Sunday 28 February 2010

Berpindah Ke Tempat Persemadian Baru

Di Singapura, pusara lama akan digali dan dipindahkan ke kawasan baru untuk disusun bagi memberi ruang kepada pusara baru. Ianya dilakukan beberapa tahun sekali. - Foto Bernama

DI Singapura, pusara lama akan digali dan dipindahkan ke kawasan baru untuk disusun bagi memberi ruang kepada pusara baru. Usaha mengalih tanah perkuburan, dilakukan beberapa tahun sekali.

Dari tanah perkuburan Bidadari lebih 30 tahun lalu, ia berpindah ke kawasan Pusara Aman dan kini dipindahkan pula ke Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

Perpindahan pusara ke tapak baru, mengutamakan konsep ruang yang lebih ekonomikal, memandangkan jasad yang lebih 20 tahun dikebumikan sudah mengecil daripada keadaan asal. Oleh itu susun atur di tempat baru dibuat lebih praktikal.

Berkongsi Liang Di Pusara Abadi

Daripada satu liang lahad yang memuatkan hanya satu jasad, tapak pemindahan yang baru itu memuatkan peninggalan lapan rangka mayat di dalam satu liang, yang tidak sampai 1.5 meter dalamnya.

Tetapi lain halnya pula untuk tapak perkuburan yang tiada waris. Enam belas rangka mayat dikumpul dan disemadikan bersama di dalam satu liang lahad.

Liang lahad dibuat lebih kecil dan mempunyai benteng pembahagi di tengah-tengah lot yang berukuran lebih kurang dua meter panjang dengan 0.5 meter lebar.

Proses mengorek semula liang lama mengambil masa kurang daripada dua jam dan untuk proses pengkebumian semula, masa menanti untuk semua liang-liang yang dijadualkan dibuka pada satu-satu hari, perlu dipenuhi.

Proses pengkebumian semula hanya berlangsung pada waktu tengah hari, selepas solat Zohor.

Pihak berwajib di bawah pengurusan pejabat agama Islam di republik ini bertanggungjawab menguruskan pengkebumian semula ini, dan hampir 50 kes pemindahan diuruskan setelah diiklankan melalui akhbar utama tempatan, setiap hari.

Menggali kubur lama, mengutip tulang dan mengkapan rangka mayat ini semula perlu bersaksikan waris yang telah memberikan kebenaran pada hari yang ditetapkan.

Rangka yang dikumpulkan dibawa ke tapak persemadian baru, yang terletak hanya kira-kira 1 kilometer dari perkuburan lama, Pusara Aman, dengan berkonvoikan kenderaan waris dan para pegawai pejabat agama.

Hak Waris

Proses pengkebumian semula bagaimanapun berjalan begitu pantas dan waris yang menuntut hak arwah dipindahkan, hanya berdiri di sekeliling, menyaksikan pengkebumian itu.

Ahli keluarga yang ditemui puas hati dengan pengurusan sehari suntuk itu.

"Pengurusannya agak sistematik, tempat menunggu pun selesa. Walaupun ia sehari suntuk, ia dijalankan mengikut jadual," Dahlia Monsen memberitahu penulis, yang turut menghadiri pemindahan rangka mayat arwah neneknya yang meninggal dunia pada tahun 1980.

Hasrat kerajaan memindahkan pusara lama pada mulanya diiklankan dan keluarga waris kemudian mula menghubungi pihak berkenaan serta Jabatan Agama Islam Singapura (JAIS). JAIS yang kemudian menghantar surat pemberitahuan tentang tarikh prosedur seterusnya.

Penulis yang turut menjadi waris kepada penghuni di pusara yang perlu dipindahkan melalui prosedur yang serupa, mendapat tahu tentang tarikh pemindahan seawal bulan Mei 2009.

Ia ditunda sehingga tiga bulan selepas itu untuk mengisi kelapangan semua pihak yang terlibat.

JAIS tidak mengenakan sebarang kos untuk prosedur yang dijalankan dengan teliti ini kecuali sedekah yang ingin dipanjangkan kepada pekerja pusara yang menguruskan pemindahan itu.

"Saya amat terharu bila tulang arwah ibu saya dikeluarkan semula dari liang yang agak sukar dibuka akibat akar pokok besar di tepi jalan yang menjalar di bawah tanah hingga menolak kedudukan beberapa kuburan yang sederet dengan kubur arwah ibu saya," ujar Dayang Sofia Awang Rambli yang datang dari Brunei Darussalam untuk menjadi saksi kepada pemindahan yang dilangsungkan pada pagi yang dituruni hujan rintik-rintik itu.

"Susah juga wak yang menggali semula kubur tu, kasihan saya tengokkan.

Nasib baiklah kami sampai awal jadi penggalian semula dimulakan pagi-pagi lagi selepas kami mengambil nombor di pejabat pentadbiran di kawasan Pusara Aman," kata Dayang Sofia yang ditemani adik perempuannya, anak-anak dan cucu beliau.

Kubur Bertingkat

Di Malaysia, keadaannya berbeza.

Tanah perkuburan belum sampai ke tahap untuk dipindahkan ke tapak baru tetapi sekiranya terdapat sebarang kekurangan ruang untuk menyempurnakan persemadian jenazah di satu-satu kawasan, tanah perkuburan bertingkat menjadi alternatif.

Ini sudahpun dilakukan di Pulau Pinang.

Menurut seorang pegawai di sebuah unit yang ditempatkan di pejabat Mufti Selangor, tapak kubur lama ditambak dengan tanah setinggi 0.9 meter terlebih dahulu sebelum jenazah baru dikebumikan di bahagian atas lot yang dikongsi bersama jenazah yang dikebumikan sebelumnya.

