Monday 21 December 2009

Enjin Jet F-5E hilang satu saja.-Apa nak takut!

Skuadron 12 Scorpion di Butterworth yang menempatkan pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih beroperasi seperti biasa meskipun dikaitkan dengan kehilangan satu daripada enjin pesawat jenis itu, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin.

"Kehilangan enjin pesawat itu tidak menjejaskan operasi yang dikendalikan TUDM kerana kita mempunyai lebih 16 pesawat F-5E dan hanya tujuh buah yang digunakan untuk melakukan kerja taktikal," kepada pemberita selepas upacara perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah Maktab Tentera Diraja di sini Isnin.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia dan TUDM memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu polis menyiasat perkara itu.

"Siasatan masih dijalankan oleh polis dan keputusan mengenainya akan diumumkan mereka kelak. Kita serah kepada polis untuk meneruskan siasatan, kita tidak akan ganggu mereka bagi memudahkan dan mempercepatkan proses siasatan dijalankan," katanya.

Azizan berkata meskipun kehilangan enjin itu disedari pada 2007, kes itu tidak boleh didedahkan kepada umum memandangkan beberapa tindakan serta siasatan yang turut membabitkan polis dilakukan secara dalaman terlebih dulu.

"Kita telah melaporkan kehilangan pesawat itu pada tahun lepas, siasatan biasalah, memang mengambil masa yang lama," katanya.

Enjin berharga RM50 juta itu dilaporkan telah dijual di luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Nooryah Md Anvar ketika dihubungi Bernama berkata polis sedang menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment