Tuesday 22 December 2009

Sekolah dua sesi ketinggalan zaman-Tan Sri Rahman Arshad

IPOH - Kerajaan disaran agar mewujudkan sekolah satu sesi bagi membolehkan negara mencapai taraf pendidikan yang setanding dengan Negara maju.

Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, sistem sekolah dua sesi yang masih dilaksanakan di sesetengah sekolah di negara ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diamalkan di negara-negara maju.

"Kita negara yang akan menjadi negara maju tidak lama lagi. Dalam dunia ini setahu saya tidak ada negara maju yang mempunyai dua sesi. Dalam erti kata dua sesi ini... kita sudah 50 tahun merdeka, masihkah kita katakan dua sesi lagi. Bab ini lahir oleh kerana sejarah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2009 di Ipoh.

Tan Sri Abdul Rahman, yang merupakan bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata sekolah dua sesi diwujudkan lebih 50 tahun lepas untuk memudahkan pengajian peringkat menengah dalam aliran Melayu diperkenalkan di negara ini.

“Banyak manfaat akan diperoleh daripada pelaksanaan sekolah satu sesi, termasuk menyenangkan ibu bapa yang bekerja untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta mengurangkan risiko kanak-kanak sekolah bersendirian tanpa pengawasan daripada ibu bapa.

"Untuk menjayakan pelaksanaan sistem ini, Kementerian Pelajaran perlu adaperancangan seperti pembinaan sekolah berasaskan tempat tinggal murid terbabit dan kemudahan untuk membolehkan murid berada lebih lama dalam sekolah," katanya.-Bernama

No comments:

Post a Comment