Tuesday, 20 March 2012

559 Calon SPM 2011 Peroleh Semua A+

PUTRAJAYA: Seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruh pelajar dalam peperiksaan terus meningkat sejak empat tahun lalu.


"Pencapaian keseluruhan sekolah juga meningkat, apabila bilangan sekolah dalam kategori 'cemerlang' dan 'baik' masing-masing meningkat sebanyak 13 dan 60 buah sekolah," katanya ketika mengumumkan SPM 2011 Keputusan analisa di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.


Abdul Ghafar berkata, sekolah-sekolah berkenaan diukur menggunakan Gred Purata Sekolah (GPS) dan dikategorikan sebagai "sangat baik", "baik", "memuaskan", dan "berpotensi".

Friday, 16 March 2012

Setem,Green sea turtle....

Kakitangan Pos Malaysia, Nazheen Perwaiz Ahmadi menunjukkan sampul surat keluaran istimewa bertemakan "Hidupan dan Tumbuhan di Dasar Laut" di Kuala Lumpur, Jumaat. Setem ini menggambarkan beberapa jenis hidupan dan tumbuhan dasar laut seperti 'Thorny Seahorse', 'Robust Ghostpipefish', 'Green Sea Turtle', Leopard Moray Eel', 'Blue Sea Star', dan juga ' Red-spotted Coral Crab'. Koleksi ini akan mula dijual kepada umum bermula Rabu, 21 Mac 2012. Foto BERNAMA

Thursday, 15 March 2012

i Pad 3 tablet baru....

Seperti yang diramalkan, akhirnya Apple melancarkan iPad versi ketiga (ya, tiada nama baru) atau iPad 3 yang bakal dipasarkan 16 Mac nanti menjadikannya antara tablet paling popular dalam kebanyakan enjin carian sekarang.

Kebanyakan ramalan menunjukkan iPad 3 mempunyai potensi di sebalik dua masalah utama yang memeningkan kepala iaitu tiada perubahan rekaan pada kali ketiga diperkenalkan dan kehilangan sentuhan CEO terdahulu, Steve Jobs.

Memang benar, Steve Jobs mempunyai team yang masih kekal hingga sekarang tetapi kalau sebuah team bola sepak hilang mastermind atau playmakernya, boleh jadi hambar rentak team tersebut termasuklah Apple.

iPad 3 kali ini masih mementingkan faktor dalaman daripada luaran. Seperti model sebelum ini, Apple lebih banyak berfikir untuk menguatkan 'organ' dalaman berbanding penampilan luarannya termasuk reka bentuk yang belum berubah.

Ia memang penting tapi Apple kadangkala perlu mempelbagaikan rekaan supaya setiap model nampak berbeza memberikan pilihan segar kepada pengguna.

Namun jangan risau, iPad masih pilihan terbaik untuk kategori tablet. Ramai yang menjangkakan Apple bakal keluar dengan dua atau tiga versi iPad iaitu bersaiz 7 dan 9 inci namun mereka kecewa kerana Apple belum berbuat demikian mungkin kerana takut pula disaman Samsung yang sudah mempunyai saiz 7 inci sebelum ini.

Mereka masih terus meneka iPad 7 inci bakal keluar pula pada pertengahan tahun sebelum Apple iPhone 5 dikeluarkan. Semoga ia menjadi kenyataan kerana fungsi mobiliti juga sangat bersesuaian bagi saiz tujuh inci itu.

Selain itu, Apple yang dijangka keluar pemproses A6 rupa-rupanya merubahnya kepada A5X. Selepas iPhone 4s mendapat versi pemproses yang diubah, perkara sama tidak pula berlaku pada iPad 3 walaupun Apple mengatakan ia masih 4 kali lebih berkuasa berbanding model iPad 2.

Model pemproses A5X ini pula menyepadukan pemproses dual core dengan quad-core pada grafik bermakna perubahan hanya pada grafik.

Tetapi ia masih menampilkan kuasa hebat pada sebuah tablet pada zaman sekarang. Sekurang-kurangnya ia masih relevan hingga suku keempat tahun ini.

Cip pemproses sama dilaporkan lebih hebat dari Nvidia Tegra 3. Bunyinya memang menarik tetapi ia masih belum terbukti lagi di kalangan pengguna. Fungsi teknologi pintar suara Siri juga mengecewakan penanti iPad 3.

Ia masih belum ditanamkan dalam tablet tersebut. Jadi di manakah suara seksi wanita maya itu berada? Ke mana beliau menghilang?

Menariknya, Apple berkata bahawa iPad baru ini akan membolehkan pengguna untuk menetapkan e-mel, tetapi tidak menyebut Siri, yang lebih dari sekadar suara wanita.

Rupanya juga sangkaan versi kapasiti storan 128GB masih tidak kelihatan walaupun ramai menjangkakan ia perlu dilaksanakan berikutan ledakan data yang meletup sejak kebelakangan ini bermakna pengguna perlu mencari storan online lain kalau mahu menyimpan lebihan data seperti foto dan sebagainya.

IOS 6? sekarang, ia masih menggunakan sistem operasi iOS 5 jadi anda perlu tunggu sekurang-kurangnya hingga Persidangan Pembangun Dunia Apple pada bulan Jun nanti untuk memastikan kemaskini terbaharu. Lambat ke? Mungkin tidak.

Kalau mahu dikaitkan dengan Malaysia, kita perlu sedikit risau kerana iPad 3 kali memang menumpukan kepada rangkaian LTE (kita boleh panggilnya sebagai iPad LTE sebenarnya) tetapi persoalan yang bermain, bila Malaysia mahu sedia dengan rangkaian tersebut?

Setakat ini, hanya perjanjian MOU sahaja ditandatangani beberapa syarikat telco seperti DiGi dan UMobile tapi secara keseluruhan LTE belum bersedia malah lesennya juga dikhabarkan belum dikeluarkan di negara ini. Jadi tiga soalan penting...bila, bila dan bila?

Adakah anda berpuas hati dengan iPad 3 yang diumumkan?