Wednesday 27 January 2010

Sekolah Menengah Di Bawah Muhyiddin Yasin Pun Boleh Jadi Gelanggang "samseng"

Empat Pelajar Ceroboh, Serang Pelajar Sekolah Lain

KUALA LUMPUR: Hanya kerana salah faham, empat pelajar sekolah menengah bertindak nekad menceroboh sekolah menengah lain di Selayang untuk membelasah seorang pelajar tingkatan lima di kantin sekolah itu hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu rehat itu, empat pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Selayang menceroboh SMK Taman Selayang kerana tidak berpuas hati dengan seorang pelajar sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, mangsa didatangi keempat-empat pelajar terbabit ketika berada di kantin sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka.

"Pergaduhan bertambah panas apabila mereka mula membaling kerusi, tong sampah, pasu bunga serta batu dan akibatnya, beberapa pelajar di sekolah itu turut masuk campur serta membaling objek.

"Objek-objek itu terkena dan mencederakan beberapa pelajar yang terlibat dan juga yang menjadi mangsa keadaan sebelum dileraikan oleh guru-guru sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, seramai 20 pelajar yang terlibat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk diambil keterangan dan kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. - BERNAMA

1 comment:

  1. Assalamualaikum Cikgu..

    Terima kasih kunjungi cikgu ke blog TOP, jika tak kesebukan harapa dpt cikgu nulis sikit kat blog TOP mengenai pengalaman susah-senang & peristiwa yang dilalui semasa di parit (cerita2 mengenai kampung)

    ps
    alamatkan tulisan cikgu tu;
    orangparit@yahoo.com

    ReplyDelete