kambing pada harga mengikut harga pasaran.

"Setelah itu beberapa buah syarikat akan dilantik bagi melaksanakan dam dan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan bergantung kepada bekalan haiwan," katanya.

Pada tahun lepas, kira-kira 18,000 orang jemaah haji memberi kepercayaan kepada Tabung Haji melaksanakan dam bagi pihak mereka dan beliau menjangkakan jumlah yang serupa bagi tahun ini.

"Saya berharap para jemaah yang mewakilkan kepada Tabung Haji bagi melaksanakan dam dapat mengerjakan ibadah mereka dengan tenang dan insyaAllah pihak Tabung Haji akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata beliau.

-- BERNAMA

Monday 16 November 2009

Hanya Enam Peratus Rakyat Malaysia Guna Perkhidmatan Pergigian

KUALA LUMPUR, -- Hanya enam peratus daripada 78 juta rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pergigian dengan separuh daripada peratusan itu adalah kalangan murid dan pelajar sekolah.

Pengarah Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan Datuk Dr Norain Abu Talib berkata sikap rakyat negara ini yang hanya mendapatkan rawatan jika sakit menjadi antara punca kepada wujudnya jurang dalam peratusan itu.

"Masalah utama ialah pesakit gigi di Malaysia tidak akan dapatkan rawatan sekiranya mereka tak sakit...jika tak sakit, maknanya gigi mereka tak ada masalah, sebenarnya bukan begitu.

"Pada masa ini, hanya enam peratus populasi sebenarnya memanfaatkan perkhidmatan pergigian...amat rendah, hanya enam peratus. Daripada itu (enam peratus) saya fikir 50 peratus ialah pelajar sekolah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen dan Pameran Sains ke-20 Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia di sini, pada Ahad.BERNAMA

Dr Norain berkata Kementerian Kesihatan sedar dengan kekurangan doktor gigi di negara ini tetapi itu bukanlah penyebab mengapa ramai penduduk tidak mendapatkan khidmat pergigian sebaliknya kurang kesedaran mengenai penjagaan kesihatan gigi sebenarnya menjadi faktor utama.

Nisbah terkini khidmat seorang doktor gigi adalah untuk 7,800 pesakit di Malaysia.

Sunday 15 November 2009

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

69 760 penganggur? Tahniah BN UMNO


KUALA LUMPUR, -- Portal penjodohan pekerjaan automatik, JobsMalaysia merekodkan 69,760 graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai pendaftar baru tahun ini sehingga 13 Nov lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata daripada jumlah itu, seramai 18 orang memiliki Ijazah Kedoktoran, 1,165 Sarjana, 36,985 Ijazah dan 31,592 Diploma.

"Jumlah pencari kerja ini bagaimanapun tidak menggambarkan jumlah sebenar pengangguran di kalangan graduan kerana ada di antara mereka telah bekerja dan berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik atau bertukar tempat kerja," katanya menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Baharum mahu mendapatkan penjelasan mengenai bilangan graduan IPTA menganggur yang berdaftar dengan portal yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu.

Maznah berkata sejumlah 73,308 pekerjaan didaftarkan di portal itu tahun ini dan seramai 19,127 graduan atau 26.09 peratus telah mendapat pekerjaan melalui sistem itu.

"Saya beranggapan bahawa sistem ini dapat memainkan peranannya dan setakat ini tidak ada apa-apa rungutan atau aduan besar yang diterima mengenai graduan yang bekerja ini oleh majikan yang mengambil mereka bekerja," katanya.
BERNAMA

Friday 13 November 2009

Tok Guru Nik Aziz Batal Tunai Haji Kerana Tajaan Dipertikai


KOTA BAHARU, 13 Nov -- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang katanya banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

Beliau berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di sini Jumaat.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.



-- BERNAMA

Thursday 12 November 2009

Nizar News: Mai mati bersama-sama- Gambar Utusan di Edit!

In custody: Policemen taking the murder suspect away from the crime scene yesterday- The Star Online 10 November 2009



Lelaki warga emas berusia 70-an dibawa oleh dua anggota polis selepas beliau didakwa menikam isterinya, Zabedah Ali, 73, di perut sehingga menyebabkan kematian wanita itu (mayatnya ditutup dengan kain di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN




“Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam. gambar myMetro 10 November 2009.

Jikalau gambar pun boleh" di edit" Utusan Malaysia memang tukang lapor Kelas Dunia?Cuma gambar payung tidak sempat untuk diwarnakan hijau.Watak tertuduh sudah berketayap,cuma pengarang terlepas pandang untuk mewarnakan watak"hijau".

Utusan membuat rakyat semakin meloya dan menyebabkan media itu tidak akan dianggap lagi penyebar fikiran rakyat.

Kalau nak tunjuk beretika biarlah bertempat.Namun begitu tahniah Utusan,kerana nombor satu penipu.

Betul-betul tak dak teloq punya

Jumpa DS Nizar Sabtu ini.!

Banyak sangat orang bertanya DS Nizar bila lagi berada di Bukit Gantang?Bertambah pula satu artikel Nizar For All yang keluar dalam harakah cetak hari ini.Peminat DS Nizar semakin meningkat.Peminat DS Nizar daripada kecil hingga dewasa,pelbagai kaum dan citarasa.Persepsi mereka ke atas DS Nizar tinggi dan penuh mengharap.

Pada 8 November lalu bertemu rakyat keturunan India di Simpang Halt.Sementara itu 14 November ini,Sabtu bertemu masyarakat Melayu di Kg Kepala Bukit pada pukul 2.30 petang.DS Nizar dijangka merasmi penutup kursus pengurusan jenazah ,anjuran Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.

Jam 5 petang program ziarah rakyat,pasar minggu dan rakyat yang keuzuran.DS Nizar dijadualkan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Sementara Taman Aor Utama(Dekat Taman Kaya).Sudah lama penduduk taman ini menunggu,mereka mengharapkan tazkirah Ramadhan,tetapi yang dapat tazkirah Zulhijjah.

UMNO sememangnya takut dengan prestasi DS Nizar.Sehingga tergamak memburukkan perkhidmatan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"DS Nizar kereta sahaja yang selalu nampak?"kata pencacai UMNO."Itupun bawa jenazah"kata pencacai itu lagi.

Jawab kita,UMNO Bukit Gantang sampai sekarang van jenazah pun tiada,bangunan setiap cawangan pun tak kelihatan.Dun Trong sampai sekarang macam itu sahaja.Pekan Trong BSN pun tiada,Balai Bomba pun tiada,Sekolah Menengah pun tak nampak.