Friday 20 November 2009

Tiga Hingga Empat Peratus Kanak-kanak Malaysia Tidak Ke Sekolah - UNICEF "merdekakah kita" jika ada rakyat tak sekolah

KUALA LUMPUR -- Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kajian rambang mengenalpasti tiga hingga empat peratus kanak-kanak Malaysia tidak pergi ke sekolah meskipun mereka sudah mencapai umur persekolahan.

Wakil Unicef di sini, Youssouf Omar berkata Unicef setakat ini tidak mengenalpasti punca-punca kanak-kanak ini tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang bersekolah.

"Kami tidak tahu dari mana kanak-kanak ini datang serta apa yang mereka lakukan dan UNICEF sedang berusaha keras untuk mengenalpasti di mana mereka," katanya pada sidang berita pada pelancaran Forum Pendidikan Bagi Setiap Kanak-kanak di sini Jumaat.

Menurut Youssouf, kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan kebanyakannya adalah anak masyarakat Orang Asli atau mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Mungkin kanak-kanak ini berasal dari kawasan luar bandar, yang tinggal di bawah paras garis kemiskinan dan mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak memohon kad pengenalan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk bersekolah," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment