Sunday 9 March 2014

Hilang pesawat MH370 , FBI pun masih kabur.

FBI ,ejen penyiasat terbaik dunia pun hairan,bagaimana pesawat MH370 hilang.FBI jangan bongkak sangat,polis dunia pun masih kabur.
Keluarga mangsa pun masih kabur.Ejen FBI pun kabur.Pihak berkuasa Malaysia pun masih kabur .Kehilangan pesawat   MH370 ,diselubungi misteri Nusantara.Apa nak dihairan petugas media pun masih kabur.?

CA MAU, VIETNAM - Selepas tiga hari berita kehilangan pesawat dalam penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan, banyak perkara yang masih kabur.

Akhbar di Vietnam mula membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu mempunyai kaitan dengan pengganas, berpaksikan kepada laporan mengenai dua pasport palsu yang digunakan oleh dua penumpang penerbangan itu.

Sebuah akhbar Vietnam hari ini menyiarkan gambar dari udara satu objek menyerupai tingkap kapal terbang di tengah laut, namun berkata disebabkan keadaan cuaca yang kurang baik, serpihan itu tidak dapat dinaikkan.

Kerajaan Vietnam pula masih membisu tanpa sebarang kenyataan rasmi, dan hanya berkata mereka akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Petugas media sama ada dari Vietnam atau negara luar juga belum menerima maklumat tepat mengenai lokasi pusat operasi mencari dan menyelamat di Vietnam.

Maklumat diberikan media Vietnam dan kenyataan rasmi daripada pegawai kerajaan di sini bercanggah dan berubah-ubah setiap masa, menggambarkan tiada kata putus dibuat atau pun maklumat tidak didedahkan secara penuh.

Maklumat terakhir yang kami perolehi adalah pusat operasi mencari dan menyelamat akan ditubuhkan di Pulau Phu Quoc, kira-kira 400 kilometer dari Ho Chi Minh.

Tiada apa yang pasti atau muktamad setakat ini, dan kekecohan ini telah dijangka memandangkan insiden seperti ini amat jarang berlaku di perairan rantau ini.

No comments:

Post a Comment