Thursday 14 January 2010

Sekarang Graduan Guru Susah Dapat Kerja-BN perintah dah 52 Tahun

Institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sewajarnya menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah),
memandangkan ia telah ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penawaran program berkenaan di IPTA menjadi salah satu punca masih ada guru lepasan ijazah yang menganggur tidak mempunyai tempat di sekolah-sekolah rendah.

"Graduan program berkenaan dari IPTA tak boleh mengajar di sekolah rendah sebab kita sudah ada lulusan dari IPG. Graduan IPTA sepatutnya mengajar di sekolah menengah, tapi bila ambil opsyen ini susah nak dapat tempat di sekolah rendah" katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan warga pendidik daerah Kubang Pasu, di SMK Megat Dewa, dekat Jitra semalam.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, katanya, penyelarasan perlu ada antara kementerian pelajaran Malaysia (KPM) dan IPTA bagi memastikan kursus atau program yang ditawarkan benar-benar mengikut unjuran yang telah ditetapkan.

Mohd Puad berkata, lulusan IPG tidak mempunyai masalah penempatan kerana mereka telah dilatih untuk ditempatkan di sekolah-sekolah rendah, sebaliknya masalah hanya timbul apabila membabitkan guru lepasan IPTA.

Katanya, sebagai kementerian yang bertanggungjawab, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah penempatan berkenaan demi masa depan graduan terbabit.

"Saya menerima satu senarai yang mengandungi nama 20 graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang memilih program berkenaan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah]) dan ada di antara mereka masih menganggur walaupun sudah hampir setahun tamat belajar," katanya. bernama

No comments:

Post a Comment