Apabila ditanya tentang keadaan ruang untuk tanah perkuburan di negeri Selangor masih mencukupi atau tidak, jawapan yang diberi:

"Tanah masih ada. Ruang masih mencukupi setakat ini. Masih belum ada keperluan untuk sebarang kehendak pembangunan dipenuhi. Bagaimanapun, Selangor turut akan mengaplikasikan konsep tanah kubur bertingkat, apabila perlu." - BERNAMA

Saturday 27 February 2010

1 Malaysia arak tanpa dokumen haram-Dengan dokumen Halal!

Seorang pegawai polis mengatur minuman keras yang telah dirampas ketika sidang akhbar mengenai Penyeludupan Minuman Keras Tanpa Dokumen yang Sah di Markas Operasi Gerakan Marin di Pelabuhan Klang, hari ini. Pihaknya menahan bot barter trade dari Indonesia itu semasa melakukan rondaan di perairan Pelabuhan Selatan pada pukul 5.30 petang semalam. Hasil pemeriksaan, anggota-anggotanya telah menemui 423 kotak berisi minuman keras itu yang disorokkan di bawah guni-guni berisi pakaian terpakai di dalam bot itu yang menuju ke Dumai, Indonesia. - Foto BERNAMA

Friday 26 February 2010

GERAK Gesa Menteri UMNO Sabit Kes Rasuah Letak Jawatan

Fazallah Pit

SHAH ALAM 27 FEB: Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengemukakan saranan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim melepas jawatan Ketua Pembangkang, sepatutnya lebih dulu mendesak menteri yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah dan pecah amanah, supaya meletak jawatan.

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) yang membidas Rais kerana mencadangkan Anwar Ibrahim supaya melepas jawatan semata-mata kerana terlibat dalam perbicaraan konspirasi kedua sedangkan mahkamah belum membuat sabitan.

Menyifatkan cadangan itu berniat jahat dan bertujuan mengalihkan kebimbangan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap isu integriti institusi kehakiman, Gerak menganggap kenyataan Rais itu semata-mata bermotif politik..

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ahli Lembaga Pengarah GERAK, hari ini, mereka menyeru Rais supaya melaungkan nada sama terhadap ahli politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya melakukan perkara sama.

"Mereka yang sabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin atas kesalahan rasuah politik dalam Perhimpunan Agung UMNO, selain terpalit dengan kontroversi melibatkan projek mega seperti isu PKFZ dan isu moral, sepatutnya turut berbuat demikian.

"GERAK berpendirian, seseorang itu tidak bersalah dan dilihat sebagai tidak bersalah selagi mahkamah tidak memutuskannya sebagai bersalah," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan berkenaan, GERAK berharap semua pihak menghormati hak seseorang warganegara untuk mendapatkan pengadilan melalui proses mahkamah yang bebas dari campur tangan mana-mana pihak.

"Tindakan mengaibkan maruah dan peribadi seseorang amat bertentangan dengan nilai Integriti," kata kenyataan itu lagi.

GERAK turut mendesak kerajaan supaya menumpukan usaha memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan negara luar terhadap kebebasan dan keadilan proses perundangan negara.TVSelangor.

Wednesday 24 February 2010

Peluang terakhir Anwar dapatkan bukti tambahan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar sama ada untuk membenarkan semakan keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.-malaysiakini

Tuesday 23 February 2010

Senyuman mayat aktivis HAMAS dibunuh agen Mossad

Senyuman mayat aktivis HAMAS dibunuh agen Mossad

mahmud mabhuh senyumMahmud Mabhuh, aktivis HAMAS yang dibunuh agen Mossad di Dubai ditunjukkan gambarnya dalam keadaan senyum. (artikel dahulu). Cara pembunuhannya seperti filem Hollywood atau Bollywood seperti cerita di bawah. Yahudi dan agen Yahudi dikenali semenjak lama sebelum Nabi Muhammad SAW sebagai bangsa jahat. Mereka membunuh Nabi dan pengikut Nabi. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah hendak diassasinate oleh Yahudi dengan mencampakkan batu besar dari atas rumah tempat Nabi SAW berteduh. Allah mengkhabarkannya kepada Baginda melalui Jibril as. Sheikh Ahmad Yaasin berderai kepalanya akibat peluru berpandu dari Apache. Serpihan darah dan daging memenuhi jalan dan dinding rumah. Tetapi wajahnya seakan tersenyum ‘menerima akibat’ dari sebuah jihad. Isteri saya ngeri apabila melihat wajah mayat-mayat yang mati secara ngeri, tetapi tidak wajah Sheikh Ahmad Yaasin. Para syuhada Palestin ramai yang wajahnya demikian. Barangkali inilah yang disebut oleh Nabi SAW, mafhumnya: ‘Sesiapa yang kasih bertemu Allah, Allah kasih bertemunya’. sumber

Cara Mossad bunuh Mahmoud

mossad ikutGAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Mahmoud (dalam bulatan) diekori oleh dua pembunuhnya di Hotel Al Bustan Rotana, Dubai pada Januari lalu.

Pemuda Umno biadap koyak surat jemputan debat

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi.

Sunday 21 February 2010

Bila masa untuk belajar sukan sepanjang tahun!

BANDAR JENGKA: Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan diwajibkan menyertai satu jenis sukan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa sementara juga akan ditubuhkan bagi mengkaji untuk memberikan kredit kepada pelajar yang menyertai sukan.

Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa yang sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak-anak mereka, katanya.

"Efektif tahun depan, tahun ini kita akan buat apa yang patut dahulu, sebab pihak sekolah perlu menyusun kembali jadual sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Umno Pahang di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan sebenarnya penyertaan pelajar dalam sukan telah diwajibkan dalam kokurikulum sebelum ini cuma tidak diberikan penekanan.

"Kita mahu terapkan nilai sukan di sekolah, dan mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan di peringkat akar umbi".

Beliau berkata kajian juga akan dilakukan bagi membolehkan aktiviti sukan di sekolah dijalankan sepanjang tahun bagi menyemarakkan budaya bersukan dan tidak hanya bertumpu pada tiga bulan pertama sesi persekolahan sepertimana sekarang.

Semalam, Muhyiddin berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan telah menggariskan lima unsur penting untuk mengembalikan kegemilangan sekolah dalam menghasilkan bakat-bakat sukan.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noraini Ab Rahman dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. - BERNAMA

Cuepacs Bimbang Penguasaan Penjawat Wanita

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau kepada Bernama, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Lok menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - BERNAMA

Saturday 20 February 2010

Wanita Pertama YDP MPPP -Patahiyah Dilantik YDP MPPP Berkuatkuasa 1 Mac

PULAU PINANG, 20 Feb (Bernama) -- Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu berkuatkuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan YDP majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

"Selepas persaraan Tan Cheng Chui sebagai YDP MPPP, Patahiyah dilantik memangku jawatan itu dan beliau telah menunjukkan prestasi memuaskan," katanya kepada pemberita di sini.

Tan, 54, memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.

Patahiyah mengambil alih jawatan setiausaha MPPP pada Jun lepas selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan tersebut dilantik sebagai Yang Dipertua.

Beliau menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada 1985.

-- BERNAMA

Friday 19 February 2010

Tuduhan Rasuah Penolong Penguasa SPRM Selangor Mengaku Tidak Bersalah

SHAH ALAM, 19 Feb - Seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Jumaat atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah untuk tidak meneruskan siasatan ke atas seorang suspek siasatan kes rasuah, Oktober tahun lepas.

M.Mohan, 37, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azhanis Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa meminta bagi dirinya suapan wang tunai RM250,000 daripada A.Sinnaiah, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas Sinnaiah kerana disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Mohan juga didakwa secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai RM200,000 daripada Sinnaiah sebagai dorongan untuk melakukan perkara yang sama.

Kedua-dua tuduhan didakwa dilakukan di pejabat SPRM Selangor, Tingkat 14, Plaza Masalam, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, E9/E, Seksyen 9 di sini, antara pukul 11 pagi dan 1 tengah hari pada 22 Okt tahun lepas.

Jika sabit kesalahan, Mohan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah mencadangkan agar tertuduh diikat jamin RM10,000 serta seorang penjamin.

Peguam Ratha Krishnan yang mewakili Mohan memohon mahkamah menetapkan jaminan yang bersesuaian dengan alasan anak guamnya yang mempunyai seorang isteri dan seorang anak, perlu menanggung beban dalam menjaga seorang abangnya yang buta dan terencat akal.

"Anak guam saya juga sudah berkhidmat selama 15 tahun dalam SPRM dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan. Pohon diberikan ikat jamin yang munasabah bagi memastikan kehadiran anak guam saya di mahkamah," katanya yang turut dibantu peguam H.R Dipendra.

Azhanis kemudian menetapkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan perbicaraan berlangsung selama empat hari bermula 23 Ogos ini.

-- BERNAMA

Wednesday 17 February 2010

Hishamuddin Tidak Peka Masalah Pendatang Asing-Letak Jawatan Lagi Bagus Hishamuddin

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien yang terkejut dengan lambakan pendatang asing di negara ini, mengundang reaksi Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub.

Pakatan Rakyat terkejut bagaimana seorang menteri tidak menyedari perkara ini, walhal isu kebanjiran pendatang asing bukan isu baru.

“ Saya rasa kenapa beliau harus terkejut sebenarnya itu semua di bawah bidang kuasa dia. Dan ini menggambarkan kegagalan sistem pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kemasukan warga asing ke negara kita” katanya.

Salahuddin menyuarakan kebimbangan dengan kegagalan Kementerian Dalam Negeri menangani isu ini kerana pintu masuk negara acap kali dibolosi pendatang tanpa izin.

Malah, beliau khuatir masalah lambakan pendatang ini turut melibatkan elemen penyelewengan.

“Dengan hanya kenyataan terkejut itu tidak dapat untuk menyelesaikan masalah yang ada pada hari ini. Oleh itu apa yang saya rasa penting ialah bertindak segera dan memastikan segala prosedur, segala penguatkuasaan harus tegas dan satu yang saya bimbangkan ialah berlakunya unsur rasuah,” tambahnya lagi.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jeffrey Kitingan berkata, isu pendatang asing telah lama menghantui Sabah, sejak 1970-an lagi.

Sedangkan Sabah lagi tidak terkawal, Jeffrey berkata beliau tidak terkejut sekiranya rakyat di semenanjung tanahair akan turut sama mengalami nasib saudara mereka di Malaysia Timur.

“ Saya tidak terkejut tiba-tiba di Semenanjung, Kuala Lumpur ramai rakyat asing di situ ada yang mempunyai kad pengenalan, ada yang mempunyai pas, pendatang tanpa izin pun boleh keluar masuk” kata Jeffrey.

Beliau berkata demikian ketika diminta reaksi berhubung kebanjiran pendatang asing di ibu negara ketika rakyat Malaysia pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina.

Jeffrey turut mengesyaki ada unsur penyelewengan dan beliau percaya ada watak-watak tertentu dalam kerajaan yang bersekongkol membawa masuk pendatang asing.

“Saya rasa ada beberapa saluran, satu daripadanya ada sindiket tertentu. Kedua melalui projek kad pengenalan yang disebutkan oleh pendatang asing yang membuat keterangan di mahkamah dan dipanggil sebagai projek kad pengenalan Mahathir.

“Melalui mungkin proses tertentu yang mungkin ada kaitan dengan pegawai-pegawai dalaman Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen kerana ini boleh berlaku cepat menjelang pilihan raya,” katanya.

Kasihan Guru Kerajaan TiadaDuit!

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Biro Tatanegara (BTN) segera mengadakan kursus kenegaraan kepada para guru bagi sesi 2010 untuk membolehkan mereka menikmati anjakan gaji.

Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng mendakwa beliau dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran bahawa tiada lagi kursus BTN dianjurkan khusus untuk para guru selepas kali terakhir ia diadakan pada penghujung tahun lalu kerana kekurangan peruntukan.

NUTP mahu pihak berkenaan mengkaji semula penganjuran kursus berkenaan demi menjaga kebajikan guru di negara ini yang mahukan pengesahan jawatan.

"Guru-guru tidak berpuas hati dan marah kerana satu daripada syarat untuk disahkan dalam jawatan adalah wajib menghadiri dan lulus kursus BTN.

"Kumpulan guru yang lulus PTK Aras 4 juga tidak dapat menikmati anjakan gaji kerana mereka tidak diberi peluang menghadiri kursus itu sedangkan pengesahan jawatan adalah amat penting kepada mereka," dakwanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.



-- BERNAMA

Sunday 14 February 2010

LETAK JAWATAN KATA TG NIK AZIZ.

KOTA BAHARU, 14 Feb -- Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.

Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.

"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat sini, pada Ahad.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, berkata demikian ketika mengulas tindakan Zahrain yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas setelah keluar dari PKR.

Keputusan Zahrain itu dibuat kerana beliau tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Nik Abdul Aziz berkata isu lompat parti atau keluar parti bukan sesuatu perkara yang baru, malah ia sudah lama berlaku dalam PAS sendiri.

Menurutnya, sama ada wakil rakyat yang sengaja melompat atau dilompatkan akan diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana setakat ini tidak ada wakil rakyat dari Kelantan yang bersikap demikian walaupun beberapa cubaan telah dibuat oleh pihak tertentu.

Katanya wakil rakyat dari Kelantan tidak keluar parti atau melompat parti kerana mereka berpegang teguh kepada amanah dan mandat rakyat yang memilih mereka.

Mengenai sambutan Tahun baru Cina, Nik Abdul Aziz berkata rakyat segenap lapisan digalakkan menghadiri majlis rumah terbuka masyarakat keturunan Cina, kerana ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

-- BERNAMA

Saturday 13 February 2010

YB Ustaz Ramli Tusin AdunGunung Semanggol Rupanya Masih Naib Kadi

Majlis AKAD NIKAH

Semalam bertarikh 12hb Februari 2010,sepasang bakal pengantin telah selamat diijabqabulkan oleh YB sendiri merangkap Naib Kadi Kawasan Pondok Tanjung.Nazirah Bt Kamarudin dengan pasangannya Mohd Al Israa B Saiful Bahari dinikahkan di Masjid Jamek Mat Din,Pondok Tanjung dengan mas kahwin sebanyak RM777 dan wang hantaran berjumlah RM7000.YB telah menjadi Naib Kadi sebelum bergelar wakil rakyat lagi.Bagi negeri Perak upah nikah adalah sebanyak RM115 yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Perak bahagian Undang-undang Keluarga.Seperti biasa sebelum acara pernikahan,terlebih dahulu diadakan acara "Wakallah" yang bermaksud pengantin perempuan memohon izin dari bapanya@wali untuk dinikahkan dengan pasangannya.Setelah si bapa@wali mengizinkan pernikahan tersebut,kemudiannya si bapa@wali mewakilkan kepada naib kadi untuk menikahkan anaknya.Tetapi dibolehkan juga sekiranya si bapa@wali ingin menikahkan sendiri pasangan tersebut tetapi atas persetujuan naib kadi.Cara ini lebih afdal.
Perkara kedua adalah naib kadi perlu membacakan "Khutbah Nikah" kepada pengantin lelaki.Antara isi kandungan khutbah yang dibacakan adalah menurut firman Allah SWT,pernikahan digalakkan di dalam Islam bagi mengelakkan perbuatan zina.Selain itu,sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud pernikahan adalah sunnahku,sekiranya tidak melakukan pernikahan secara sah ia bukan dari umatku.
Kemudian,tibalah saat-saat yang paling mencemaskan dan mendebarkan bagi pengantin lelaki iaitu acara "Ijab" yang bermaksud lafaz yang disebut oleh naib kadi dan "Qabul" bermaksud lafaz terima yang disebut oleh pengantin lelaki.Ini merupakan acara kemuncak kerana di acara inilah bermacam kerenah pengantin lelaki yang dapat kita lihat.Ada yang tersasul,ada yang tergagap,ada yang berpeluh dan kadangkala ada mengucapkan "Qabul" sehingga berbelas kali.....
Dan Alhamdulillah,dengan sekali lafaz pengantin ini telah sah bergelar suami isteri.Dan doa terus dibacakan sebagai penutup untuk majlis pernikahan ini.
Sebelum berangkat pulang pengantin lelaki perlu membaca "Taklik" iaitu perjanjian antara si suami dengan si isteri.Selepas itu pengantin lelaki perlu menandatangani borang taklik serta sijil nikah sementara.Sijil nikah yang asli boleh diambil di Pejabat Agama dalam tempoh 2 minggu.Setelah semuanya selesai,YB mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini.sumber blog ADUN

Thursday 11 February 2010

DCA Siasat Bagaimana Dadah Bolos Di KLIA-Zaman Najib macam-macam ada!

SEPANG, 11 Feb (Bernama) -- Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat bagaimana bekalan dadah dapat dibawa masuk dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) walaupun terdapat peralatan canggih seperti mesin pengimbas ditempatkan di lapangan terbang itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata kawalan keselamatan di KLIA sentiasa diperketatkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mengancam keselamatan orang ramai.

"Kita perlu siasat bagaimana ia boleh berlaku (membawa masuk dan keluar dadah)," katanya kepada pemberita selepas Latihan Amal Table Top (Ops Rampas) Peringkat Kebangsaan di Pusat Latihan Malaysia Airports di sini Khamis.

Beliau mengulas beberapa kes rampasan dadah di KLIA yang melaibatkan warga asing di mana yang terbaru cubaan menyeludup masuk 11.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM3 juta oleh enam rakyat Iran termasuk seorang wanita.

Azharuddin bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya kemungkinan perbuatan itu didalangi oleh orang dalam.

"Kita sentiasa ketatkan kawalan... mesin pengimbas yang ada lebih kepada mengesan barangan berbahaya seperti senjata api, peledak dan juga bom. Sehingga kini tiada barangan berbahaya seperti itu terlepas," katanya.

-- BERNAMA

"Ia boleh selam...tapi tak diizinkan selam"-Panglima TLDM

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Bahagian itu menyalurkan tekanan air keluar masuk bagi membolehkan kapal selam itu menyelam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu sedang menjalani penyelenggaraan dan tidak dibenarkan beroperasi sekarang demi menjamin keselamatan anggota tentera yang mengendalikan kapal itu.

"Ia boleh selam, tapi tidak diizinkan menyelam. Memandangkan ia masih berada dalam tempoh jaminan, maka kontraktor dan pembekal akan (terlebih dahulu) memperbaiki kecacatan yang berlaku."

"Kita mengesan kecacatan pada 17 Januari lalu semasa ia timbul. Ia boleh diperbaiki sekali gus menjalani ujian air tropika pada 18 Februari ini selepas mendapat sijil kelayakan," katanya pada pemberita di sini hari ini.MSTAR

Beliau mengulas laporan akhbar The Malay Mail semalam yang melaporkan kapal selam berkenaan gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, kerosakan itu dikesan ketika ia dilabuhkan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

"Ia adalah kecacatan biasa dan berlaku pada sub-sistemnya, dan bukan sistem utamanya.

"Bagaimanapun, kita ingin memastikan ia benar-benar okey dan tidak membahayakan anggota TLDM yang mengendalikan kapal itu," jelasnya.

Abdul Aziz berkata, anggota-anggota TLDM beria-ia dan bersemangat tinggi untuk menjalani ujian air tropika apabila ia diperbaiki sepenuhnya.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Wednesday 10 February 2010

Bila Orang UMNO Parit Bersuara Lupa Pada Tempoyak!

Berkatalah orang besar Kampung Senin , Parit yang juga ADUN Blanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan yang meminta Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana mana individu yang mempersoalkan keputusan Mahkamah berhubung pengisytiharaan Menteri Besar Perak yang sah.

Berkata lagi Ketua Umno Bahagian Parit, yang satu ketika dahulu bercita cita hendak jadi Menteri Besar Perak selepas Ramli Ngah Talib, tetapi kempunan tak dapat, "sudah tiba masanya orang ramai terutama pemimpin sesebuah parti politik dikenakan tindakan tegas kerana mereka lantang menegur dan mengkritik keputusan mahkamah jika tidak berpihak kepada mereka". Lapor akhbar Sinar Harian hari ini

Amboi bukan garang orang Parit ni. Mike faham ke tujuan ISA. ISA itu untuk digunakan bagi mengancam keselamatan negara. Lagi pun ISA itu zalim sebab tahan orang tanpa bicara. Mike boleh cakap le sebab tak kena mike. Kalau kena baru tahu. jika mike kena ISa, duduk dua tahun dalam kem Kamunting ,ngokah dinding mike.

Teman pun heran tengok pemimpin pemimpin Umno ni, asyik asyik guna ISa. Teman ingat pemimpin pemimpin Umno ni setiap hari wiridnya ISA, ISA dan ISA. Itulah wirid deme ya yop Zaim. Kenapa pemimpin Umno ini suka sangat ISA? Sebab mereka tak kena deme atau jarang jarang kena, biasa pun tak kena. Kalau kena `batang hidung' baru tahu. Kalau yop Zaim jadi Menteri Dalam Negeri, alamatlah ramai yang kena tahan ISA.

Bila geng dia, Pegawai Khas Najib, Nasir Safar menghina orang Cina dan India sebagai pendatang, membangkitkan isu perkauman, tidak dengar pula pemimpin pemimpin Umno/BN minta Menteri Dalam Negeri gunakan ISA terhadap orang saperti Nasir Safar.

Bila kena geng dia, senyap membisu, termasuk Adun Belanja, yob Zaim. Bila kena orang lain, bukan main celupar mike ya, kenapa mike tak cadangkan kepada Hishamudin ambil tindakan terhadap Nasir Safar? Mengepe mike diam saje?. Sebabnya Nasir Safar itu `satu bulu' dengan mike, atau satu `kati' dengan mike.

Tak acilah macam tu, sepatutnya mike hentam Nasir safar, minta KDN ambil tindakan ke atas dia kenakan ISA. Tetapi teman tak dengo pun mike bercakap macam tu.

Bila mahkamah Pesekutuan buat keputusan, mike dan geng mike minta orang lain hormati undang undang dan mahkamah. Tetapi bila bos mike Najib and the geng rampasan kuasa dari Pakatan Rakyat setahun yang lalu, mike diam, tak cakap apa pun, sepatutnya mike kena nasihat orang Umno supaya kena patuh kepada suara rakyat dalam pilihanraya umum 2008 dulu. Inilah dia Umno, kena kat dia tak apa, kena kat orang, minta ambil tindakan.

Mike ingat, mike dan pemimpin pemimpin mike macam doroyan ke?, boleh lenyet lenyet orang, tapi mike kena ingat bila doroyan dah jadi tempoyak, orang lain akan lenyek mike dan Umno/BN.

Tunggulah pilihanraya umum ke 13 nanti, rakyat akan lenyet mike dan Umno/BN sebab ketika itu BN sudah jadi tempoyak.jj.joharapat.blogspot.com

u Li: Nizar Masih MB Perak Yang Sah

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun."

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

"Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.tvselangor

Anwar: Mahkamah Jangan Takut Sapina Najib


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memanggil Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor bakal meyulitkan proses perbicaraan

“Kami mengemukakan juga kenyataan bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor juga terlibat, oleh itu jika hakim tidak benar-benar tegas dan berani itu akan mensulitkan seluruh prosiding mahkamah,”katanya di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Selasa lepas Anwar mengesahkan pasangan itu akan disapina bagi memberi keterangan di Mahkamah berikutan pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum fitnah liwat ke atasnya dilakukan.

