Thursday 21 January 2010

Yang penting bukan sekolah kita,sekolah terbaik itu!

Nama 20 buah sekolah terbaik negara yang dinilai berdasarkan pencapaian mereka akan diumumkan Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Khamis.

Katanya sekolah-sekolah berkenaan adalah antara 10,000 buah sekolah seluruh negara yang telah melalui penilaian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun lepas.

Menurutnya penilaian dibuat berdasarkan kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah berkenaan hasil daripada usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa.

"Bila sudah terangkum dalam sekolah yang terbaik, kita akan pastikan mutunya tidak akan menurun," katanya semasa berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam, 20 kilometer dari sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian terhadap semua sekolah itu merupakan langkah kementerian ke arah mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi bertujuan meningkatkan lagi kualiti pendidikan.

Muhyiddin berkata pengwujudan Sekolah Berprestasi Tinggi ini merupakan satu daripada empat sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi kementerian itu iaitu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti.

Katanya mulai tahun depan, kementerian akan memberi ganjaran kepada pengetua atau gurubesar serta semua guru di sekolah yang mencapai kemajuan cemerlang daripada aspek akademik dan ko-kurikulum.

Tanpa menyebut bentuk ganjaran itu, beliau berkata pemberian itu akan mengambil kira prestasi yang dicapai oleh sekolah yang dinilai untuk tahun ini.bernama

No comments:

Post a Comment