Showing posts with label cikgu din. Show all posts
Showing posts with label cikgu din. Show all posts

Wednesday, 18 November 2009

Karpal dakwa Lingga,

Penasihat DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini Rabu.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri sedang mencari sukarelawan bagi mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

"Dalam perkataan lain, perkara ini termasuk di bawah Seksyen 3(1c) Akta Hasutan, yang mentakrifkan kecenderungan untuk menghasut sebagai kecenderungan untuk menghina atau mewujudkan kebencian terhadap bidang kehakiman di negara ini, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata di England, adalah perkara biasa bagi Peguam Diraja atau pengamal undang-undang bebas untuk bertindak sebagai pendakwa, sekiranya kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Karpal berkata mengikut Seksyen 5 akta yang sama, "tiada seorang pun boleh didakwa bagi kesalahan mengikut Seksyen 4, tanpa mendapat kebenaran Pendakwa Raya.

"Jika AG bersetuju...saya tak nampak ada sebab kenapa Nazri tidak bersetuju untuk memberi kebenarannya secara bertulis, jika diambil kira kenyataan menteri itu di lobi parlimen semalam," katanya.

-- BERNAMA

Tuesday, 17 November 2009

Jemaah Haji- Kena DAM RM300.00

MEKAH, 17 Nov -- Sebahagian besar jemaah haji Malaysia yang menunaikan ibadah Haji Tamattuk dikehendaki membayar dam atau denda sebanyak 330 Saudi Riyal (RM300) seorang.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Salleh Abd Mubin berkata Tabung Haji menawarkan perkhidmatan bayaran dam itu bagi memudahkan jemaah haji.

Jemaah haji yang mengerjakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam dengan bayaran yang ditetapkan, dengan menyembelih sesekor kambing bagi seorang, yang diuruskan oleh Tabung Haji.

"Justeru bagi membantu jemaah haji yang menghadapi masalah untuk mencari kambing dan menyembelihnya atau sukar mencari orang yang dipercayai bagi melaksanakan dam, maka pihak Tabung Haji sedia membantu dengan syarat jemaah mendepositkan sebanyak SR330 iaitu harga pasaran bagi seekor kambing di kaunter kewangan yang disediakan di setiap Maktab Tabung Haji di Mekah," katanya kepada pasukan Media Tabung Haji di sini Selasa.

Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama sementara Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka juga dikenakan dam manakala haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan kemudian mengerjakan umrah dan mereka tidak perlu membayar dam.

Mohd Salleh berkata pembayaran dam boleh dilakukan secara tunai di semua kaunter kewangan Tabung Haji atau dengan memberi arahan memotong baki wang dari akaun simpanan Tabung Haji.

Bagaimanapun, katanya jemaah haji tidak wajibkan membayar dam itu kepada Tabung Haji sekiranya mereka hendak melaksanakannya sendiri.

Ditanya mengenai cara Tabung Haji melaksanakan dam, beliau berkata lazimnya pelaksanaan dam akan dijalankan setelah tamatnya musim haji.

"Setelah semua jemaah haji selamat kembali ke tanah air, kita akan arahkan pejabat Konsul Haji di Jeddah untuk memanggil sebut harga di kalangan syarikat pembekal haiwan ternakan di Arab Saudi bagi mendapatkan kambing pada harga mengikut harga pasaran.

"Setelah itu beberapa buah syarikat akan dilantik bagi melaksanakan dam dan ini akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan bergantung kepada bekalan haiwan," katanya.

Pada tahun lepas, kira-kira 18,000 orang jemaah haji memberi kepercayaan kepada Tabung Haji melaksanakan dam bagi pihak mereka dan beliau menjangkakan jumlah yang serupa bagi tahun ini.

"Saya berharap para jemaah yang mewakilkan kepada Tabung Haji bagi melaksanakan dam dapat mengerjakan ibadah mereka dengan tenang dan insyaAllah pihak Tabung Haji akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata beliau.

-- BERNAMA

Thursday, 12 November 2009

Nizar News: Mai mati bersama-sama- Gambar Utusan di Edit!

In custody: Policemen taking the murder suspect away from the crime scene yesterday- The Star Online 10 November 2009



Lelaki warga emas berusia 70-an dibawa oleh dua anggota polis selepas beliau didakwa menikam isterinya, Zabedah Ali, 73, di perut sehingga menyebabkan kematian wanita itu (mayatnya ditutup dengan kain di bawah payung) di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan, Alor Setar, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN




“Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam. gambar myMetro 10 November 2009.

Jikalau gambar pun boleh" di edit" Utusan Malaysia memang tukang lapor Kelas Dunia?Cuma gambar payung tidak sempat untuk diwarnakan hijau.Watak tertuduh sudah berketayap,cuma pengarang terlepas pandang untuk mewarnakan watak"hijau".

Utusan membuat rakyat semakin meloya dan menyebabkan media itu tidak akan dianggap lagi penyebar fikiran rakyat.

Kalau nak tunjuk beretika biarlah bertempat.Namun begitu tahniah Utusan,kerana nombor satu penipu.

Betul-betul tak dak teloq punya

Jumpa DS Nizar Sabtu ini.!

Banyak sangat orang bertanya DS Nizar bila lagi berada di Bukit Gantang?Bertambah pula satu artikel Nizar For All yang keluar dalam harakah cetak hari ini.Peminat DS Nizar semakin meningkat.Peminat DS Nizar daripada kecil hingga dewasa,pelbagai kaum dan citarasa.Persepsi mereka ke atas DS Nizar tinggi dan penuh mengharap.

Pada 8 November lalu bertemu rakyat keturunan India di Simpang Halt.Sementara itu 14 November ini,Sabtu bertemu masyarakat Melayu di Kg Kepala Bukit pada pukul 2.30 petang.DS Nizar dijangka merasmi penutup kursus pengurusan jenazah ,anjuran Sekretariat Parlimen Bukit Gantang.

Jam 5 petang program ziarah rakyat,pasar minggu dan rakyat yang keuzuran.DS Nizar dijadualkan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau Sementara Taman Aor Utama(Dekat Taman Kaya).Sudah lama penduduk taman ini menunggu,mereka mengharapkan tazkirah Ramadhan,tetapi yang dapat tazkirah Zulhijjah.

UMNO sememangnya takut dengan prestasi DS Nizar.Sehingga tergamak memburukkan perkhidmatan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"DS Nizar kereta sahaja yang selalu nampak?"kata pencacai UMNO."Itupun bawa jenazah"kata pencacai itu lagi.

Jawab kita,UMNO Bukit Gantang sampai sekarang van jenazah pun tiada,bangunan setiap cawangan pun tak kelihatan.Dun Trong sampai sekarang macam itu sahaja.Pekan Trong BSN pun tiada,Balai Bomba pun tiada,Sekolah Menengah pun tak nampak.

Berani Berubah-

Selamat bertemu.Guna masa sihat sebelum tiba sakit.Guna masa kerja sebelum tiba masa cuti. Terima kasih daun keladi,jangan lupa membawa perubahan.