Katanya beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan bahawa Najib dan Rosmah mendalagi tuduhan fitnah itu yang bertujuan untuk membunh karier politiknya dan mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.

Perbicaraan konpirasi liwat II anwar tetap diteruskan Hakim Zabidin biarpun laporan klinikal dari Hospital Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tiadak kesan tusukan pada dubur Saiful.-YUSMAWATI MHD YUSOF-tvselangor.

Tuesday 9 February 2010

NH Chan : Penghakiman tersebut adalah sampah!

KUALA LUMPUR, Feb 9 - Mahkamah Persekutuan hari ini mungkin telah menafikan jawatan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak ; penghakiman bertulis kolektif yang baru di dedahkan ternyata penuh dengan kontradiksi, kata seorang pesara hakim.

Nizar, 53, yang sebelumnya dinyatakan Mentri Besar yang sah, kehilangan jawatan ketika tiga panel hakim Mahkamah Rayuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Mei lalu.

Wakil Rakyat Pasir Panjang itu kemudiannya membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan dan meminta mahkamah mengatasi tiga isu berdasarkan Perlembagaan Perak, yang, dalam Bahasa Inggeris, diterjemahkan menjadi:

1. Adakah jawatan MB kosong apabila ia tidak mengundurkan diri; tidak seorang daripada rakan-rakannya mengusul tidak percaya terhadapnya , dia telah meminta Sultan supaya membubarkan DUN dan memulakan proses PRU yang baru dan ditolak.

2. Siapa yang memutuskan bahawa ia telah kehilangan kepercayaan daripada Dewan Undangan Negeri?

3. Siapa yang berhak untuk memecatnya jika dia enggan untuk mengundurkan diri?

Lima hakim mahkamah yang menjawab ialah Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali dan Datuk Mohd Yusoff Abdull Hamid Embong.

Dalam pengisytiharan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak yang sah, yang diringkaskan koram jawapan mereka, pada akhir 40 muka halaman, sebagai berikut:
  • Ya. (Untuk kutipan: "Jawapan untuk soalan pertama akan berada di ya;)

  • Ya. ( "Adapun soalan kedua, jawapan kami adalah bahawa berdasarkan Perkara XVI (6) soalan tentang keyakinan dalam MB boleh ditentukan dengan cara selain usul tidak percaya di LA;")

  • Ya. ( "Adapun soalan ketiga jawapan kita adalah bahawa jika MB menolak untuk meletakan jawatan Exco di bawah Perkara XVI (6) bahawa MB dan ahli Exconya dianggap telah mengosongkan pejabat masing-masing.")

    Melihat lebih dekat tentang penghakiman penuh, yang di dedahkan kepada wartawan beberapa jam selepas keputusan itu diucapkan di Putrajaya, menunjukkan beberapa kenyataan yang nampaknya bertentangan, membuat seorang bekas hakim mempersoalkan logik atas alasan mahkamah ke atas salah satu kes yang paling kritikal untuk mempengaruhi perunundangan tertinggi negara - perlembagaan.

    Datuk Chan Hoi Nyarn bingung di bahagian tertentu yang sebelumnya telah dibacakan dalam sidang terbuka oleh hakim ketiga tertinggi di negara ini, Ketua Hakim Malaya Arifin.

    "Namun, kami akan menambah bahawa hal ini tidak bererti masalah telah berakhir, seperti selalu bahawa terbuka untuk pemohon [Nizar] untuk membawa usul tidak percaya terhadap responden [Zambry] di LA [DPR] atau membuat representasi untuk Kebawah Duli [Baginda Sultan Perak] bila saja jika ia berfikir bahawa responden tidak menikmati sokongan daripada majoriti ahli LA, "katanya.

    Bagi pesara hakim Mahkamah Rayuan, yang lebih dikenali sebagai NH Chan, bahawa bahagian tertentu "terdengar aneh".

    "Ia jelas terpampang pada kedengarannya seperti mereka bertentangan sendiri, bukan?" Kata pesara hakim yang berusia 74 tahun itu.

    "Mereka mengatakan [Nizar] boleh membuat usul tidak percaya sekarang, tapi mengapa mereka tidak boleh melakukannya dahulu?" Beliau tertanya-tanya.

    "Dan jika itu benar-benar bertentangan, maka penghakiman tersebut adalah sampah," tambahnya.

    Chan, yang sekarang tinggal di Ipoh, enggan memberikan komentar lebih lanjut sehingga ia telah membaca keseluruhan penilaian bertulis yang sepenuhnya.

    sumber : Malaysianinsider
  • CUEPACS Tuntut Kerja Lebih Masa Dibayar Tunai

    UALA LUMPUR, 10 Feb - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin.

    Katanya hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember tahun lepas.

    "Untuk setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti," katanya kepada Bernama.

    "Kami menganggap ia satu ekspoitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja dan menjejaskan produktiviti mereka," katanya.

    CUEPACS, katanya, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam untuk menyelesaikan isu itu.

    Bernama difahamkan langkah sedemikian dilaksanakan untuk 'mengurangkan kos' dan juga untuk 'meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan' jabatan-jabatan berkenaan.

    "Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa," kata seorang ketua jabatan.

    "Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti," jelasnya.

    "Kecuali untuk beberapa orang pekerja, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang," tambah beliau.

    -- BERNAMA

    Pakatan Rakyat Mahu BN Penuhi Janji Mereka-Kerjasama

    Pakatan Mahu BN Penuhi Janji Mereka

    IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata parti gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri mahu kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memenuhi beberapa tuntuan mereka.

    Beliau berkata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

    Selain tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak, katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

    Beliau juga berkata: "Kami merayu ADUN pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat."

