Showing posts with label hj nizar. Show all posts
Showing posts with label hj nizar. Show all posts

Thursday, 26 May 2011

Nizar tanding Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja.

Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih.

Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan.

Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini.

Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini.

Nizar berbicara soal 'Perak dalam pilihan raya umum ke 13'.

Semalam, Mohamad Hata Wahiri, Presiden NUJ membuat rakaman untuk rancangan 'Persepsi' terbitan TVPAS untuk Harakdaily.

Hata, wartawan Utusan Malaysia yang baru sahaja dipecat berbicara soal Utusan Malaysia dan Umno dalam siaran kali. Rancangan ini juga akan disiarkan mulai petang Jumaat ini di Harakahdaily.

Wednesday, 16 December 2009

Ringkas:DS Nizar Bukan Orangnya!

Bukit Gantang hampir cemas kerana khuatir Ahli Parlimen mereka tersenarai sebagai wakil rakyat yang tidak hadir pada malam penentuan bajet Najib .

Syukur DS Nizar bukan wakil rakyat itu.DS Nizar menjadi ikon masyarakat.Kesilapan DS Nizar menyebabkan imej PR terjejas teruk.Lantas DS Nizar perlu mengelakkan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.Bagi kita DS Nizar menjadi perkara wajib untuk mengelakkan fitnah.

DS Nizar harus sedar sidang parlimen penting.Sayugia itu jikalau keuzuran kena maklum kepada Dato' Presiden.Tetapi setakat ini rakyat Bukit Gantang tidak melihat DS Nizar dalam kawasan Bukit Gantang sewaktu sidang parlimen.

Cuma DS Nizar tidak berpeluang untuk berhujah.Kedudukan DS Nizar terlalu jauh melalui pandangan Tuan Speaker.Peristiwa sukar mendapat peluang berucap ini telah dinyatakan dahulu oleh Allahyarham Hj Roslan Shaharum.Ingat DS Nizar mengelakkan kesilapan penting untuk tidak kita membderi peluru kepada musuh!

Tuesday, 15 December 2009

Kenapa pemerintahan BN ini buruk pada kacamata Nizar?

KULIM, 15 Dis: "Cuba saudara bayangkan, setelah saya diisytiharkan sebagai MB Perak yang sah oleh mahkamah, tidak sampai 24 jam keputusan telah dibuat untuk diserahkan kepada Dr. Zambry buat seketika.

"Namun begitu dalam rayuan terhadap keputusan yang telah diberikan kepada Dr Zambry itu, sehingga kini belum lagi mendapat tarikh dan juga keputusan terhadap rayuan tersebut."

Perkara ini diungkit oleh anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam ceramahnya di Stadium Keladi, Kulim.

Ia membayangkan kekecewaan beliau terhadap sistem yang ada. Ia sentiasa memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Ekoran itu, beliau menyifatkan Umno dan BN adalah seburuk-buruk pemerintahan yang ada dalam negara ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kepada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi, Kulim bersama-sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Nizar lagi pemerintahan yang buruk dipamerkan oleh Umno dan BN itu telah menjadikan mereka sebagai salah sebuah kerajaan yang sentiasa penuh dengan korupsi dan ketidakadilan yang berpanjangan.

Bagi beliau, apa yang berlaku kepadanya adalah contoh ketidakcekapan dan ketidakadilan yang ada pada pemerintahan Umno dan BN dalam menangani masalah yang besar pada pandangan rakyat tetapi tidak kepada mereka.

"Mereka membelakangkan rakyat yang ada dengan menidakkan hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka terutamanya kepada negeri Perak.

"Mereka menolak suara rakyat dengan melakukan sewenang-wenangnya tindakan yang memalukan negara dengan mempertahankan kerajaan boneka mereka di negeri Perak tanpa menghormati suara majoriti rakyat negeri Perak," katanya.

Menurut beliau lagi adalah menjadi satu perkara yang menghairankan apabila pembubaran Dun Perak amat ditakuti oleh Umno dan BN.

"Sudah berkali-kali kita mendesak mereka supaya segera membubarkan Dun tetapi mereka cuba mengelak.Mereka takut untuk menerima kenyataan.

"Mereka juga takut untuk menghadapi realiti daripada rakyat. Mereka juga takut sekiranya ditolak oleh rakyat daripada terus menerajui negeri Perak secara haram.

"Kita bagi Pakatan Rakyat sudah bersedia bila-bila masa saja dan mencabar mereka membubarkan Dun sekiranya benar-benar ingin melihat negeri ini dapat ditadbir secara sah selepas mendapat mandat daripada majoriti rakyat negeri Perak,"katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tian Chua, N.Gobalakrishnan, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Syamsul Iskandar Mohd Akin, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Lim Soo Nee, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Pulau Pinang.