Tuesday, 13 March 2012

Vanila Coklat:Kena ambil perhatian hiburan untuk orang muda

Barisan pelakon drama bersiri Vanila Coklat bergambar kenangan dengan semua peminat yang hadir menyaksikan episod akhir drama itu di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini pada malam Selasa. Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN.

PETALING JAYA: Hampir 300 peminat drama Vanila Coklat berkumpul di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail di sini untuk menyaksikan episod terakhir siri itu pada malam Selasa.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, tayangan episod akhir bersama peminat itu dibuat kerana sambutan dan sokongan peminat sekaligus mencatatkan jumlah kadar penonton yang tinggi.

"Pihak TV3 ingin menghargai peminat dalam satu tayangan istimewa drama bersiri itu bersama-sama para pelakonnya," ujarnya kepada mStar Online.

Semua barisan pelakon Vanila Coklat iaitu Izara Aishah, Aiman Hakim Ridza, Iqram Dinzly, Bella Daly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Arash Mohd, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut bersama-sama peminat di sana sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong drama berkenaan.

Para pelakon Vanila Coklat bergambar kenang-kenangan.

Pada majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan pembuka tirai oleh Aepul daripada kumpulan Drama.

Dalam pada itu, rata-rata peminat yang ditemui menyatakan rasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan artis pujaan mereka.

Malah, selepas habis tayangan episod akhir drama itu, peminat menyerbu semua pelakon terlibat untuk merakamkan gambar bersama mereka.

Izara Aishah dan Aiman Hakim tunjang utama drama tersebut.

Sementara itu, Aiman ketika ditemui selepas tayangan itu berkata, dia tidak menyangka sambutan peminat terhadap drama tersebut begitu luar biasa dan bersyukur kerana Vanila Coklat diterima ramai.

Manakala Izara pula memberitahu, sokongan peminat terhadap drama lakonannya itu telah membangkitkan lagi semangatnya sebagai pelakon untuk terus memberikan terbaik buat peminatnya.

"Walaupun saya datang agak lewat sedikit saya langsung tidak menyangka sokongan dan sambutan peminat begitu luar biasa," ujarnya.

Drama Vanila Coklat adalah terbitan Asia Media Content dibawah arahan Emi Suffian Sabhe yang mengisahkan tentang Zara dan Amir yang sering bertengkar tetapi ingin dijodohkan oleh ibu bapa mereka.

Drama terbaru iaitu 3 Janji akan menggantikan drama Vanila Coklat dalam slot Lestary itu bermula 20 Mac, setiap Selasa pukul 9 malam.

Dicium isteri

Nelayan Ibrahim @ Awang Pa Deraman, 58, yang dipenjarakan selama tiga tahun setengah di Medan, Sumatera Utara disambut dan dicium oleh isteri beliau, Zaiton Harun ketika tiba di terminal LCCT, Sepang, malam Selasa. Ibrahim, 58, yang berasal dari Bachok, Kelantan, telah dihukum penjara selama tiga tahun enam bulan oleh sebuah mahkamah di Medan pada 2009 dan denda Rp2 bilion (RM700,000) atau tambahan enam bulan penjara lagi, setelah dapati bersalah menangkap 20kg ikan di wilayah Indonesia di tengah-tengah perairan Selat Melaka pada 25 Jan 2009. Pembebasan beliau adalah lebih awal daripada tempoh hukuman selama empat tahun yang sepatutnya beliau jalani, setelah Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan berusaha mendapatkan kelulusan mengurangkan hukuman beliau. -fotoBERNAMA

Monday, 30 May 2011

Budak 10 tahun tangkap buaya


SEEKOR alligator yang ditangkap oleh budak lelaki berusia 10 tahun, Michael Dasher.


ROCKLEDGE - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.

Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.

Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.

Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.

"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.

Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - Agensi