Sunday 9 March 2014

"Mak,jom!Saya pergi dulu,ya"ajak Muzi penumpang MAS .

Marilah kita ucap apabila ditimpa musibah.
BANTING  - "Mak, jom! Saya pergi dulu, ya," demikian kata-kata terakhir dilontarkan Muzi Yusop, 50, salah seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang kelmarin kepada ibunya sebelum dia bertolak ke KLIA.

Muzi bertemu kedua ibu bapanya di Kampung Jenjarom, dekat sini, sebelum berlepas ke KLIA bagi mengikuti rombongan kerja bersama rakan-rakan setugasnya ke Beijing.
Ibu Muzi, Semah Sidik, 70, berkata, dia tidak menyangka itulah kata-kata terakhir yang diungkapkan Muzi kerana sudah menjadi kebiasaan anaknya itu akan bergurau mengajak dia ke mana-mana.

"Rumah anak saya hanya lima meter dari rumah kami. Memang dah jadi kebiasaan Muzi kalau nak ke mana-mana dia akan singgah ke rumah kami dulu dan cakap pada saya, 'mak, jom'.


"Tapi saya memang tak sangka itu kata-kata terakhir selepas dapat tahu kapal terbang dia naiki hilang," katanya.(sumber)

No comments:

Post a Comment