Friday, 20 November 2009

Tiga Hingga Empat Peratus Kanak-kanak Malaysia Tidak Ke Sekolah - UNICEF "merdekakah kita" jika ada rakyat tak sekolah

KUALA LUMPUR -- Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dalam satu kajian rambang mengenalpasti tiga hingga empat peratus kanak-kanak Malaysia tidak pergi ke sekolah meskipun mereka sudah mencapai umur persekolahan.

Wakil Unicef di sini, Youssouf Omar berkata Unicef setakat ini tidak mengenalpasti punca-punca kanak-kanak ini tidak pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain yang bersekolah.

"Kami tidak tahu dari mana kanak-kanak ini datang serta apa yang mereka lakukan dan UNICEF sedang berusaha keras untuk mengenalpasti di mana mereka," katanya pada sidang berita pada pelancaran Forum Pendidikan Bagi Setiap Kanak-kanak di sini Jumaat.

Menurut Youssouf, kemungkinan besar kanak-kanak berkenaan kebanyakannya adalah anak masyarakat Orang Asli atau mereka yang tidak mempunyai sijil kelahiran.

"Mungkin kanak-kanak ini berasal dari kawasan luar bandar, yang tinggal di bawah paras garis kemiskinan dan mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak memohon kad pengenalan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk bersekolah," katanya. BERNAMA

Wednesday, 18 November 2009

Karpal dakwa Linggam,

Penasihat DAP Karpal Singh sedia menawarkan khidmat sukarelanya mendakwa tokoh kontroversi dalam isu 'klip video Lingam', Datuk V. K. Lingam sekiranya Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail membenarkan beliau berbuat demikian.

"Saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya menasihati AG mengeluarkan 'fiat' kepada saya bagi tujuan mendakwa Lingam," katanya kepada pemberita di lobi parlimen di sini Rabu.

(Fiat ialah perintah atau waran singkat oleh hakim atau majistret agar sesuatu tindakan dilakukan).

Semalam, Mohamed Nazri berkata Jabatan Perdana Menteri sedang mencari sukarelawan bagi mendakwa peguam kontroversi itu atas tuduhan mengatur pelantikan hakim yang dirakam dalam satu klip video.

Mohamed Nazri berkata beliau akan berbincang dengan Peguam Negara jika ada sesiapa yang bersedia mendakwa Lingam, termasuk Karpal Singh.

Kata Karpal: "Saya sambut cabaran itu. Saya bersedia mendakwa V. K. Lingam bagi kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. Apa yang diucapkannya (dalam video berkenaan) mempunyai kecenderungan ke arah menghasut.

"Dalam perkataan lain, perkara ini termasuk di bawah Seksyen 3(1c) Akta Hasutan, yang mentakrifkan kecenderungan untuk menghasut sebagai kecenderungan untuk menghina atau mewujudkan kebencian terhadap bidang kehakiman di negara ini, yang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

Beliau berkata di England, adalah perkara biasa bagi Peguam Diraja atau pengamal undang-undang bebas untuk bertindak sebagai pendakwa, sekiranya kerajaan membenarkan mereka berbuat demikian.

Karpal berkata mengikut Seksyen 5 akta yang sama, "tiada seorang pun boleh didakwa bagi kesalahan mengikut Seksyen 4, tanpa mendapat kebenaran Pendakwa Raya.

"Jika AG bersetuju...saya tak nampak ada sebab kenapa Nazri tidak bersetuju untuk memberi kebenarannya secara bertulis, jika diambil kira kenyataan menteri itu di lobi parlimen semalam," katanya.

-- BERNAMA

Karpal dakwa Lingga,