Wednesday 27 January 2010

Sekolah Menengah Di Bawah Muhyiddin Yasin Pun Boleh Jadi Gelanggang "samseng"

Empat Pelajar Ceroboh, Serang Pelajar Sekolah Lain

KUALA LUMPUR: Hanya kerana salah faham, empat pelajar sekolah menengah bertindak nekad menceroboh sekolah menengah lain di Selayang untuk membelasah seorang pelajar tingkatan lima di kantin sekolah itu hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat itu, empat pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Selayang menceroboh SMK Taman Selayang kerana tidak berpuas hati dengan seorang pelajar sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa didatangi keempat-empat pelajar terbabit ketika berada di kantin sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.

"Pergaduhan bertambah panas apabila mereka mula membaling kerusi, tong sampah, pasu bunga serta batu dan akibatnya, beberapa pelajar di sekolah itu turut masuk campur serta membaling objek.

"Objek-objek itu terkena dan mencederakan beberapa pelajar yang terlibat dan juga yang menjadi mangsa keadaan sebelum dileraikan oleh guru-guru sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, seramai 20 pelajar yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk diambil keterangan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA

Tuesday 26 January 2010

Special Branch@SB dah bertukar nama??

Dua lelaki berbaju hitam di sebelah kanan dan dua lagi disebelah kiri Mat Sah serta dua orang wanita bertudung hitam dan putih yang kelihatan di belakang sebelah kanan Mat Sah adalah sebahagian dari berpuluh SB yang ditugaskan dari Bukit Aman untuk memberi kawalan keselamatan pada beliau ketika memegang status "Tahanan ISA 7 tahun" tahun lepas.Gambar ini diambil ketika hari kematian ibu Mat Sah.

"Sekarang, kami dah tak bertugas sebagai SB lagi. Jabatan kami dah di mansuhkan. Nama jabatan baru sekarang ni ialah jabatan Anti Terrorism..." kata seorang SB kepada Mat Sah minggu lepas.Namun, yang jelasnya, walaupun mendakwa telah bertukar nama, namun puak-puak tu juga yang begitu berani memasuki pagar rumah saya dan berdiri diluar grill rumah berjam-jam lamanya....Mungkin nama saja yang berubah, tetapi kerja dan tugasannya tetap sama.....

Susah sebenarnya nak percaya kata-kata SB-SB ni...kerana mereka dah terbiasa menerima arahan dan buat kerja2 mengintip.Walaupun mendakwa dah insaf, dah pergi Mekah dsb, namun kerjakerja kotor tu dah jadi darah daging...susah untuk berubah. Bagi yang betul2 dah insaf tu, biarlah Allah saja yang menentukannya.Namun dalam Islam ada qisas. Ada hak-hak yang wajib ditunaikan dalam hubungan pada Allah, pada alam dan pada sesama manusia.Kami mangsa ISA 7 tahun ni....pun nak tuntut qisas terhadap apa yang pernah dilakukan oleh SB durjana tu pada kami sekeluarga. Tak dapat didunia, diakhirat kami tetap tuntut.Maaf? Haram kami nak maafkan perbuatan SB yang menghina kami dan Islam selama ini.....dari blog merah hitam

Tahniah SK.Convent Kota Sekolah Prestasi Tinggi-jangan lupa jasa guru.

TAIPING: Kemampuan mengekalkan prestasi cemerlang akademik dan kokurikulum di kalangan murid serta semangat tinggi guru membimbing anak didik mereka antara resipi kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Kota, di sini tersenarai dalam kelompok 20 Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT).

Penolong Kanan 1 (Pentadbiran) sekolah itu, Rokiah Ahmad, berkata SK Convent Kota yang kini diterajui Zakiah Ghazali, 54, selaku Guru Besar berjaya mengekalkan prestasi baik keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tiga tahun berturut-turut sejak 2007.

Seramai 37 daripada 103 murid yang menduduki peperiksaan itu pada 2007 memperoleh 5A, diikuti 52 daripada 132 murid pada 2008 dan 26 daripada 96 murid tahun lalu mendapat keputusan sama.

KITA TETAP :USAHA BUBAR DUN AKAN DITERUSKAN



IPOH: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari depan memihak kepada mereka.

Bekas Menteri Besar, Dato' seri seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau sendiri bakal menghadap Sultan Perak pada hari yang sama bagi menyatakan permohonan berkenaan.

Menurutnya, selaras dengan janji bagi menyerahkan semula mandat kepada rakyat semula mandat kepada rakyat bagi memilih Kerajaan Negeri yang baru dan sah dari segi undang undang.

"Keputusan mahkamah kali ini adalah berdasarkan kepada Undang Undang Tubuh Negeri Perak dan tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak".

"Kami (PR) juga yakin bahawa satu keputusan yang seadil adilnya bakal dilaksanakan demi menjamin hak rakyat diutamakan dan sistem demokrasi dipulihkan di negara ini,"

"Jesteru kami PR bakal mengotakan janji untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat bagi membuat pilihan agar satu kerajaan yang sah dan `halal' menerusi sistem demokrasi dapat dibentuk di negeri ini," dkatanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat PAS Negeri di sini semalam.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim, Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak(DPPN PK) Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His, Safarizal Saleh (Penolong Setiausaha), Muhammad Nur Amin (Timbalan Ketua) dan Salman Saleh (Naib Ketua).

Sumber: Sinar Harian

Monday 25 January 2010

HIMPUNAN 10,000 PEMUDA PAS PERAK (HEMPAP) 2010


30 Januari 2010 (Sabtu) – Darul Ta’alim, Kubu Gajah, Selama, Larut

9.00 malam - Ceramah Pelancaran HEMPAP 2010
1. YB Ir Haji Amiruddin Hamzah
2. Ustaz Abu Bakar Hussien
3. YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaludin
4. Ustaz Mohd Nur Amin

31 Januari 2010 (Ahad) – Darul Ta’alim, Kubu Gajah, Selama, Larut

10.00 pagi - Taklimat Program
10.10 pagi - Nyayian Lagu Negeri Perak & Lagu Rasmi PAS
10.25 pagi - Ucapan Pengarah Program
10.30 pagi - Ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak
11.00 pagi - Ucapan Perasmian Pesuruhjaya Pas Perak
11.30 pagi - Persembahan dan Pertunjukan
01.00 t/hari - Rehat / Makan / Solat
2.00 ptg - Ucapan Ustaz Nasrudin Hassan
2.45 ptg - Ucapan YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
3.45 ptg - Ucapan YB Datuk Mahfuz Omar
4.15 ptg - Ucapan YB Salahuddin Ayub
4.45 ptg - Bersurai

9.00 mlm - Ceramah HEMPAP – Kampung Kepala Pulau,
Layang-Layang Kanan(019-5598971)
1. YB Salahuddin Ayub
2. Ustaz Abu Bakar Hussien
3. Dr Najihatussoleha Ahmad

- Ceramah HEMPAP – Markaz Kampung Gajah (019-4552714)
1. Ustaz Nasrudin Hassan
2. Ustaz Mustafa Shaari
3. Ustazah Bariah Alang Sapri

- Ceramah HEMPAP – Jalan Peminpin, Manjoi (013-5284032)
1. YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa
2. YAB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaludin
3. Dr. Khairuddin Abdul Malik

- Ceramah HEMPAP – Dataran Purnama,
Kampung Kedah (013-4134520)
1. YB Datuk Mahfuz Omar
2. Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki
3. YB Khalil Idham Lim Abdullah

Saturday 23 January 2010

Nasihat Tok Guru Nik Aziz-jangan rasuah dan prihatin nasib rakyat



KOTA BAHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

"Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.

"Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa," katanya kepada

Urus Parti Pun Tak Boleh Ini Pula Nak Urus Denggi

Kementerian Kesihatan mengisytiharkan kempen habis-habisan menghapus denggi selepas mencatat 11 kematian dan 2,713 kes tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah kematian akibat demam denggi meningkat minggu ini khususnya di Selangor.

"Demam denggi dalam negara meningkat dan jumlah ini merupakan petunjuk yang harus mengejutkan setiap orang bertindak oleh kerana dari 17 Jan hingga 21 Jan, kita mencatatkan 776 kes denggi dengan enam kematian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Teknologi kesegaran sauna, "Freshural Korean Sauna Technology" di sini hari Sabtu.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan jumlah kes denggi berbanding tahun lepas dalam tempoh yang sama iaitu 4,213 kes tetapi jumlah kematian bagi kedua-dua tahun adalah sama iaitu 11.

Katanya, pada 2009 jumlah kes yang direkodkan ialah 4,100 dengan 88 kematian sementara pada tahun sebelumnya 4,900 kes dengan 112 kematian.

Bagaimanapun, Liow berkata Pulau Pinang belum mencatat sebarang kematian akibat demam denggi tetapi jumlah kes penyakit itu telah mencecah 85 tahun ini.

-- BERNAMA

Thursday 21 January 2010

CUEPACS nafi COLA ditarik balik


KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka

FORUM RAKYAT

Yang penting bukan sekolah kita,sekolah terbaik itu!

Nama 20 buah sekolah terbaik negara yang dinilai berdasarkan pencapaian mereka akan diumumkan Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Khamis.

Katanya sekolah-sekolah berkenaan adalah antara 10,000 buah sekolah seluruh negara yang telah melalui penilaian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun lepas.

Menurutnya penilaian dibuat berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah berkenaan hasil daripada usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa.

"Bila sudah terangkum dalam sekolah yang terbaik, kita akan pastikan mutunya tidak akan menurun," katanya semasa berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, 20 kilometer dari sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian terhadap semua sekolah itu merupakan langkah kementerian ke arah mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi bertujuan meningkatkan lagi kualiti pendidikan.

Muhyiddin berkata pengwujudan Sekolah Berprestasi Tinggi ini merupakan satu daripada empat sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi kementerian itu iaitu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Katanya mulai tahun depan, kementerian akan memberi ganjaran kepada pengetua atau gurubesar serta semua guru di sekolah yang mencapai kemajuan cemerlang daripada aspek akademik dan ko-kurikulum.

Tanpa menyebut bentuk ganjaran itu, beliau berkata pemberian itu akan mengambil kira prestasi yang dicapai oleh sekolah yang dinilai untuk tahun ini.bernama

Tuesday 19 January 2010

Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2009 Mula Dipamerkan

PUTRAJAYA, 20 Jan -- Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku tahun keempat 2009 mula dipamerkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu sehingga Selasa minggu depan di 999 tempat pameran seluruh negara.

Ia akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri; pejabat Pos Berkomputer; kompleks atau pejabat kerajaan; pejabat daerah atau pejabat tanah; Majlis Daerah atau perbandaran; Dewan Serbaguna, Rukun Tetanga, Balai Raya dan lain-lain tempat.

SPR dalam satu kenyataan pada Rabu meminta semua warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang memohon pertukaran alamat pusat mengundi supaya untuk membuat semakan.

Menurutnya warganegara yang baru berdaftar tetapi nama mereka tiada dalam senarai itu, boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

"Mereka yang ingin membuat sebarang bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar pemilih itu juga boleh berbuat demikian dengan mengisi Borang C. Kedua-dua borang B dan C itu perlu diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh pameran," menurut kenyataan itu.

Dalam tempoh antara Oktober dan Disember 2009 SPR menerima 82,668 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan 16,793 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Selain itu SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang dikeluarkan daripada daftar pemilih seperti mereka yang didapati meninggal dunia dan lucut hak warganegara.

SPR berkata dalam usaha membersihkan daftar pemilih, kerjasama semua waris amat diharapkan untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris yang meninggal dunia.

"Salinan itu boleh dihantar secara pos atau faks atau pun datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau pun ke ibu pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

SPR turut menasihatkan pemilih yang sudah berdaftar untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2008 bagi tujuan membuat pembetulan sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Mereka yang mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut boleh hadir sendiri ke ibu pejabat SPR atau menelefon 03-88856500, Pejabat Pilihan Raya, atau dengan melayari laman web SPR www.spr.gov.my.

-- BERNAMA

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi


Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau hampir dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Saturday 16 January 2010

BN SUDAH PERINTAH LAMA BARU DAPAT ELETRIK 24 JAM!

TAWAU, 16 Jan (Bernama) -- Penduduk Pulau Sebatik akan menikmati bekalan elektrik 24 jam menjelang bulan Jun ini, kata Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Beliau berkata pada masa ini kerja-kerja pemasangan kabel bawah laut sejauh 13 kilometer bernilai RM120 juta ke pulau itu dari Pasir Putih sedang dilaksanakan dan dijangka siap Jun ini.

"Pada masa ini penduduk Pulau Sebatik hanya menikmati bekalan elektrik selama enam jam sehari iaitu dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Tanjung Batu dan Sebatik di sini pada hari Sabtu.

Katanya projek bekalan elektrik berkenaan merupakan cuma sebahagian daripada pelbagai kemudahan yang disalurkan kepada rakyat sebagai tanda keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada keperluan rakyat.

Sementara itu, Abdul Ghapur juga melahirkan kekecewaanya terhadap sikap segelintir penduduk luar bandar yang dianggapnya kurang berusaha untuk memajukan diri sendiri sebaliknya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya kerajaan telah memberi banyak peruntukan dan pelbagai jenis bantuan kepada penduduk luar bandar termasuk dalam bidang penternakan dan pemeliharaan ikan dalam sangkar namun tidak ramai yang memanfaatkan bantuan sebaik-baiknya.

"Macam mana nak bantu diri keluar dari kepompong kemiskinan jika bantuan yang diberi disalahgunakan," katanya

Friday 15 January 2010

Bahaya Jantung Terhenti Tiba-tiba-

Oleh Ummi Nadiah Rosli

KUALA LUMPUR, 15 Jan -- Para peminat bola sepak Liga Portugis di Guimar�es teruja apabila kelab bola sepak Lisbon, Benfica, mendahului lawannya Vitoria S.C 1-0.

Dalam perlawanan yang juga disiarkan secara langsung di televisyen pada 25 Jan, 2004, pemain Benfica, Miklos Feher menerima kad kuning semasa waktu kecederaan.

Semasa semua kamera menumpukan perhatian kepada pemain Hungary ini di padang dengan tiba-tiba beliau menunduk ke depan, wajahnya berkernyut kerana kesakitan dan beliau terus rebah di atas padang.

Perlawanan itu terhenti dengan rakan-rakan Feher meluru ke arahnya untuk membantu dan kakitangan perubatan juga mula mengerumuni striker itu dan melakukan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Rakan-rakannya di padang itu begitu terkejut. Tidak lama kemudian diumumkan bahawa Feher, pada usia 24 tahun, mati kerana 'cardiac arrhythmia', iaitu fungsi jantung terhenti dengan tiba-tiba (SCA).

Kematian mengejut Feher, yang sebelum itu kelihatan begitu sihat bukan kes terpencil. SCA berlaku apabila jantung terhenti tiba-tiba, dan merupakan antara punca kematian paling lazim di negara-negara maju.

Ia merupakan satu masalah perubatan dengan 350,000 kematian setiap tahun di Eropah dan menjejaskan lebih 400,000 orang di Amerika Syarikat, dan mewakili 63 peratus daripada kesemua kematian yang berkaitan dengan jantung di Amerika Syarikat.

Dan menurut Dr Razali Omar - Pengarah Unit Elektrofisiologi & Perentakan, Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, SCA membawa ancaman besar kepada semua.

BUKAN SERANGAN JANTUNG

Di sebalik tanggapan lazim, Dr Omar menunjukkan perbezaan penting antara SCA dan penyakit kardiovaskular lain.

"SCA BUKAN serangan jantung, yang dilihat sebagai masalah saluran darah tersumbat yang seterusnya menghalang aliran darah ke seluruh badan. Kekurangan darah menyebabkan otot jantung dan tisu granulasi (scar tissue) mengalami kerosakan kekal.

"Arrhythmia di sebaliknya berlaku kerana kepincangan sistem elektrik jantung. Jantung mempunyai sistem elektrik yang terbina di dalamnya, dan jika jantung itu tidak dikenakan kejutan elektrik dalam tempoh beberapa minit, kematian akan berlaku, dan hanya 10 hingga 20 peratus daripada mereka yang mengalami SCA terselamat," katanya.

Beliau menambah kata dalam sebuah jantung yang sihat perentak (pace-maker) semulajadi menyebabkan denyutan jantung, kemudian impuls elektrik melalui laluan tertentu dalam jantung, dan seterusnya menyebabkan jantung mengecut secara berkala untuk mengepam darah.

SCA berlaku apabila isyarat elektrik yang mengawal denyutan jantung terlewat atau terhalang.

IRITMA

Kegagalan fungsi jantung lazimnya berlaku kerana otot jantung rosak atau sudah regang, yang seringkali menjejaskan fungsi sistem elektrik yang mengawal pemasaan biasa denyutan jantung.

Apabila tubuh menyedari yang jantung gagal mengepam jumlah darah normal, jantung akan cuba percepat aktiviti mengepam untuk memampas kekurangan yang berlaku. Otot jantung yang rosak boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah perlahan (bradycaria) atau bertambah cepat (tachycardia) atau tidak lagi secara berkala. Oleh itu, bukanlah luarbiasa untuk melihat pesakit jantung untuk mengalami SCA.

Lagipun, punca paling lazim serangan jantung dalam bentuk 'arrhythmia' dikenali sebagai 'ventricular fibrillation' (VF). Dalam VF, isyarat elektrik yang mengawal fungsi pam jantung bertambah cepat dan tidak lagi terkawal. Oleh sebab itu, ruang di bahagian bawah jantung iaitu ventrikel, mula bergegar (fibrilisasi) di sebalik mengecut.

Ini menyebabkan darah tidak lagi dapat dipam ke seluruh tubuh, yang memutuskan bekalan oksigen ke otak dan menyebabkan orang yang terbabit tidak sedarkan diri. Selagi tidak dikenakan kejutan segera untuk mengembalikan ritma berkala (menggunakan mesin yang dikenali sebagai defibrillator), kematian boleh berlaku dalam beberapa minit.

PEMBUNUH SENYAP

Bukan seperti kebanyakan masalah jantung yang boleh dikenalpasti melalui simptom-simptom lazim, SCA merupakan pembunuh senyap. Saringan fizikal atau kecergasan lazimnya tidak dapat mengesan ciri-ciri yang boleh menyebabkan SCA, oleh itu ia juga boleh berlaku kepada individu yang sihat dan aktif tanpa sebarang rekod penyakit jantung.

Tetapi Dr Omar menjelaskan bahawa SCA bukanlah kejadian rambang dan kebanyakan mangsa tidak menunjukkan komplikasi berhubung kesihatan atau jantung mereka, walaupun mereka mungkin tidak mengetahuinya.

Beliau berkata apa-apa masalah jantung yang menjejaskan sistem elektrik jantung boleh menyebabkan 'arrhythmia'. Ini termasuk tabiat merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, penggunaan dadah tertentu dan sehinggakan tekanan emosi.

"Sebanyak 80 peratus daripada pesakit arteri koronari (keadaan di mana arteri yang membekalkan darah bertambah sempit atau tersumbat), 15 peratus daripada mereka dengan otot jantung berpenyakit dan 5 peratus daripada mereka dengan penyakit sel jantung menghadapi risiko tinggi terhadap penyakit ini. Sebanyak 75 peratus daripada mereka yang mati kerana SCA menunjukkan tanda-tanda serangan jantung pernah berlaku sebelumnya."

Dan tanpa sebarang amaran awal, 95 peratus daripada kesemua mangsa SCA akan mati di tempat kejadian, dan di Amerika Syarikat lebih 70 peratus daripada mangsa VF mati sebelum sempat sampai di hospital.

KEJUTAN PENYELAMAT

Melihatkan ketiadaan simptom, pencegahan merupakan pilihan berkesan dalam mengurangkan statistik bagi kematian SCA.

Terdapat beberapa pilihan, kata Dr Omar, antaranya ialah 'automatic external defibrillator (AED)' yang merupakan sebuah peranti elektronik bimbit yang menghentikan 'arrhythmia' dengan mengejutkan jantung. Ada negara yang menyediakan AED bagi kegunaan awam, khasnya di tempat-tempat awam seperti taman, sekolah dan pusat sukan.

Cardioverter defibrillators (ICD) yang boleh diimplan, sangat berkesan dalam mencegah SCD bagi mereka yang berisiko tinggi. ICD yang ditempatkan di bawah kulit, memantau jantung untuk mengesan apa-apa ritma luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik untuk mengembalikan ritma jantung. Ia juga boleh berfungsi sebagai perentak jika jantung berdenyut terlalu perlahan.

Bagi kegagalan jantung kongestif yang disebabkan oleh komplikasi berkaitan otot jantung, terapi penyerantakan semula kardiak digunakan. Terapi ini menggunakan sebuah perentak khusus untuk menyelaras semula fungsi ventrikel kiri dan kanan pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

PERLU BELAJAR CPR

Setiap saat penuh bermakna bagi mereka yang berisiko tinggi mengalami SCA.

Sementara lebih 70 peratus daripada semua mangsa serangan jantung diselamatkan oleh 'defibrillator', Dr Omar menasihatkan supaya setiap orang belajar CPR yang boleh membantu jika tiada defibrilator berdekatan.

"Sudah pasti, CPR boleh menyelamatkan nyawa, dan penting untuk mengekalkan integriti otak bagi mangsa-mangsa SCA. Tidak kira anda pelajar sekolah atau warga emas, CPR harus dipelajari oleh semua. SCA boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja."

Dengan demografi pesakit pada Pangkalan Data Penyakit Kardiovaskular Kebangsaan menunjukkan bahawa usia minimum bagi kegagalan jantung di negara ini ialah 18 tahun dan yang tertua ialah 100 tahun, adalah wajar kita memberi perhatian kepada masalah ini.

-- BERNAMA

Thursday 14 January 2010

Sekarang Graduan Guru Susah Dapat Kerja-BN perintah dah 52 Tahun

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya. bernama

Sunday 10 January 2010

Kami pun nak 15 juta ringgit1


KEADAAN Pangsapuri Seri Lili di Bukit Sentosa, Rawang yang kelihatan usang dan kotor semalam.


RAWANG - "Kami juga mahu pangsapuri kami dibaiki."

Demikian rintihan dan rayuan penduduk pangsapuri kos rendah Bandar Bukit Beruntung dekat sini yang menyifatkan kediaman mereka lebih teruk jika dibandingkan dengan pangsapuri di Bandar Bukit Sentosa.

Bumbung bangunan pangsapuri yang tercabut dan rosak, cat bangunan yang tertanggal dan ditumbuhi cendawan menyebabkan semakin ramai penghuni di situ terpaksa meninggalkan rumah mereka dan tinggal di tempat lain.

Beberapa penduduk di Pangsapuri Seri Lili dan Seri Semarak yang ditemui berkata, mereka juga mahu nasib pemilik rumah di situ dibela kerana kediaman itu merupakan pangsapuri kos rendah pertama dibina di sit

" baling batu sorok tangan “ itu mestilah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

PAKATAN RAKYAT PERAK KECAM SERANGAN, SERU ADAKAN RUNDINGAN
KENYATAAN MEDIA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK 9 JANUARI 2010

Berikutan insiden menyerang dengan cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara. Maka Pakatan Rakyat Negeri Perak pada hari nini mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai perkara berkaitan.

1. Pakatan Rakyat Perak mengecam dan sangat kesal dengan kejadian tersebut dalam keadaan rakyat Malaysia dan Perak yang cintakan kepada keamanan dan ketenteraman. Segala tindakan yang bertentangan dengan hasrat itu adalah amat dikesali dan kami membantah sekeras-kerasnya tindakan itu.

2. Kami berpandangan segala tindakan kekerasan yang bertentangan undang-undang Negara dan ajaran Islam itu sendiri mestilah ditangani dengan sebaik mungkin dengan peruntukan undang-undang yang ada. Mereka yang melakukan tindakan provokatif dengan cara “ baling batu sorok tangan “ itu mestilah disiasat dan dibawa ke muka pengadilan.

3. Pakatan Rakyat Perak berpandangan bahawa mahkamah bukannya jalan yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini. Meja perundingan mesti didahulukan dengan semua pihak tidak mengira agama dan kaum perlu duduk bersama bagi menyelesaikan masalah ini. Insiatif ini mesti diambil oleh pihak kerajaan. Segala pandangan semua pihak hendak lah diambil kira.

4. Kami yakin dengan tahap keamanan Negara yang telah dicapai selama 52 tahun mampu dikekalkan . Oleh itu sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

5. Oleh itu Pakatan Rakyat Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek.

1. Ust. Abu Bakar Hussain – Pesuruhjaya PAS Perak
2. YB. Dato’ Ngeh Koo Ham – Pengerusi DAP Perak
3. Hj. Mustafa Kamil Ayub – Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Perak

Bom gereja ganggu keharmonian rakyat Perak

IPOH, 10 Jan: Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini boleh mengganggu keharmonian hidup rakyat di negeri ini.

Demikian dinyatakan oleh setiausahanya, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

“Sesungguhnya saya mengecam tindakan yang tidak bertamadun itu dan ianya bagi saya bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang negara,” katanya.

Tambahnya, tidak ada mana-mana ajaran dalam Islam yang membenarkan penganutnya melakukan tindakan sedemikian kepada rumah ibadah orang lain.

Katanya, tindakan pihak yang disifatkan oleh Ketua Polis Perak sebagai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi itu adalah sesuatu yang dirasakan boleh mengganggu keharmonian hidup rakyat di negeri yang dicintai ini.

“Kerana itu satu siasatan yang terperinci dan menyeluruh mestilah dilakukan dengan segera oleh pihak polis bagi membawa individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” ujarnya.

Beliau menyeru kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta semua rakyat negeri ini sentiasa berhati-hati dengan tindakan provokatif dan tindakan menangguk di air keruh dalam keadaan sekarang.

“Sehubungan itu, elakkan diri anda dari himpunan dan sebarang kegiatan yang boleh merenggang hubungan antara kaum sebaliknya perbanyakkanlah kegiatan yang boleh merapatkan hubungan antara kaum tidak mengira agama dan bangsa,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjamin keamanan dan ketenteraman yang sedia ada di negeri ini terus dikekalkan.

Tegasnya, sebarang anasir yang mengganggu dan cuba menggagalkan hasrat itu adalah anasir yang mesti diambil tindakan dan dihukum dengan secepat mungkin.

Thursday 7 January 2010

Hapus Cola jejas pretasi sektor awam: Cuepacs




SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.

“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan.

“Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara.

Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.

Menurutnya, langkah ini sekiranya dilaksanakan pastinya mendapat reaksi yang pelbagai daripada kakitangan awam.

“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya.

Dua Tok Guru Hadir Ke Taklimat Penerangan 9 Jan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan akan hadir ke Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa pada 9 Januari 2010 anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.

Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.

Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga segala pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional terhadap rakyat akan dibongkar dan didedahkan kepada seluruh jentera penerangan yang hadir.

Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.

Wednesday 6 January 2010

Judi Haram Tak Bising-Special Draw Kerajaan Tangguh!

Pemuda Gerakan sokong tangguh 'special draw' nombor ramalan

SHAH ALAM - Pemuda Gerakan menyokong keputusan kerajaan menangguhkan cabutan istimewa nombor ramalan (special draw) sebelum Tahun Baru Cina pada Februari nanti.

Timbalan Setiausaha Agungnya, H’ng Chee Wey berkata, keputusan yang dibuat itu dapat membantu masyarakat terutama kaum Cina menjimatkan wang

“Ia juga dapat meringankan beban kewangan dan mendidik rakyat supaya menguruskan penggunaan wang secara bijak dan sistematik.

“Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang dan berbelanja dengan cara yang tidak bersistem menyebabkan berlaku pembaziran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Chee Wey berkata, berikutan tindakan itu kerajaan akan kekurangan pendapatan hasil cukai perjudian dan rakyat seharusnya sedar dan berhati-hati dalam perbelanjaan harian.

”Masyarakat perlu merancang sistem pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik dan mengelakkan pembaziran,” katanya.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heong berkata, kerajaan berhasrat memansuhkan cabutan istimewa itu untuk sementara waktu kerana kerajaan belum mengeluarkan garis panduan berhubung nombor ramalan.

SHAH ALAM - Pemuda Gerakan menyokong keputusan kerajaan menangguhkan cabutan istimewa nombor ramalan (special draw) sebelum Tahun Baru Cina pada Februari nanti.

Timbalan Setiausaha Agungnya, H’ng Chee Wey berkata, keputusan yang dibuat itu dapat membantu masyarakat terutama kaum Cina menjimatkan wang

“Ia juga dapat meringankan beban kewangan dan mendidik rakyat supaya menguruskan penggunaan wang secara bijak dan sistematik.

“Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang dan berbelanja dengan cara yang tidak bersistem menyebabkan berlaku pembaziran,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Chee Wey berkata, berikutan tindakan itu kerajaan akan kekurangan pendapatan hasil cukai perjudian dan rakyat seharusnya sedar dan berhati-hati dalam perbelanjaan harian.

”Masyarakat perlu merancang sistem pengurusan kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik dan mengelakkan pembaziran,” katanya.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heong berkata, kerajaan berhasrat memansuhkan cabutan istimewa itu untuk sementara waktu kerana kerajaan belum mengeluarkan garis panduan berhubung nombor ramalan.

Lebihan Guru Tidak Berasas-Naib Canselor UPSI



IPOH - Isu penempatan graduan lepasan Sarjana Muda Pendidikan dari universiti tempatan di sekolah seluruh negara hanya berdasarkan kekosongan dan pengkhususan diambil graduan berkenaan yang mewujudkan lebihan guru adalah tidak berasas sama sekali, kata Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Datuk Dr Aminah Ayob.

Menurutnya, UPSI dan fakulti pendidikan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran untuk memutuskan bersama bilangan calon yang dibenarkan diambil bagi setiap mata pelajaran sekolah menengah sebelum membuat pengambilan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

“Kami akan diberikan unjuran pengambilan untuk setiap mata pelajaran oleh kementerian, walaupun kadang-kadang unjuran yang diberikan itu kelihatan tidak munasabah dan meragukan dari segi keperluan guru pada masa hadapan, bayangkan, negara kita hanya memerlukan 100 hingga 150 guru matematik menjelang tahun 2013.

“Mengikut statistik pengambilan pelajar pendidikan di UPSI bagi sidang akademik 2009/2010 dari mesyuarat dengan kementerian yang diaturkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, UPSI hanya dibenarkan mengambil bilangan pelajar yang sangat kecil iaitu 150 calon Bahasa Melayu, 60 (TESL), 70 (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan), 90 (Pendidikan Khas), 65 (Biologi), 40 (Fizik), 45 (Kimia), 100 (Matematik), 60 (Sains), 15 (Muzik), 65 (Kemahiran Hidup), 70 (Pendidikan Moral), 40 (Kaunseling), 175 (Sejarah), 35 (Perakaunan), 100 (Geografi), manakala Teknologi Maklumat, Grafik serta Multimedia tidak ada calon,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai penempatan graduan lepasan Sarjana Muda Pendidikan dari universiti tempatan di sekolah seluruh negara yang dikatakan berlaku lebihan menyebabkan kumpulan itu tidak dapat menempatkan diri di mana-mana sekolah kerajaan.

Dr Aminah berkata, jumlah ambilan itu sangat kecil untuk memenuhi keperluan guru Kementerian Pelajaran menjelang tahun 2013, tetapi pihaknya sentiasa akur dengan arahan kementerian itu.

Menurutnya, tidak timbul persoalan lebihan guru untuk penempatan di sekolah dan graduan mengambil bidang mereka bukan berdasarkan keperluan kementerian seperti yang diperkatakan.

“Kabinet sebelum ini juga memutuskan latihan guru untuk sekolah rendah diambil alih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), manakala untuk sekolah menengah oleh universiti khususnya UPSI.

“Sepatutnya tidak timbul persoalan oleh Timbalan Menteri Pelajaran bahawa graduan pendidikan lepasan IPTA melebih penawaran dan guru yang dilatih oleh IPTA adalah untuk swasta, dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap kementerian lebih jujur dan adil dalam melantik guru dari UPSI dan IPTA lain, bukan disebabkan pemecahan kepada dua kementerian maka graduan IPTA dipinggirkan.

“Pendirian Kementerian Pelajaran ini akan memberi kesan emosi yang serius kepada pelajar yang mengikuti pengajian pendidikan di seluruh IPTA, sekali gus melunturkan motivasi pelajar berhasrat menjadi guru serta berkhidmat kepada anak bangsa.

“UPSI kini mempunyai lebih 12,000 pelajar ijazah Sarjana Muda yang mengikuti pengajian selama empat tahun semata-mata untuk berkhidmat sebagai guru di seluruh negara dengan membawa visi dan misi Kementerian Pelajaran untuk melahirkan generasi unggul bersama guru lepasan IPGM,” katanya. sinar harian

Lama Sudah Guru Adu: NUTP Cadang Wujud Jawatan Pembantu Guru Untuk Tugas Sampingan

KUALA LUMPUR, 6 Jan -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah dengan nisbah seorang bagi setiap 500 murid bagi menjalankan beberapa tugas tertentu yang kini dipikul oleh guru.

Setiausahanya Lok Yim Pheng berkata pembantu guru itu akan berperanan melakukan segala kerja pengkeranian seperti mengisi borang dan mengiringi murid ke acara sukan atau ke hospital dan klinik, dan ini akan membebaskan guru daripada beban yang tidak perlu, sekali gus membenarkan mereka menumpukan perhatian kepada tugas mengajar.

"Pada masa sekarang guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lok berkata NUTP, yang mempunyai 160,000 anggota, menyambut baik keputusan kerajaan untuk memperkenalkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam kurikulum sekolah bagi memenuhi keperluan semasa.

"Inilah yang kita minta bertahun-tahun sebelum ini dan kita berasa gembira kerana kerajaan telah memberi respons yang positif kepada idea itu," katanya merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran bahawa kerajaan berhasrat mengubah sistem pendidikan negara bagi menyediakan pendidikan berkualiti.

Lok berkata kerajaan juga boleh menimbang untuk menaik taraf sistem teknologi komunikasi maklumat sekolah dan menghubungkannya terus kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian.

"Apa yang berlaku sekarang ialah guru-guru diminta menghantar maklumat yang sama kepada pejabat pelajaran daerah, negeri dan kementerian secara berasingan," kata Lok.

-- BERNAMA

Tuesday 5 January 2010

Sudah dua bulan tanpa perkembangan: DS Nizar


IPOH - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin masih menunggu keputusan mahkamah berhubung kedudukan jawatan itu yang sehingga kini belum ada sebarang jawapan.

Katanya, kes itu dibawa ke mahkamah bagi menentukan siapa layak menerajui kerajaan negeri selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) lompat parti dan menyertai Bebas.

“Sehingga kini, setelah lebih dua bulan berlalu, keputusan berhubung kedudukan menteri besar belum diputuskan. Saya akan tetap menunggu walaupun tidak tahu bila mahkamah akan memutuskannya.

“Pada saya, sehingga kini kes ini tiada sebarang perkembangan menunjukkan ia akan selesai, sebaliknya terus membisu tanpa sebarang keputusan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mohamad Nizar berkata, apabila hal sedemikian berlaku, beliau bimbang jika kes itu terus senyap akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap institusi kehakiman dan meninggalkan persoalan rakyat.

Beliau turut mempersoalkan kenapa berlaku sedemikian, sama ada secara kebetulan ataupun sengaja.

“Kalau ia disengajakan. bermakna persepsi masyarakat terhadap institusi kehakiman bertambah pudar, malah reputasi serta imej kehakiman akan terjejas. Tetapi, saya tidak pasti benar ke tidak, sebab itu saya mempersoalkan tindakan ini dan kenapa belum ada sebarang perkembangan.

“Ini juga secara tidak langsung boleh mewujudkan sikap prasangka dan kurang kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan negara. Bukan bermakna mempersoalkan tindakan mahkamah ini sebagai satu hentaman, tetapi mahukan penjelasan kenapa ia masih tertangguh,” katanya.

Banjir di Tanah Arab-Jedah Musim Haji 1430 Hijriah

Satu peringatan untuk kita berfikir.



صور كارثة جدة 2009

نفق الجامعة

صور كارثة جدة 2009

وسط حي قويزة

صور كارثة جدة 2009

طريق الحرمين ويبدو حجم الدمار واضحاً

صور كارثة جدة 2009

بحيرة المسك ويبدو السد الاحترازي

صور كارثة جدة 2009

صورة أخرى لطريق الحرمين

صور كارثة جدة 2009

صورة أخرى لحي قويزة

صور كارثة جدة 2009

نفق طريق الملك عبد الله

صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009


صور كارثة جدة 2009

Satu Bukti MIC gagal dan tidak relevan lagi.-pelajar India gagal.

SHAH ALAM, 5 Jan -- Kekurangan bantuan ataupun sokongan mekanisme yang membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan ibu bapa pelajar sekolah Tamil dikenalpasti antara faktor sesetengah mereka kurang berjaya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata masalah itu semakin membimbangkan apabila kajian mendapati kira-kira 45 peratus pelajar sekolah Tamil di negeri Selangor mencapai keputusan yang agak membimbangkan dalam UPSR setiap tahun.

"Kemungkinan antara puncanya dalam perkara ini, kurangnya bantuan atau sokongan mekanisme pembelajaran oleh ibu bapa murid yang rata-rata bekerja sebagai pekerja am yang berpendapatan rendah," kata Khalid dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kewangan kepada Sekolah Tamil Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Pada majlis itu, Khalid menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM704,000 kepada 31 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor.

Sebelum ini, kerajaan negeri memberikan bantuan sebanyak RM508,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah Tamil.

Khalid berkata terdapat 97 sekolah Tamil melibatkan seramai 34,000 pelajar di negeri Selangor, yang kira-kira 80 peratus daripadanya berasal dari keluarga berpendapatan rendah.

-- BERNAMA

Monday 4 January 2010

Setpol Tok Guru membetulkan fakta tuntutan RM800 juta.

WAN NIK WAN YUSOF: Fakta tuntutan RM800 juta


19 Muharram 1431

Wan Nik Wan Yusof

Jawapan kepada komentar Dr. Sivamurugan Pandian (Sinar Harian, Ahad 3hb. Januari 2010: N4) bertajuk ”UMNO dan PAS harus duduk semeja.”


Hakikat keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu meluluskan saman Timbermine Sdn. Bhd berjumlah RM800 juta tidak wajar diseret ke peringkat penyelesaian politik sehingga menggesa ’UMNO dan PAS duduk semeja.’ Paling tidak wajar lagi, apabila ditohmahkan dengan kenyataan yang tidak berfakta dan tersasar daripada landasan akademik. Sedangkan fakta yang berlaku semasa penghakiman mahkamah itu tidak dikaji terlebih dahulu

Apa yang perlu difahami adalah Kerajaan Negeri Kelantan sekarang berdepan dengan keputusan mahkamah yang perlu diselesaikan melalui saluran mahkamah. Maka, kenyataan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk memfailkan rayuan adalah wajar. Asasnya, pihak Kerajaan Negeri mempunyai hujah bagi membuktikan tidak wajar saman dibayar dan ia sebenarnya adalah saki-baki warisan Kerajaan BN semasa berkuasa dahulu.

Justeru itu, fakta-fakta berikut (disertakan di bawah) adalah bacaan ’wajib’ yang boleh menidakkan komentar Dr Sivamurugan Pandian (Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM) atau mana-mana pihak yang seumpama beliau. Sehubungan itu, dicadangkan agar pihak academician atau mana-mana pengkaji politik boleh hadir sendiri untuk meninjau kedudukan sebenar isu tersebut di mata rakyat Kelantan. Hakikat yang terbina, tiada niat bagi Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar untuk ’menuduh’ atau ’memuakkan’ rakyat dalam soal kepentingan Negeri dan rakyat Kelantan.

Sekian, wassalam.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.
18 Muharam 1431/4 Januari 2010.

Latar belakang isu

Suatu hakikat, Kerajaan PAS di zaman Almarhum Datuk Mohd Asri sentiasa menghadapi diskriminasi daripada Kerajaan Pusat sehingga program pembangunan negeri terhalang.

Namun tanggungjawab membangun Negeri demi kepentingan rakyat mesti diteruskan.

PAS yang mula memerintah Kelantan mulai 1959, iaitu pada pilihan raya pertama selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun banyak halangan diterima kerajaan daripada kerajaan pusat.

Namun, komitmen Kerajaan PAS Kelantan tetap untuk meneruskan aktiviti pembangunan Negeri. Mengambil kira faktor tersebut Kerajaan Negeri berusaha mencari sumber alternatif iaitu kekayaan sumber hutan bagi mendapatkan wang untuk membangunkan Kelantan.

Alternatif itu berlaku melalui Timbermine Sdn Bhd yang bersedia menguruskan indutsri berasaskan balak. Maka, syarikat tersebut dirundingi dan diberi konsesi kawasan pembalakan di Hulu Kelantan. Hasil daripada perjanjian tersebut Kerajaan Negeri mendapat sumber kewangan yang kemudiannya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan prasarana untuk faedah rakyat, antaranya;

. Jambatan Sultan Yahya

. Stadium Sultan Mohammad Ke IV

. Projek saliran

. Pembukaan tanah dan pembangunan tanah pertanian di kawasan Hulu Kelantan

. Pembesaran Pusat Yayasan Pengajian Islam Kelantan

. Pembiyaan pelajar Kelantan ke luar negara dan universiti tempatan

. Mengemaskini gaji guru-guru agama

Bagaimanapun semasa Kerajaan Campuran-BN mulai 1974, banyak dasar-dasar dan keputusan Kerajaan Negeri dipengaruhi dan dibayangi oleh pemimpin Umno. Atas fakta inilah bermulanya episod pertikaian Timbermine Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri.

Antaranya, pihak Kerajaan Pusat pernah membawa kes Timbermine ke Mahkamah Persekutuan dengan mendakwa Kerajaan Kelantan menggadai sejumlah kawasan hutan yang luas kepada sebuah syarikat asing.

Mahkamah membuat keputusan ada bukti perjanjian dibuat dengan Timbermine dan mengesahkan gadaian tersebut. Di samping itu, Mahkamah turut memberi pandangan sekiranya syarikat melanggar perjanjian, Kerajaan Negeri boleh membatal perjanjian tersebut.

Kerajaan Negeri kemudian menubuh satu jawatankuasa khas bagi mengkaji perjanjian tersebut. Tindakan membatal dicadangkan sekiranya ada perlanggaran terma perjanjian. Akhirnya, Kerajaan Negeri mengambil keputusan mahu membatalkan perjanjian, namun terhalang kerana Menteri Besar bertukar selepas pilihan raya umum 1974.

Selepas itu kawasan seluas 30,000 ekar telah diserah kepada Felda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri juga membayar saguhati kepada Timbermine sebanyak RM3.5 juta yang dipinjamkan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan tuntutan Timbermine.

Kes tersebut dianggap selesai oleh Kerajaan Negeri setelah membayar RM3.5 juta kepada Timbermine. Tetapi pihak Timbermine kemudian telah mengemukakan kepada Menteri Besar ketika itu (14.11.1989) beberapa maklumat berkenaan kepentingan mereka berkaitan penyelesaian yang dimaksudkan.

Namun kepentingan itu gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN pada masa itu. Justeru itu, syarikat tersebut kemudian memanjangkan pendekatan penyelesaian dan fakta-fakta yang gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum itu kepada Kerajaan Negeri pimpinan PAS. Seterusnya Timbermine telah memfailkan semula tuntutan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 2004 untuk menuntut ganti rugi.

Kesan daripada tuntutan tersebutlah berlakunya penghakiman yang mengarahkan Kerajaan Negeri membayar RM800 juta kepada Timbermine. Walau apapun, Kerajaan Negeri telah mengumumkan akan merayu keputusan mahkamah tersebut. Ruang merayu dijangka dapat merungkaikan beberapa fakta yang mungkin pihak mahkamah boleh meneliti semula beberapa eksibit. Mudah-mudahan ia bakal memberi keadilan sewajarnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Laporan Kes Mahkamah Tinggi Kota Bharu Guaman Sivil No. 22-5-2004 Syarikat Kemajuan Timbermine Sdn. Bhd melawan Kerajaan Negeri Kelantan.

Fakta latar belakang kes berdasarkan keterangan dan eksibit yang dikemukakan di mahkamah.

1. Plaintif dan Defenden telah memasuki satu perjanjian konsesi pembalakan (perjanjian utama) di Kawasan Ulu Kelantan pada 20.7.1964 bagi kawasan seluas 510 239 ekar bagi tempoh 33 tahun mulai tarikh perjanjian. Bayaran sebanyak RM 1 Juta telah dibayar sebagai sebahagian bayaran premium yang berjumlah RM 2 Juta telah dibuat selepas perjanjian ditandatangani. Perjanjian utama dieksibitkan sebagai aksibit P1.

2. Melalui satu perjanjian tambahan yang ditandatangani di antara kedua-dua pihak pada 6.11.1965 kawasan konsesi telah dikurangkan kepada 280 000 ekar. Perjanjian tambahan ini telah dieksibitkan sebagai eksibit P2.

3. Walau bagaimana pun perjanjian konsesi tersebut telah ditamatkan oleh pihak Defenden atas alasan pihak plaintif telah gagal memenuhi obligasinya sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian konsesi (eksibit P1) dan pihak defenden telah menjalankan hak untuk menamatkan perjanjian sebagaimana di bawah Klausa 5(b) perjanjian yang sama. Surat pihak Defenden kepada pihak plaintif berkenaan pekara ini adalah satu surat bertarikh 18.3.1975 yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada ketika itu. Surat ini dieksibitkan sebagai eksibit P6

4. Plaintif telah menerima surat di atas dan telah dijawab oleh Plaintif melalui surat peguam mereka bertarikh 21.4.1975. Surat ini menyatakan bahawa pihak Plaintif mencabar keputusan Defenden. Surat dieksibitkan sebagai eksibit P7.

5. Pihak-pihak telah kemudiannya berunding untuk menyelesaikan kes. Pada 17.6.1975 suatu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat dipengerusikan YBM Tengku Ahmad Rithaudeen Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas pada masa itu. Pihak kerajaan negeri dan pihak Plaintif turut hadir mewakili kepentingan mereka. Perbincangan di dalam mesyuarat diangap dibuat “without prejudice” terhadap apa-apa tindakan undang-undang antara Kerajaan Negeri (Defenden) dengan pihak Timbermine (Plaintif).

6. Di dalam mesyuarat tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan penubuhan suatu syarikat usahasama untuk mengusahakan perusahan perkayuan di kawasan “concession” yang dahulunya dipegang oleh Syarikat Timbermine. Kerajaan Negeri telah pun bersetuju untuk mengadakan usahasama dengan Syarikat Timbermine berdasarkan pemilikan saham 70% oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan 30% Syarikat Timbermine.

7. Datuk Kang Kock Seng wakil Syarikat Timbermine menyatakan:

a. Bersetuju dengan penubuhan syarikat usahasama dengan pegangan saham tersebut.

b. Bahawa hak “concession” yang dipegang oleh Timbermine hendaklah terus dianggap sebagai hak Timbermine dan

c. Nilai “concession” dan harta-harta syarikat Timbermine hendaklah diberi nilai yang berpatutan bila diambil alih oleh syarikat usahasama.

8. Kerajaan Negeri sukar untuk bersetuju untuk anggap “concession” yang telah diberikan sebagai harta Timbermine kerana ianya diberikan dengan percuma dan hasil hutan adalah harta negeri. Walau bagaimanapun pertimbangan sewajarnya akan diberikan atas nilai harta syarikat Timbermine. Minit mesyuarat yang diadakan ini telah diesksibitkan sebagai eksibit P12.

9. Rundingan lanjut juga telah diadakan diantara Timbermine dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Syarikat Kemajuan Timbermine dengan wakil-wakil syarikat Timbermine pada 22.9.1976 dan hasil rundingan telah dimaklumkan kepada YAB Menteri Besar Kelantan melalui satu surat rahsia bertarikh 28.9.1976.

10. Surat tersebut menyebut bahawa pihak Timbermine bersetuju dengan bayaran “goodwill” sejumlah RM3.5 juta (wang ini sudah diterima oleh pihak Plaintif). Bayaran adalah kerana ingin memupuk pertalian yang baik dengan syarikat Timbermine dan tidak bersangkut paut dengan tindakan pembatalan perjanjian dan dibuat “without prejudice” kepada tindakan yang telah pun dibuat oleh Kerajaan Negeri. Surat itu juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri boleh mengadakan rundingan atas cadangan untuk wujudkan syarikat usahasama bagi menjalankan rancangan perkayuan. Timbermine tidak akan membuat sebarang tuntutan atas kerajaan negeri hasil dari pembatalan perjanjian konsesi. Kilang papan kepunyaan syarikat di Gua Musang dan semua harta syarikat di luar kawasan “concession” akan terus menjadi milik syarikat. Surat ini telah dieksibitkan sebagai aksibit P19.

11. Lanjutan daripada surat di atas, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu telah menulis surat kepada Syarikat Timbermine bertarikh 28.11.1976. Surat tersebut telah merujuk kepada surat eksibit P19 dan menyatakan persetujuan Kerajaan Negeri atas terma yang terkandung di perenggan 3, 4 dan 5 eksibit P19. Surat dari Menteri Besar Kelantan itu telah dieksibitkan sebagai aksibit P20.

12. Seterusnya pihak Saksi Plaintif yang pertama SP1 telah memberikan keterangan bahawa selepas daripada kedua-dua pihak bersetuju atas terma, maka bayaran sebanyak RM3 juta telah dibayar oleh Kerajaan Negeri sebagaimana terma penyelesaian di perenggan 3 eksibit P19 kepada Plaintif.

13. Walau bagaimana pun penyelesaian ini tidak kesampaian (frustrated) dan hanya terma bayaran “goodwill” RM3.5 juta sahaja yang telah dipenuhi oleh Defenden. Syarikat usahasama yang telah dipersetujui penubuhannya telah tidak menjadi kenyataan.

Kes Plaintif

1. Kes plaintif adalah bersumber dari dua pekara utama iaitu, yang pertama, pecah kontrak perjanjian konsesi (di eksibitkan sebagai P1 dan P2) sebagaiman dan yang kedua, pecah kontrak perjanjian penyelesaian yang dibuat.

2. Plaintif mencabar penamatan perjanjian konsesi dan menegaskan bahawa penamatan tersebut adalah tidak sah berdasarkan kepada 3 pekara utama iaitu:

i. Defenden telah menamatkan perjanjian berdasarkan klausa 5(b) (i) Perjanjian Konsesi atas alasan kegagalan Plaintif untuk membalak kawasan konsesi bagi fasa pertama tanpa mengambil kira bahawa klausa 5(b) (iii) memberikan kelonggaran jika kegagalan mengusahakan kawasan konsesi tersebut adalah akibat langsung dari “civil commotion, war, enforcement agency regulation, floods and other Acts of or that great economic hardship would be suffered by the company by such compliance to perform theaforesaid obligation.” Saksi Plaintif pertama memberi keterangan bahawa kelewatan mereka dalam mengusahakan mereka adalah akibat “political dispute”, konfrontasi dengan Indonesia, perpisahan S’pore dengan Malaysia (plaintif pada masa itu adalah syarikat Singapura). Dalam masa yang sama Plaintif telah “on many occasion” telah gagal mendapatkan kebenaran Kerajaan Negeri untuk menjalankan kerja di kawasan konsesi. Saksi Plaintif yang pertama telah memberikan keterangan kawasan konsesi termasuk dalam kawasan komunis oleh yang demikian selain dari permit/lessen membalak pihak Plaintif juga memerlukan “security passes” untuk memasuki kawasan konsesi. Surat bertarikh13.2.1968 iaitu syarat permohonan perlanjutan masa dieksibitkan sebagai eksibit P3, manakala satu surat yang bertarikh 12.4.1975 yang menunjukan bahawa permohonan Plaintif untuk bekerja dalam kawasan lesen telah ditolak oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri dieksibitkan sebagai eksibit P4.

ii. Penamatan Perjanjian konsesi ini tidak boleh dibuat apabila Syarikat Plaintif telah pun membangunkan satu “intergrated timber industry”. S.6 Perjanjian Tambahan yang dieksibitkan sebagai eksibit P2 dirujuk. Satu surat dari Plaintif kepada Defenden bertarikh 30.6.1973 yang memaklumkan bahawa Defenden telah membina kilang papan, kilang “veneer, plywood and moulding” dikawasan konsesi telah dikemukakan sebagai eksibit P8. Gambar-gambar kilang sewaktu dalam fasa pembinaan dan setelah ianya siap dieksibitkan sebagai eksibit P27 A hingga R dan P28 A hingga H. Gambar-gambar mesin-mesin juga dieksibitkan sebagai eksibit P29 A hingga S. Senarai pembelian mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P9 manakala “sample” surat-surat daripada bank minta menjelaskan bayaran mesin-mesin dieksibitkan sebagai eksibit P30(a) dan (b).

iii. Tiada sebarang notis diberikan tentang penamatan tersebut sebagaimana klausa 11(A) Perjanjian eksibit P1.

3. Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas pihak Plaintif juga bahawa Defenden telah pecah kontrak penyelasaian. Saksi Pertama Plaintif dalam keterangannya menyatakan bahawa setelah persetujuan penyelasaian dicapai sebagaimana minit mesyuarat pada 17.6.1975 yang telah dieksibitkan sebagai P12, Plaintif telah menerima satu surat daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta Plaintif mengemukakan kertas cadangan tentang syarikat usahasama. Plaintif telah mengemukakan cadangan berkenaan penubuhan syarikat usahasama itu yang telah dieksibitkan sebagai eksibit P16.

4. Saksi pertama Plaintif selanjutnya memberi keterangan bahawa beberapa sesi perbincangan telah di adakan di antara pihak-pihak yang membuatkan Plaintif percaya bahawa penubuhan syarikat usahasama itu akan menjadi kenyataan. Satu mesyuarat telah diadakan di antara pihak Plaintif dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 22.9.1976. Dalam mesyuarat tersebut syarat penyelesaian dan penubuhan syarikat usahasama sebagaimana yang dicadangkan dalam mesyuarat seperti minit dieksibit P12 telah dipersetujui. Pekara yang dibincangkan dan dipersetujui dalam mesyuarat tersebut telah dimasukkan dalam satu surat peguam Plaintif pada ketika itu kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertarikh 22.9.1976. Surat ini dieksibitkan sebagaimana eksibit P18. Susulan daripada itu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis satu surat kepada YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu sebagaimana eksibit P19 memaklumkan terma dan syarat penyelesaian. Surat rahsia ini telah dijawab oleh YAB Menteri Besar Kelantan yang menyatakan persetujuan terma dan syarat penyelesaian sebagaimana dalam surat beliau kepada Plaintif bertarikh 28.11.1976 yang telah dieksibitkan sebagai P20.

5. Saksi pertama Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa Plaintif telah menerima satu surat bertarikh 28.7.1977 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa itu yang mengesahkan penyelesaian yang dibuat di antara kedua-dua pihak.

6. Selanjutnya Saksi Pertama Plaintif memberikan keterangan bahawa terdapat beberapa sesi perbincangan telah diadakan sejak 1984 hingga 1988 berkenaan penyelesaian dan pada 1989 satu mesyuarat telah diadakan dengan YAB Menteri Besar Kelantan pada ketika itu yang telah meminta pihak Plaintif memberikan maklumat berkenaan kepentingan Plaintif berkait penyelesaian. Plaintif telah mengemukakan satu surat bertarikh 14.11.1989 kepada YAB Menteri Besar yang mana telah dieksibitkan sebagai eksibit P22.

7. Saksi Pertama Plaintif seterusnya memberikan keterangan bahawa Plaintif telah menulis pula kepada Defenden berkenaan penyelesaian melalui surat peguam Plaintif kepada YAB Menteri Besar bertarikh 24.1.1995 dieksibitkan sebagai P24.

8. Saksi Pertama Plaintif juga telah merujuk kepada surat mereka bertarikh 16.2.2002 (eksibit P39) yang mana surat tersebut merujuk kepada syarat peguam mereka di P23 dan surat Setiausaha Sulit Menteri Besar dieksibit P24. Ini adalah surat “reminder” berkenaan dengan persetujuan penyelesaian sebagaimana surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah di P19 dan juga persetujuan Kerajaan Negeri atas penyelesaian tersebut. Tiada perkembangan susulan atas berkenaan surat ini.

9. Surat-surat (correspondence) di antara kedua-dua pihak berkenaan pekara yang sama dieksibitkan secara kolektif sebagai P25 (a) hingga (h) juga telah dirujuk oleh Saksi Pertama Plaintif. Keterangan beliau tertumpu kepada Eksibit 25(g) iaitu satu surat yang ditulis oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar bertarikh 13.8.2002 mencadangkan suatu mesyuarat diadakan berkaitan surat peguam Plaintif bertarikh 1.8.2002 tersebut yang telah dieksibitkan sebagai aksibit P25(e). Walau bagaimanapun mesyuarat yang dicadangkan itu tidak dibuat.

10. Plaintif kamudiannya telah membuat satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Gua Musang sebagaimana GM Rpt No. 834/2004 kerana beranggapan bahawa pihak Defenden telah memperdayakan mereka (melakukan frod) kerana kawasan yang sepatutnya menjadi kawasan syarikat usahasama yang dipersetujui itu telah diusahakan oleh pihak lain. Keterangan berkenaan kedudukan kawasan konsesi dan pihak semasa yang mengusahakan tanah di kawasan konsesi tersebut adalah melalui Saksi Kedua Plaintif.

Kes Defenden

1. Pembelaan pihak Defenden pula juga bersumber kepada 2 pekara iaitu yang pertama, menamatkan perjanjian konsesi adalah selaras dengan (s. 5(b)(i) syarat perjanjian konsesi (eksibit P1) dan kedua bahawa perjanjian penyelesaian adalah tidak mengikat (not binding) ke atas Defenden kerana tiadanya perjanjian bertulis bagi perjanjian penyelesaian ini.

2. Berdasar pembelaan di atas Defenden telah memfailkan satu Saman Dalam Kamar di bawah Aturan 18 Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk mengenepikan Wirit Saman dan Penyata Tuntutan Plaintif. Walau bagaimanapun permohonan ini telah ditolak oleh mahkamah. Tiada rayuan dibuat terhadap keputusan ini.

3. Fakta berkenaan perjanjian konsesi dan penamatan perjanjian itu tidak dipertikaikan. Apa yang dipertikaikan adalah isu kandungan undang-undang sama ada penamatan itu sah atau tidak. Pihak Defenden tidak memanggil saksi berkenaan pekara ini. Cabaran dibuat di mahkamah sewaktu perbicaraan selaras dengan pembelaan yang difailkan.

4. Cabaran atas interpretasi dokumen yang dikemukakan khasnya interpetasi mini mesyuarat dieksibit P12 adalah sebagaimana pembelaan yang difailkan. Pembelaan Defenden tidak menafikan bahawa suatu mesyuarat telah diadakan pada 17.6.1975 yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Rithauddeen. Cabaran dibuat sewaktu pemeriksaan balas Saksi Pertama Plaintif atas minit mesyuarat yang dikemukakan. Walau bagaimanapun Saksi Pertama Plaintif menyatakan bahawa beliau sendiri menghadiri mesyuarat itu bersama-sama mendiang abang beliau Dato’ Kang Kock Seng dan En. Nik Hussein bin Ali mewakili Syarikat Plaintif.

5. Minit mesyuarat ini tidak sebenarnya mengikat mana-mana pihak. Pihak Defenden telah menghujahkan bahawa jika dirujuk pula kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah kepada YAB Menteri Besar Kelantan (P19) di perenggan 3, 4 dan 5 langsung tidak menyebut tentang kawasan “concession” merupakan sebahagian dari “subject matter” penyelesaian. Persetujuan kerajaan negeri berkenaan cadangan penyelesaian adalah khusus merujuk kepada surat YBM Tengku Razaleigh Hamzah ini (P20) dan bukan minit kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBM Tengku Ahmad Ritahuddeen yang diadakan pada 17.6.1975. Persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan satu perjanjian bertulis. Selanjutnya jika diteliti surat P19 dan P20 dapat dilihat bahawa penyelesaian yang dipersetujui itu (mengadakan syarikat usahasama) tidaklah melibatkan apa-apa balasan berharga (valuable consideration). RM3.5 juta yang dibayar bukanlah balasan berharga bagi maksud penyelesaian tersebut (rujuk perenggan 3, 4, dan 5 P19). Oleh yang demikian persoalan yang timbul adalah sama ada penyelesaian ini boleh diterimapakai (enforceable) di bawah undang-undang kontrak. Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 memperuntukan seperti berikut:

Section 26. Agreement without consideration, void, unless –

An agreement made without consideration is void, unless –

It is in writing and registered

(a) it is expressed in writing and registered under the law (if any) for the time being in force for the registration for the promisor, and is made on account of natural love and affection between parties standing in a near relation to each other ;

Or is a promise to compensate for something done

(b) it is a promise to compensate, wholly or in part, a person who has already voluntarily done something for the promisor or something which the promisor was legally compellable to do; or

Or is a promise to pay a debt barred by limitation law.

(c) it is a promise, made in writing and signed by the person to be charged there with, or by his agent generally or specially outhorized in that behalf, to pay wholly or in part a debt of which the creditor might have enforced payment but for the limitation of suits.

Berdasarkan peruntukan seksyen 26 Akta Kontrak 1956 di atas dan juga memandangkan bahawa persetujuan penyelesaian ini tidak dijadikan perjanjian bertulis, pihak Defenden telah menghujahkan bahawa persetujuan penyelesaian di antara Plaintif dan Defender ini adalah “void”.

6. Seterusnya hujah juga telah dibuat terhadap keterangan mengenai penubuhan syarikat usahasama di mana keterangan diberikan bahawa pegangan ekuiti syarikat itu adalah 70% bagi Kerajaan Negeri dan 30% bagi Syarikat Timbermine. Keterangan yang menyatakan bahawa jumlah RM3.5 juta itu merupakan konsiderasi pegangan ekuiti dalam syarikat usahasama adalah daripada keterangan SP1 di mana keterangan ini sama sekali bercanggah (sebagaimana dalam eksibit P39) dengan kandungan P19 dan P20. Mohon merujuk kepada seksyen 91 Akta Keterangan 1950.

Section 91. Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document.

When in terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions here in before contained.

Exception 1 - When a public officer is required by law to be appointed in writing, and when it is shown that any particular person has acted as such officer, the writing by which he is appointed need not be proved.

Exception 2 - Wills admitted to probate in Malaysia may be by the probate.

Explanation 1 - This section applies equally to cases in which the contracts, grants or disposition of property referred to are contained in one document and to cases in which they are contained in more documents than one.

Explanation 2 - Where there are more originals than one, one eriginal only need be proved.

Explanation 3 - The statement in any document whatever of a fact, other than the facts referred to in this section, shall not preclude the admission of oral evidence as to the same fact.

ILLUSTRATIONS

(a) If a contract is contained in several letters in which it is contained must be proved.

(b) If a contract is contained in a bill of axchange, the bill of exchange must be proved.

(c) If a bill of exchange is drawn in a set of three, one only need to proved.

(d) A contracts in writing with B for the delivery of pepper upon certain terms. The contract mentions the fact that B had paid A the price of other pepper contracted for verbally on another occasion.

Oral evidence is offered that no payment was made for the other pepper. The evidence is admissible.

(e) A give B a receipt for money paid by B

Oral evidence is offered of the payment.

The avidence is admissible.

Oleh yang demikian keterangan Saksi Pertama Plaintif1 (bahawa bayaran “goodwill” adalah sebenarnya nilai ekuiti 70% Kerajaan Negeri dalam Syarikat Usahasama yang dicadang ditubuhkan) yang merujuk kepada P39 tidaklah boleh digunakan untuk mengubah atau menambah maksud yang terkandung dalam P19 dan P20. Sebagai menyokong hujah mohon untuk merujuk kes Citi Bank NA v Mohd Abdullah Ang Swee Kang & Ors (1992) 1 CLJ 296 di mana dipetik pernyataan Y.A Hakim di dalam kes tersebut;

“For the 3rd defendend it was contended that it was the intention of the parties that the guarantee had reference to only the RM1 million overdraff facility. This contention contradicts what is stated in the guarantee. It was attempted to bolster this contention by reference to certain letters. Section 91 and 92 of the Evidence Act does not permit this unless one of the provisos to s. 92 can be called to aid which was not the case here”.

7. Selain dari itu Defenden juga telah menghujahkan tentang keterangan Saksi Pertama Plaintif yang menyatakan bahawa lanjutan daripada itu pembayaran RM3.5 juta oleh pihak Defenden kepada Plaintif dibuat. Selain daripada bayaran itu sebahagian daripada premium yang telah dibayar oleh plaintif untuk kawasan “concession” telah dikembalikan (refunded). SP1 di dalam keterangannya pada 8.3.2009 jelas menyatakan pekara ini. Beliau selanjutnya menyatakan jika sekiranya kontrak ditamatkan maka tidak sepatutnya premium dibayar balik (refunded) dan oleh kerana itu penamatan kontrak sebenarnya tidak berlaku. Adalah dihujahkan bahawa apabila bayaran premium dibayar balik, maka kedua-dua pihak kembali ke status quo asal sebelum kontrak dimeterai. Oleh yang demikian, secara lojiknya plaintif tidak lagi mempunyai apa-apa hak atas baki “concession” yang belum diusahakan. Apa yang tinggal di antara plaintif dan defenden hanyalah persetujuan untuk mengadakan syarikat usahasama.

8. Selain dari mencabar keterangan berkenaan perjanjian asal dan juga persetujuan penyelesaian cabaran juga telah dibuat terhadap keterangan berkenaan jumlah gantirugi yang dituntut. Adalah tidak dinafikan bahawa kilang plaintif mengunakan pekerja-pekerja dalam menjalankan operasinya dan plaintif menuntut gantirugi atas kos yang ditanggung olehnya menggaji pekerja-pekerja tersebut sementara menunggu syarikat usahasama diwujudkan.

9. Walau bagaimanapun, keterangan plaintif berkenaan perkara ini adalah tidak memadai kerana hanya jumlah besar yang diberikan mengenai kos tersebut tanpa perinci (jumlah pekerja, tangga gaji, elaun, bonus dsb) yang perlu bagi mahkamah menilai sama ada jumlah besar itu adalah jumlah sebenar kos yang ditanggung. Tiada keterangan tentang berapa ramaikah pekerja yang berkaitan, apakan jumlah gaji yang dibayar bagi setiap pekerja, dan berapa lamakah mereka diambil bekerja. Tiada sebarang keterangan sokongan seperti slip gaji, caruman KWSP atau PERKESO dikemukakan.

10. Defenden juga telah mencabar pekara mengenai cara Saksi Pertama Plaintif membuat perkiraan kerugian “loss of earnings” sebagaimana dalam Jadual di eksibit P41. Setelah disoal balas Saksi Pertama Plaintif bersetuju bahawa Jadual yang beliau sediakan itu bukanlah berdasarkan harga kayu, tetapi berdasarkan “profit margin” yang dianggar semata-mata.

11. Cabaran juga dibuat terhadap Saksi Ketiga Plaintif yang memberikan keterangan sebagai seorang saksi pakar. Keterangan beliau disokong oleh satu laporan yang beliau sediakan sendiri. Keterangan yang diberikan adalah berkaitan nilai kayu kayan yang lazim bagi kawasan sebagaimana di kawasan konsesi.

12. Keterangan beliau sewaktu soal balas menunjukkan bahawa beliau telah memberikan harga purata bagi nilai kayu mulai dari tarikh konsesi hingga masa sekarang (1965 hingga 2009). Beliau tidak dapat berikan nilaian sebenar harga kayu sebelum dari tahun 1985 kerana kekurangan maklumat berkenaan dengannya yang boleh diperolehi. Harga purata yang diberikan pula hanyalah berdasarkan nilaian tahun 2008 sahaja. Defenden mempersoal kewajaran mengambil nilaian tahun 2008 ini bagi mewakili harga kayu dari tahun 60an sehingga tahun 2008 hanya berdasarkan nilaian harga kayu tahun 2008? Telah dihujahkan bahawa nilai purata yangdiberikan ini tidaklah mengambarkan nilai sebenar kayu di kawasan konsesi pada tahun sebelum tahun 2008 lebih-lebih lagi bagi tahun tahun 60an, 70an, 80an dan 90an.

13. Saksi Ketiga Plaintif juga memberi keterangan bahawa nilai keuntungan yang akan diperolehi dari satu kawasan konsesi berkait rapat dengan jenis kayu yang ada di kawasan konsesi. Walau bagaimanapun, keterangan beliau jelas menunjukan beliau tidak pernah pergi ke kawasan konsesi tersebut dan apa-apa keterangan beliau berkenaan jenis kayu dan peratusannya hanyalah merupakan anggapan atau anggaran beliau semata-mata berdasarkan kawasan konsesi yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Keterangan ini boleh dikatakan Cuma satu “educated guesswork” dan Defenden mempersoalkan kewajaran keterangan ini dijadikan panduan oleh mahkamah dalam menilai harga kayu di kawasan konsesi yang menjadi pertikaian. Telah dihujahkan bahawa keterangan ini juga adalah tidak memadai untuk mahkamah membuat nilaian harga kayu pada setiap hektar kawasan konsesi.

Jumlah Tuntutan Gantirugi

1. Plaintif menuntut gantirugi kehilangan pendapatan RM840 juta (atas dasar RM3 000 seekar x 280 000 ekar x 30% ikuiti atas dasar perjanjian penyelesaian dianggap sebagai sah) atau RM11,485 seekar x 280 000 ekar = RM3,215,800,00.00 (atas dasar 100% akibat pecah kontrak).

2. Gantirugi Khas RM13.6 juta.

3. Gaji yang dibayar kepada pekerja RM1.74 juta.

4. Faedah dan

5. Kos

Disediakan oleh
Penolong Penasihat Undang-Undang,
Negeri Kelantan.