    Mohammad Nizar berkata gabungan parti pembangkang itu bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Menteri Besar itu demi kepentingan rakyat sekiranya syarat yang mereka tetapkan dipenuhi.

    Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya. -BERNAMA

    Friday 5 February 2010

    Konspirasi 2: Laporan Dilihat Memfitnah Anwar

    Dalam pada itu, Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.

    Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.

    Akhbar itu hari ini menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.

    Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.

    Hari ini pula utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.

    Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.

    “Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.

    “Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.

    “Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.

    Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.

    “Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.

    “Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah,”katanya.

    Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.

    “Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,"katanya.-Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz TVSelangor.com

    Tuesday 2 February 2010

    Satu lagi langkah memudaratkan Orang Melayu Luar Bandar!

    PETALING JAYA: Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci sebelum mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan menegaskan, dasar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) perlu diimplementasi secara komprehensif dan berkesan sebelum ia dilaksanakan.

    "Kerajaan perlu pastikan semua sekolah terutamanya di kawasan luar bandar perlu ada guru terlatih yang cukup untuk mengajar subjek BI," katanya kepada mStar Online hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan kerajaan mewajibkan semua calon peperiksaan SPM lulus subjek BI.

    Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata, langkah itu selari dengan tumpuan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar dan dijangka akan dilaksanakan mulai tahun depan.

    Sebelum itu, Timbalannya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, dasar mewajibkan calon SPM lulus BI kemungkinan akan dilaksanakan mulai 2012.

    Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, guru BI di sekolah juga perlu menggunakan modul pengajaran yang efektif dan terkini agar ia mudah difahami oleh pelajar.

    "Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan seperti makmal Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk memberi perhatian yang khusus kepada pelajar yang tercicir dan mereka yang mempunyai masalah untuk menguasai subjek itu.

    "Saya lihat banyak sekolah di luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan sebegini. Jadi bagaimana kita mahu wajibkan syarat lulus BI untuk mendapat sijil SPM.

    "Kalau pelajar di kawasan bandar mungkin tidak ada masalah, tapi bagaimana dengan pelajar di luar bandar. Kita tidak mahu golongan itu terus ketinggalan dan tercicir," ujarnya.

    Tambahnya, sebelum kerajaan melaksanakan langkah itu mereka perlu memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran BI itu bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak akan tercicir.

    "Jika guru besar di Sekolah Beprestasi Tinggi (SBT) diberikan insentif khas, apa salahnya guru-guru yang mengajar subjek BI terutamanya di kawasan luar bandar diberi insentif yang sama.

    "Langkah ini akan dapat menjadi pendorong kepada guru-guru BI dan pelajar itu sendiri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam usaha melahirkan pelajar yang fasih BM dan BI," katanya.

    Justeru, jika semua syarat tersebut telah mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan pihak PIBGN katanya, tidak ada masalah dengan langkah kerajaan mewajibkan BI sebagai syarat lulus SPM.

    "Sudah tiba masanya kita lahirkan lebih pelajar yang bersifat glokal dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, kajian yang mendalam perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum menjadikan BI sebagai syarat wajib lulus dalam SPM.

    "Kerajaan tidak boleh laksanakan serta-merta cadangan tersebut. Pelajar dan guru perlu membuat persediaan awal dengan menguasai BI sebelum langkah tersebut dilaksanakan.

    "Kita setuju dengan cadangan kerajaan itu, namun kerajaan tidak boleh laksanakannya dalam tempoh terdekat kerana langkah itu akan memberi impak yang besar kepada prestasi pelajar di kawasan luar bandar khususnya," katanya. mstar

    Satu lagi langkah memudaratkan Orang Melayu Luar Bandar!

    PETALING JAYA: Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci sebelum mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan menegaskan, dasar pengajaran Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) perlu diimplementasi secara komprehensif dan berkesan sebelum ia dilaksanakan.

    "Kerajaan perlu pastikan semua sekolah terutamanya di kawasan luar bandar perlu ada guru terlatih yang cukup untuk mengajar subjek BI," katanya kepada mStar Online hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan kerajaan mewajibkan semua calon peperiksaan SPM lulus subjek BI.

    Semalam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata, langkah itu selari dengan tumpuan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar dan dijangka akan dilaksanakan mulai tahun depan.

    Sebelum itu, Timbalannya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberitahu, dasar mewajibkan calon SPM lulus BI kemungkinan akan dilaksanakan mulai 2012.

    Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, guru BI di sekolah juga perlu menggunakan modul pengajaran yang efektif dan terkini agar ia mudah difahami oleh pelajar.

    "Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan seperti makmal Bahasa Inggeris di semua sekolah untuk memberi perhatian yang khusus kepada pelajar yang tercicir dan mereka yang mempunyai masalah untuk menguasai subjek itu.

    "Saya lihat banyak sekolah di luar bandar masih tidak mempunyai kemudahan sebegini. Jadi bagaimana kita mahu wajibkan syarat lulus BI untuk mendapat sijil SPM.

    "Kalau pelajar di kawasan bandar mungkin tidak ada masalah, tapi bagaimana dengan pelajar di luar bandar. Kita tidak mahu golongan itu terus ketinggalan dan tercicir," ujarnya.

    Tambahnya, sebelum kerajaan melaksanakan langkah itu mereka perlu memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran BI itu bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar tidak akan tercicir.

    "Jika guru besar di Sekolah Beprestasi Tinggi (SBT) diberikan insentif khas, apa salahnya guru-guru yang mengajar subjek BI terutamanya di kawasan luar bandar diberi insentif yang sama.

    "Langkah ini akan dapat menjadi pendorong kepada guru-guru BI dan pelajar itu sendiri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam usaha melahirkan pelajar yang fasih BM dan BI," katanya.

    Justeru, jika semua syarat tersebut telah mampu dilaksanakan oleh pihak kerajaan pihak PIBGN katanya, tidak ada masalah dengan langkah kerajaan mewajibkan BI sebagai syarat lulus SPM.

    "Sudah tiba masanya kita lahirkan lebih pelajar yang bersifat glokal dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa," katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, kajian yang mendalam perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum menjadikan BI sebagai syarat wajib lulus dalam SPM.

    "Kerajaan tidak boleh laksanakan serta-merta cadangan tersebut. Pelajar dan guru perlu membuat persediaan awal dengan menguasai BI sebelum langkah tersebut dilaksanakan.

    "Kita setuju dengan cadangan kerajaan itu, namun kerajaan tidak boleh laksanakannya dalam tempoh terdekat kerana langkah itu akan memberi impak yang besar kepada prestasi pelajar di kawasan luar bandar khususnya," katanya. mstar

    Monday 1 February 2010

    Alahai UMNO macam baru merdeka sahaja Tanah Melayu!

    Empat beradik malang yang tidak pernah bersekolah kerana kesempitan hidup keluarga mereka dan tidak mempunyai sijil kelahiran, memulakan persekolahan mereka hari ini.

    Mohd Fais Abdullah, 12, Muhammad Fahmi, 10, dan Farranadwa, 9, kini belajar dalam tahun enam, empat dan tiga di Sekolah Kebangsaan Sikamat (SKS) di Seremban.

    Manakala abang mereka, Muhammad Hafis, 13, belajar di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mohd Redza, Sikamat.

    Empat beradik itu tinggal bersama emak saudara mereka, Maswira Muhamed Ali, 51, yang merupakan ibu tunggal di Rumah Rakyat Sikamat.

    Walaupun mereka berempat sudah ketinggalan jauh kerana sepatutnya mereka sudah mula bersekolah ketika berusia tujuh tahun, tetapi nyata mereka amat gembira.

    Mohd Fais berkata dia gembira dapat bersekolah dan belajar bersama-sama abang dan adiknya yang lain.

    "Saya rasa seronok dapat belajar dan di sekolah juga ramai kawan-kawan," katanya ketika ditemui apabila Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Datuk Abdullah Mohammad melawat mereka di SKS hari ini.

    Turut hadir guru besar SKS Kamaruddin Abu Hassan dan Maswira.

    Ikut kelas peralihan, pemulihan, tuisyen

    Perasaan gembira memulakan persekolahan hari ini juga terpancar di wajah kedua-dua adiknya, Muhammad Fahmi dan Farranadwa.

    Sementara itu, Abdullah berkata beliau gembira kerana mendapati anak-anak ini ceria dan yang mengagumkan beliau ialah mereka yakin untuk menjalani alam persekolahan.

    "Walaupun anak-anak ini dikekalkan di kelas mengikut umur mereka tapi kita akan pastikan mereka mengikuti kelas peralihan, pemulihan dan tuisyen untuk membantu mereka cepat belajar. Walaupun anak-anak ini tertinggal jauh tapi dengan sistem dan kaedah yang kita ada, saya percaya anak-anak ini akan cepat belajar.

    "Saya telah meminta pihak sekolah menubuhkan satu jawatankuasa memantau dan memastikan pencapaian anak-anak ini. Saya juga minta pihak sekolah menyediakan laporan setiap minggu mengenai prestasi dan pencapaian mereka," katanya.

    Maswira pula bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga hasrat empat anak saudaranya untuk bersekolah akhirnya tercapai.

    Ditanya mengenai ibu bapa anak saudaranya itu, Maswira hanya berkata ibu bapa anak audaranya itu tidak bertanggungjawab.

    - Bernama

    CUEPACS Mahu Jumpa JPA Bincang Isu Persaraan Pilihan

    KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menemui Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam bulan ini untuk meminta dipertimbangkan pelaksanaan peraturan persaraan pilihan penjawat awam.

    Presiden CUEPACS Omar Osman berkata perbincangan itu bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut JPA berhubung perkara itu setelah banyak pertanyaan dibangkitkan mengenai peraturan baru itu yang melibatkan 1.2 juta penjawat awam.

    Beliau berkata CUEPACS juga terkejut apabila ditanya anggotanya mengenai perkara itu kerana JPA tidak pernah mengajaknya berbincang mengenainya.

    "Sukar bagi kami untuk menjelaskan perkara ini kerana kami (CUEPACS) tidak tahu tentangnya ... ada yang menyangka kami yang membawa (cadangan perkara itu) kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

    Beliau mengulas pekeliling JPA pada 25 Jan lepas mengenai persaraan pilihan anggota yang akan diluluskan dengan syarat jika mereka bersetuju dibayar 20 peratus daripada ganjaran atau RM10,000 terlebih dahulu, mengikut mana yang lebih ketika bersara pilihan mulai Februari 2010 atau selepasnya.

    Omar berkata bayaran 20 peratus atau RM10,000 daripada ganjaran benar-benar tidak mencukupi untuk penjawat awam bersara pilihan untuk meneruskan kehidupan sementara menunggu pencen mereka.

    "Dulu kita tidak ada masalah kerana ganjaran diberi cukup dan dapat menampung sehingga boleh terima pencen...tapi sekarang, tak ada maknanya bersara pilihan sekarang kalau dapat RM10,000 sahaja," katanya.

    Menurutnya beliau tidak mahu, akibat daripada peraturan itu, penjawat awam terutamanya dari kumpulan sederhana dan bawahan membuat pinjaman daripada Ah Long untuk menampung kehidupan.

    Beliau berkata kerajaan harus memahami masalah penjawat awam kerana kebanyakan mereka yang memohon berhenti awal bukanlah kerana kepentingan peribadi tetapi akibat beberapa kesulitan kehidupan.

    "Jika kerajaan beri 50 peratus daripada ganjaran, eloklah sikit, contohnya kalau ganjaran sebenar RM80,000 maka dapatlah dia RM40,000. Beri RM10,000 nak buat apa, satu jam sahaja boleh habis. Oleh itu, kita minta kerajaan kaji semula semula perkara ini," katanya.

    -- BERNAMA