Wednesday 30 December 2009

Semuanya UMNO di mana-mana pun sama -kena ketuk baru nak buat kerja!

LABUAN, 30 Dis-- Lebih 4,000 pelajar dari dua buah institusi pengajian tinggi di sini iaitu Kolej Matrikulasi dan Universiti Malaysia Sabah dikatakan sedang menghadapi masalah bekalan air yang serius.

Jurucakap Dewan Perniagaan Bersama Labuan, Yussof Mohammad berkata masalah tersebut yang dialami sejak awal tahun ini turut dialami oleh kira-kira 85,000 penduduk Labuan.

Yussof membangkitkan perkara tersebut dalam majlis perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan turut disertai wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan (DPMML), Dewan Perniagaan India, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan Labuan, di sini Rabu.

Raja Nong Chik memberi jaminan akan mengadakan rancangan jangka pendek untuk mengatasi masalah tersebut.

Pengerusi DPMML, Rokiah Ibrahim berkata pelajar institusi berkenaan terpaksa mandi di tempat terbuka di dalam kawasan kolej mereka.

Para pelajar terpaksa bergantung kepada bekalan yang disediakan oleh Jabatan Air, begitu juga dengan para penduduk, katanya

Masalah bekalan air di Labuan dijangka selesai menjelang akhir 2010 apabila projek saluran paip bawah laut yang baru bernilai RM365 juta dari Sungai Padas, Beaufort dari tanah besar siap disambung.

Masalah kekurangan air berlaku ekoran dua daripada tiga empangan di Sungai Pagar dan Sungai Kerupang telah kering.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment