Sunday 15 November 2009

69 760 penganggur? Tahniah BN UMNO


KUALA LUMPUR, -- Portal penjodohan pekerjaan automatik, JobsMalaysia merekodkan 69,760 graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai pendaftar baru tahun ini sehingga 13 Nov lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata daripada jumlah itu, seramai 18 orang memiliki Ijazah Kedoktoran, 1,165 Sarjana, 36,985 Ijazah dan 31,592 Diploma.

"Jumlah pencari kerja ini bagaimanapun tidak menggambarkan jumlah sebenar pengangguran di kalangan graduan kerana ada di antara mereka telah bekerja dan berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik atau bertukar tempat kerja," katanya menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Baharum mahu mendapatkan penjelasan mengenai bilangan graduan IPTA menganggur yang berdaftar dengan portal yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu.

Maznah berkata sejumlah 73,308 pekerjaan didaftarkan di portal itu tahun ini dan seramai 19,127 graduan atau 26.09 peratus telah mendapat pekerjaan melalui sistem itu.

"Saya beranggapan bahawa sistem ini dapat memainkan peranannya dan setakat ini tidak ada apa-apa rungutan atau aduan besar yang diterima mengenai graduan yang bekerja ini oleh majikan yang mengambil mereka bekerja," katanya.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment