Monday 16 November 2009

Hanya Enam Peratus Rakyat Malaysia Guna Perkhidmatan Pergigian

KUALA LUMPUR, -- Hanya enam peratus daripada 78 juta rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan pergigian dengan separuh daripada peratusan itu adalah kalangan murid dan pelajar sekolah.

Pengarah Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan Datuk Dr Norain Abu Talib berkata sikap rakyat negara ini yang hanya mendapatkan rawatan jika sakit menjadi antara punca kepada wujudnya jurang dalam peratusan itu.

"Masalah utama ialah pesakit gigi di Malaysia tidak akan dapatkan rawatan sekiranya mereka tak sakit...jika tak sakit, maknanya gigi mereka tak ada masalah, sebenarnya bukan begitu.

"Pada masa ini, hanya enam peratus populasi sebenarnya memanfaatkan perkhidmatan pergigian...amat rendah, hanya enam peratus. Daripada itu (enam peratus) saya fikir 50 peratus ialah pelajar sekolah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen dan Pameran Sains ke-20 Persatuan Pengamal Pergigian Swasta Malaysia di sini, pada Ahad.BERNAMA

Dr Norain berkata Kementerian Kesihatan sedar dengan kekurangan doktor gigi di negara ini tetapi itu bukanlah penyebab mengapa ramai penduduk tidak mendapatkan khidmat pergigian sebaliknya kurang kesedaran mengenai penjagaan kesihatan gigi sebenarnya menjadi faktor utama.

Nisbah terkini khidmat seorang doktor gigi adalah untuk 7,800 pesakit di Malaysia.

No comments:

Post a Comment