Tuesday 11 March 2014

Pengarah Filem Syamsul Yusof berserban dan berjubah sewaktu nikah.

      Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof  telah bernikah. Beliau bernikah memakai serban dan jubah. 

Syamsul telah sah bergelar suami kepada Puteri Sarah Liyana dengan sekali lafaz, sekitar jam 10.31 pagi Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 8 Mac lalu..

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 29, telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa.

Majlis bersejarah pasangan ini turut disaksikan oleh ibu bapa kedua-dua mempelai iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh.

No comments:

Post a Comment