Wednesday, 7 April 2010

Santai Petang"Cikgu Pas ke Umno?

Sebentar tadi masuk kelas relief.Kelas dua belakang.Kebanyakannya kita kenal pelajar itu.Sama ada pernah dirotan kerana kesalahan disiplin atau kerana kita pernah mengajar mereka Bahasa Melayu.

Kita pernah menjadi guru disiplin sekolah sekarang 16 tahun,kini direhatkan kerana masalah kesihatan.

Dengan pelajar kita sudah biasa,dengan bahasa mereka,bahasa budak muda,bahasa SMS ,bahasa mencarut atau bahasa lawyer buruk!

Tiba-tiba terpacul daripada mulut seorang pelajar.Pelajar itu cucu wakil rakyat dua penggal.Kini telah bersara dan bukan lagi orang kuat UMNO.

"Cikgu PAS ke UMNO"tanya pelajar itu.Ramai pelajar lain dengar."Cikgu Pas"kata kita.Kita pun menerangkan ,mana ada orang tanya periksa UMNO ke? Kita akan menjawab "kita PASS"

Begitu juga mana ada mintak Kad UMno Keluar,sudah tentu minta PAS keluar kelas!

Sekumpulan pelajar yang mendengar celoteh kita ketawa,kerana mereka perlu PAS untuk teruskan alam persekolahan!

Cuepacs: Kurangkan pinjaman perumahan dua peratus-Lawan Cuepacs tunjuk jantan !

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya mengurangkan kadar faedah pinjaman perumahan penjawat awam kepada dua peratus dariada empat peratus sekarang.

Ia bagi diselaras dengan kadar pasaran semasa.

"Banyak bank kini mengenakan kadar yang kurang daripada empat peratus dan kerajaan patut mengambil langkah yang sama untuk menyelaras kadar berkenaan,” kata Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin.

Beliau memberi alasan bahawa kadar empat peratus itu sudah lama diperkenalkan iaitu sejak awal 70-an.

"Oleh kerana sudah hampir 40 tahun, keadaan sudah berbeza maka penyesuaian perlu dilakukan,” katanya.

- Bernama

Monday, 5 April 2010

Nak Jadi Negara Kaya- Tapi Denggi dan H1N1 tak ada ubat!

KUALA LUMPUR: Malaysia masih belum mengalami gelombang kedua influenza A (H1N1) tetapi ia tidak bermakna masyarakat boleh mengambil mudah mengenai tahap penularannya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata individu yang mengalami demam, batuk atau selesema atau simptom H1N1 dinasihatkan segera mendapatkan rawatan dan orang ramai pula digalakkan mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung apabila berada di tempat awam.

"Perkembangan sekarang memang ada lagi kluster-kluster yang kecil...dia (H1N1) tak merebak kepada masyarakat dan keadaan memang terkawal.

"Saya nak tegaskan, ini bukan gelombang kedua H1N1 tapi tanda-tanda peningkatan itu memang ada dan kita ingin ingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi wabak gelombang kedua," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sehingga Sabtu lepas, jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dilaporkan melibatkan 79 orang. - BERNAMA